KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) menafikan laporan bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meminta Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
“Saya sama sekali menafikan kenyataan itu. Sebarang bentuk persepsi yang salah harus dibetulkan." - Aziz Shamsuddin, bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Shah Alam.
Penjelasan Aziz ini berpunca dari satu laporan portal pro-pembangkang kononnya Penawar yang dipimpin Aziz akan mendesak Najib melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno berikutan kegagalan beliau menangani Bersih 2.0 dan kontroversi yang melibatkan isteri beliau Rosmah Mansor yang memberi kesan kepada pandangan umum terhadap Umno.
2 comments:
Setahu aku Pak Aziz Samsudin ini adalah Pemimpin MUBARAK yang juga Majlis Bekas Wakil Rakyat(Mubarak).Sila semak dan teliti betul-betul jangan jadi bahan fitnah.
Eloklah tu Penawar, org dah susah bekerja, jangan kita mengkondem orang dengan begitu mudah....
Post a Comment