Semasa perjumpaan tertutup Umno, Najib Razak, presiden Umno, sering mengingatkan pemimpin-pemimpin di peringkat negeri, bahagian dan cawangan agar tidak menembak kaki sendiri (shooting ourselves in the foot) dalam tindakan dan tingkah laku kita.
Beberapa hari lepas Kementerian Komunikasi di bawah pimpinan Rais Yatim membiarkan kaki kerajaan ditembak apabila industri telekomunikasi mengumumkan akan mengenakan caj servis perkhidmatan kepada pengguna telefon pra-bayar.
Mungkin kita akan merasakan kerajaan sudah belajar dari kesilapan yang lalu memandangkan PRU-13 sudah hampir.
Rupa-rupanya tidak. Hari ini, Najib membuat kenyataan berikut:
"Kami telah umumkan, secara prinsip bahawa kita akan memperkenalkan GST dan mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menubuhkan sistem bagi membolehkan kita untuk melaksanakan ini. Persoalannya ialah tempoh masa yang sesuai.
"Saya percaya apabila sesuatu sistem diperkenalkan, tidak kira betapa rapi persediaan dilakukan, tetap akan ada kesilapan dan kelemahan dalam pelaksanaan nanti. Apabila tiba masa yang sesuai, dalam masa terdekat, MUNGKIN SELEPAS PILIHAN RAYA UMUM AKAN DATANG, KITA AKAN MEMPERKENALKAN GST."
http://www.malaysiakini.com/news/175731
Kita hanya boleh mendoakan agar laporan Malaysiakini ini palsu.
Jika tidak, sekali lagi kita menembak kaki kita sendiri.
Kekadang, kita tertanya-tanya, siapakah sebenarnya yang menasihati Najib selama ini? Adakah ini sebahagian dari nasihat yang mereka berikan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kalau dia nak sangat buat GST, dan kata harga barang akan murah dari biasa, cuba buat kat yang dah ada cukai perkhidmatan seperti KFC, Telekom dan lain-lain kemudian dia turunkan cukai syarikat 1 atau 2 % daripada sekarang. dia nak ke ???? buat le 1 atau 2 tahun, lepas tu kita tengok ada perbezaan tak! bukan susah pun tukar nama je dan peratus dari 6% ke 5%
dengan apa yg sedang berlaku dlm negara, mungkin ramai telah membuat keputusan mengenai masa depan negara tercinta ini
bukan sahaja GST cukai pendapatan pun kalau boleh diturunkan lagi.
Post a Comment