Tuesday, April 25, 2017

EKONOMI NEGARA KUKUH: KERAJAAN MINTA RAKYAT PULANGKAN UBAT YANG TIDAK DIGUNAKAN?

Image result for hilmi+ubat+hospital

PULANGkan ubat yang hospital beri jika tidak digunakan?

Betul ke ni?

Tak kan seteruk itu kedudukan ekonomi negara?

Atau Timbalan Menteri Kesihatan Hilmi Yahya berjenaka?




Pulangkan ubat kepada klinik, hospital kerajaan jika tidak digunakan - Hilmi


TIMBALAN Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Kanan) sempat beramah mesra dengan warga emas Minah Mat Pono, 97, ketika pasukan perubatan melakukan pemeriksaan kesihatan pada Program Ziarah Kasih Sayang, Pelatih Paramedik Masuk Kampung' Parlimen Bagan Datuk hari ini. Seramai 417 pelatih dan kakitangan Kementerian Kesihatan menyertai program itu. - FotoBERNAMA


22 April 2017 5:54 PM

682



BAGAN DATUK 22 April - Pesakit yang mempunyai ubat daripada klinik atau hospital kerajaan tetapi tidak menggunakannya dinasihat agar mengembalikanya kepada klinik atau hospital bagi mengurangkan pembaziran.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, pesakit boleh membawa bersama ubat mereka yang tidak digunakan semasa temu janji untuk membantu doktor menyemak semula preskripsi dan memberi ubat yang lain .

Beliau berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada pegawai perubatan dan ahli farmasi supaya mereka memberi nasihat yang sewajarnya kepada pesakit mengenai penggunaan ubat-ubatan.


"Kementerian Kesihatan memandang serius tindakan sesetengah pesakit di negara ini yang tidak menggunakan ubat-ubatan yang diberi oleh klinik atau hospital kerajaan.

"Ia merupakan satu pembaziran kerana ubat-ubatan itu bukan sahaja berkualiti tetapi ia dibeli dengan peruntukan yang besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Program Ziarah Kasih Sayang Pelatih Paramedik Masuk Kampung dan ''Food Fit Fun Fair'' di Sungai Sumun di sini hari ini.

Dr. Hilmi berkata, tahun lepas, kerajaan membelanjakan kira-kira RM2.2 bilion untuk membeli ubat-ubatan asli dan generik.

"Selain mengelakkan pembaziran, kita tidak mahu ubat-ubatan yang tidak digunakan itu membahayakan nyawa terutama kanak-kanak jika mereka termakan ubat berkenaan," katanya.

Beliau menarik perhatian apabila berkata, pihaknya mendapat maklumat terdapat pesakit yang membuang ubat-ubatan di luar pagar klinik atau hospital kerana mereka berjumpa doktor semata-mata untuk mendapatkan sijil cuti sakit sahaja. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pulangkan-ubat-kepada-klinik-hospital-kerajaan-jika-tidak-digunakan-hilmi-1.472519#ixzz4fE8z7yr7
© Utusan Melayu (M) Bhd

4 comments:

Anonymous said...

kesian blogger ni. arahan oleh hilmi yahya tu hanyalah mengulang prosedur yang telah lama diguna pakai. ada banyak sebab kenapa ubat yang tidak digunakan perlu dipulangkan semula ke klinik atau hospital.
1. untuk mengelakkan pembaziran kerana kos ubat sebenarnya mahal berbanding yang dibayar oleh pesakit. (rm1?)
2. ubat yang tidak digunakan kemungkinan akan disalahgunakan oleh kanak2 atau sesiapa sahaja yang menjumpai ubat tersebut
3. ubat yang telah dipastikan masih baik oleh ahli farmasi serta masih belum expired boleh diberikan semula kepada pesakit lain.

adakah prosedur ini pelik bagi blogger atau sesaja nak cari cerita sensasi yang tidak sensasipun...

Anonymous said...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1252373678143966&substory_index=0&id=745778838803455&_ft_=top_level_post_id.1252373678143966%3Atl_objid.1252373678143966%3Athrowback_story_fbid.1252373678143966&__tn__=%2C%3B

Anonymous said...

Betul lah tindakan kerajaan tu, selain ianya mengelakkan pembaziran ianya juga dapat mengelakkan pencemaran keadaan sekiling. Uba ubatan semuanya bahan chemical sudah tentu ianya menjadi racun kepada bukan penggunanya. Di hospital ubat yang elok boleh digunakkan semula menjimatkan perbelanjaan negara yg tidak elok akan dihapuskan mengikut sistem pembuangan toxid yang betul. Cuba lah ade niat baik sedikit..teruk betul kamu ni.. perkara yg sebegitu baik pun dipolitikan... insaflah...

Anonymous said...

Benda ni dah lama dibuat...di tempat kerja aku yang ada hospital dan pusat kesihatan untuk staf dan orang ramai memang disediakan kotak pengembalian ubat yang tidak habis atau tidak digunakan oleh pesakit. Sebabnya ada antara ubat tersebut yang masih baik...masih belum dibuka dan sebagainya...dari dibuang lebih baik digunakan kepada pesakit lain jika tempoh hayat ubat tersebut masih belum luput. Berjuta ringit duit kita habis kerana ubat yang masih elok dibuang begitu saja. Langkah kerajaan ini patut dipuji...