Tuesday, September 6, 2011

AZEEZ RAHIM HERO TANPA BATASAN



Al-Fatihah.

Takziah kepada ibu, ayah, anak-anak dan isteri Allahyarham Norzamfaizul Mohd Nor di atas pemergian beliau.

Ibu dan ayah akan kehilangan seorang anak yang amat dikasihi mereka. Anak-anak dan isteri Allahyarham akan kehilangan seorang ayah dan suami.

Anak-anak Allahyarham terpaksa meneruskan sisa-sisa hidup mereka tanpa belaian kasih sayang dari seorang ayah buat selama-lamanya.

Anak-anak beliau tidak akan mengerti mengapa ayah mereka pergi begitu cepat sekali. Anak-anak beliau tidak akan mengerti kenapa ayah mereka ditembak mati bukan di bumi sendiri.

Ayah dan ibu Allahyarham tidak pernah menyangka bahawa mayat yang terkujur di hadapan mereka Ahad lalu adalah anak mereka yang dikasihi. Hanya Allah swt yang mengetahui akan perasaan seorang ibu dan ayah apabila melihat anak mereka pergi dahulu daripada diri mereka sendiri.

Pemergian beliau tiada gantinya. Duit ringgit bukan gantinya.

Sejak kembalinya ketua misi ke Somalia, Azeez Rahim, ke bumi sendiri bersama satu jenazah, Azeez tak kering gusi ke sana ke mari muncul di kaca-kaca TV dan di dada akhbar bercakap mengenai misi beliau ke Somalia.

Dari RTM, beliau ke Bernama TV. SMS dari beliau disebar luas mewar-warkan akan kemunculan beliau di RTM dan Bernama TV.

Disebalik kesedihan di atas kehilangan Allahyarham, Azeez terus tampil mendabit dada mempromosi diri sebagai hero dari Malaysia di Somalia. Ini lah tabiee orang politik. Tragedi boleh digunakan untuk kepentingan diri.

Nak muntah rasanya menonton temuramah Azeez di RTM dan Bernama TV. Malam tadi, wajah Azeez tampil di TV3 mencabar pemimpin-pemimpin pembangkang untuk menyertai beliau ke Somalia bulan hadapan. Ini bukan isu cabar mencabar. Ini isu di mana silapnya sehingga seorang insan terkorban atas kesilapan diri kita sendiri.

Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut Azeez sehingga hari ini akan kekesalan atas sebarang kesilapan yang mungkin berlaku di Somalia tempoh hari.

Allahyarham, kata Azeez, yang memilih untuk menyertai misi tersebut atas kerelaan diri sendiri.

Allahyarham salah. African Union salah. Kerajaan Somalia salah. Pas salah. DAP salah. Lim Kit Siang salah. Mat Sabu salah. Semua orang salah. Itulah gambaran yang diberikan oleh Azeez sehingga hari ini.

Allahyarham Norzamfaizul telah pergi. Azeez masih berdiri megah dan masih seorang hero. Dan jika diizinkan Allah, tidak mustahil suatu hari nanti Azeez dimartabatkan sebagai Menteri dan tidak mustahil juga sebagai Perdana Menteri.

Sekalipun Azeez dimurahkan rezeki menjadi Perdana Menteri, Jelapang akan mengingati Azeez sebagai Ketua Misi ke Somalia di mana seorang insan bernama Norzamfaizul Mohd Nor pergi meninggalkan ibu, ayah dan anak isteri semata-mata kerana misi Azeez Rahim.

Kepada Azeez, bacalah artikel-artikel berikut. Semuga ianya memberi sedikit kesedaran kepada saudara.

1) Failure to listen cost a life: Comment by MERGAWATI ZULFAKAR - http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/9/6/focus/9434094&sec=focus

2) Somalia Tragedy Can be Avoided - 6 Things To Do - http://www.financetwitter.com/2011/09/somalia-tragedy-can-be-avoided-six-things-to-do.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Financetwitter+%28FinanceTwitter%29

3) A Life is Lost and Thanks to Azeez Rahim. - http://www.mediamsia.blogspot.com/

2 comments:

Anonymous said...

bro mmg tak dinafikan yg azeez mamak ni mmg gila publisiti.tp xde guna dh kita nk salahkan dia sbb benda yg kita xmahu berlaku dah berlaku.mungkin ni pengajaran yg utk dia.lain kali jgn suka publisiti.aku ni bkn suka sgt dgn aziz mamak budak kj ni.cuma xde guna dh kita nk salah menyalah siapa2.elok kerajaan bantu keluarga arwah.tu aja yg bole kita buat.lepas aku buat sikit reseacrh nmpknya betul azeez pegi ni xbuat homework byk.even CNN punya reporters pun pakai baju kalis peluru.video baru dr cnn smlm.so si mamak ni kata xperlu baju kalis peluru.t sbb menghormati keluarga arwah aku malas nk maki azeez ni.cuba kau tgk video ni bro..http://www.dailymotion.com/video/xkweku_aid-workers-in-danger-in-somalia_news

Anonymous said...

Tahniah Jelapang! Pemimpin Umno yang korup memang tak sedar diri dulu kini dan selamanya.
Umno dibina atas keringat dan perjuangan org Melayu yang mahu mengubah nasib dan masa depan negara kita yg tercinta ini.
Dato Onn, Tunku, Tun Razak, Tun Dr Ismail, Tun Hussein dan Dr Mahathir bina negara susah payah.
Dolah Badawi dan anak menantu, hancurkan negara.
Adakah Najib, isteri dan suku sakat menuju ke arah yg sama?
Tepuk dada tanya selera....