Thursday, September 8, 2011

CUKAI PERKHIDMATAN TELEFON: RAKYAT MISKIN 6% LAGI

Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/9/8/mstar_berita/20110908152844&sec=mstar_berita

Inilah kenyataan yang dibuat oleh industri telekomunikasi hari ini.

Sebenarnya ini keputusan Kerajaan bukan keputusan industri kerana cukai perkhidmatan dimasukkan ke kantung kerajaan dan bukannya dibayar kepada syarikat telekomunikasi.

Sebelum ini Kerajaan mengenakan cukai perkhidmatan 6 peratus terhadap pengguna Astro. Tidak lama selepas itu Astro menaikkan kadar langganannya.

Setelah mendapat desakan dan tentangan dari pengguna, Kerajaan berpura-pura sensitif dengan rakyat apabila Kabinet menolak kenaikan tersebut atas alasan tidak mendapat kelulusan kerajaan.

Beberapa bulan selepas itu, Astro meneruskan tindakan mereka menaikkan kadar langganan dan sehingga hari ini, Rais Yatim dan Kerajaan membisu seribu bahasa walaupun sebelum ini tampak seolah-olah kerajaan begitu sensitif apabila Astro mahu menaikkan kadar bulanannya.

Hari ini, kita dikejutkan dengan cukai perkhidmatan untuk telefon mudah alih pula.

Siapa yang menggunakan telefon pra-bayar ini?

Mereka ialah ratusan ribu pelajar IPTA dan IPTS, peniaga kecil, peruncit, nelayan, petani, peneroka Felda serta makcik dan pakcik di kampung-kampung.

Apakah mesej yang hendak disampaikan kerajaan kepada rakyat dengan keputusan ini?

Mungkin mesejnya kerajaan sudah kering kantungnya sehinggakan terpaksa mengenakan cukai hampir setiap perbelanjaan dalam hidup rakyat.

Sebelum ini Najib Razak mencanangkan cita-cita beliau mahu menjadikan negara ini negara berpendapatan tinggi.

Hari ini, kita tertanya-tanya apa sudah jadi dengan cita-cita itu?

Pendapatan rakyat masih ditakuk lama, malahan hari ini kita miskin 6 peratus lagi.

P/S: Harga minyak kini diparas US$86 setong, apakah kerajaan tidak berminat menurunkan harga RON95?

8 comments:

United Melayu No Otak said...

Rakyat Di Dungukan
Kroni Di Utamakan.

Anonymous said...

tu je yg ko tahu nak salahkan.yg baik baik tak pernah nak dihiglightkan

Anonymous said...

bro service tax ni dh lama kerajaan kenakan sejak 1998.masa dulu telco yg sanggup tanggung beban 6% cukai ni.skang ni telco xnk tanggung.nak tau sbb apa?sbb lebih ramai penguna prepaid dr postpaid.itu alasna yg diberi dan juga alasan utk kawal market price.nk salahkan gov skang buat apa.ngapa masa dulu kita xbising2

Anonymous said...

Dengan berat hatinya saya mengucapkan selamat tinggal kepada kerajaan BN pada PRU 13 yang akan datang.

Anonymous said...

niat nk komen tu bagus, tapi, kalau tak reti komen memalukan..hahhaa...

sebelum ni, gov tax tu ditanggung oleh syarikat telekomunikasi (telco), tapi...oleh kerana telco ni dah tak tahan, dorang nak convert beban tu kpd end user iaitu pengguna mcm kita nie..

isu kerajaan buat gov tax x timbul pasal..mmglah kna byr, kalu tak..best la telco ni kau untung tnpa byr apa2 kt gov. (utk kita jgak)

problem skrg, telco ni yang xnk tanggung wpun utg setiap tahun...so, telco yg zalim, bukan gov..


kesian gov. kna blame...

syah

Anonymous said...

Aku benci DA, PKR dapling aku benci PAS is dead

Tapi tak mustahil aku undi dalam PRU13 nanti

harap harap wujud sistem dua parti

Parti Bumiputera lawan parti bukan bumiputera

atau Parti Liberal

lawan

Parti Orthodox

Kepala hotak lu lah United Melayu No Otak

Anonymous said...

ni lah msia tanah airku..makin lama makin teruk

Anonymous said...

Tuan Shah,

Betullah kata tuan jelapang tu. memang betul dulu telco tanggung. sekrang telco nak lepas tangan. yang bangangnya kerajaan.

kalau kerajaan BN tak tau guna kuasa, bagi Pakatan masa PRU-13 nanti.

tak kan kerajaan tak ada telor nak control telco.

ko fikir lah syah.