Thursday, February 4, 2016

RAFIDAH AZIZ: KEMELUT KEDAH CERMIN BUDAYA TAMAK KUASA DALAM UMNO

Image result for rafidah aziz

“Kemelut di Kedah mencerminkan budaya politik kita. Budaya politik untuk KEPENTINGAN DIRI. MENJATUHKAN orang lain untuk merebut kedudukan. Inilah yang dikatakan TAMAK.

Tamak terhadap KUASA untuk kekuasaan. Pemimpin Umno seharusnya bersatu dan bukannya mengamalkan budaya politik memecah belah. Biar menang sorak...kampung tergadai. Biar parti HANCUR, asal hasrat peribadi tercapai.

Ke mana nak dibawa jawatan, pangkat dan kuasa? Apa ertinya jawatan kalau tidak untuk bekerja dan menunaikan tanggungjawab? Kenapa tidak bekerjasama dalam pasukan dan melengkapi antara satu sama lain untuk mengumpul kekuatan bagi mencapai kejayaan dalam memberi perkhidmatan?

Kerajaan seharusnya lebih serius dalam menyelesaikan kemelut yang melanda negara dan bukannya berterusan mewujudkan lebih banyak penipuan dalam politik.

TOLONGLAH SERIUS. Negara ini tidak mahu lagi PENIPUAN POLITIK. Cukuplah dengan pelbagai isu sebelum ini. Baiki segala kerosakan yang telah berlaku.” - Bekas Ketua Wanita Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa RAFIDAH AZIZ.


12 comments:

Anonymous said...



aku nampak yang tamak kuasa najib razak.

Anonymous said...

Rafidah ni pun contoh 'tamak' juga, contoh penyakit tradisi juga,

ingat kes dengan zaharah sulaiman dulu, apa dia buat? apa taktik dia? teruk ..
tapi itulah dia buat demi mengekalkan kuasa, kalau tak kalah masa PRU yg lepas Rafidah kompom akan bawa jawatan dia ke lubang kubur ,

siapa pun ahli politik, tak kira parti mana, tiada yang secara ikhlas dan gembira akan melepaskan jawatan yg dia ada, kalau kamu sebagai ahli politik pun akan buat enda yg sama, kekuasaan dan kekayaan inilah dicari dikejar semua manusia, munafiklah orang yg kata begini begini ..akan berundur secara gembira dan sukarela,

permainan politik, seni politik ada kalanya kita lihat kotor, ada kalanya kita lihat keji, tapi ada masanya kita lihat pelik, tak masuk akal , kadang2 politik itu jadi bodoh dan membodohkan, ada kalanya ia menjadi terlalu bijak dan kreatif diluar akal

Anonymous said...

Ini juga antara pemimpin yang tamak kuasa suatu masa dahulu. Apabila kalah membebel salahkan orang lain sampai terpaksa ditegur oleh Tun M semasa ucapan penggulungan PAU Umno. Namun apa yang dikatakan tu adalah betul tapi orangnya yang cakap tak serupa bikin.
Bukan hanya UMNO, parti lain pun ada masalah yang sama. Dari PAS dah ada pulak PAN. Tapi dalam DAP dan PKR pemimpin mereka lagi cekap. Cakap lebih aje atau tak dengar arahan Ketua parti terus pecat. Contoh terbaik TS Khalid MB Selangor. Itupun masih ada yang kata merekalah contoh kepimpinan demokrasi yang terbaik sekali.

Anonymous said...

yangbaku nampak yang tamaknkuasa keluarga mahathirlah.... si baaknya tamak sampai tak boleh pisah dunia Dan akhirat..... samai lupa Apa yg Kita buat terutama di penghujung usia akan dihisab..... anaknya pulak kalau dah kena tolak ketepi tu tak yahlah nak keluar memacam kenyataan sampai akhirnya semua org tahu sememangnya dia di tolak sebab menggunting dalam lipatan... pandai ngata orang... bilab kena tang hidung sendiri pandai plak jadi liat nak angkat kaki.....MAK bedah atas ni pun sama.... patutbker da nk kata bashah yg tamak? pikir2 ler....

Anonymous said...

Kalau najib mcm mana? 1mdb, jho low, src, 2.6b, rm42j, rm33j, penthouse d AS, beg birkin, sehari belanja 1 juta, berkawan dgn cina. Ko tak nak komen ke?

Anonymous said...

Orang klu nk maju, fokus pada isu, ni divert citer lain, citer dulu...mentality kampongan yan tak akan maju-maju...

Anonymous said...

Anon 6.10 semua ni bukan TAMAK.....KIHKIHKIH.
Ini maknanya cerdik. CERDIK untuk mengumpul dedak dan
pandai menaburkannya kepada ayam-ayam tua yang suka
tidur atau yang gpanya .3.85........KIHKIHKIH

Anonymous said...

Semua pun sama bukan hanya DS Najib aje. DS Anwar anak beranak, LKSiang anak beranak dan lain-lain pemimpin tertinggi parti mana pun bila dapat kuasa mana boleh lepas begitu aje. Kalau tak percaya tanya diri sendiri masing-masing. Kalau ada kuasa nak lepas begitu aje atau akan terus pertahankan dengan kuasa yang ada konon untuk kepentingan rakyat.

Jangan mudah tuding jari pada orang lain hakikatnya kita ni semua manusia biasa. Kuasa dan wang adalah segala-galanya. Ada kuasa semua rapat. Hilang kuasa semua lari. Apabila mati barulah dikenang semula segala jasa semasa berkuasa dulu. Paling tidak pun dapat sedekah Al-Fatihah.

Itulah hakikat perjalanan hidup ini yang kadang-kadang tu akan tewas dalam permainan persepsi oleh manusia itu sendiri.

Joeharry said...

Kekuatan najib hanya terletak pada ketua bahagian yang dibeli. Tapi bukan pada sokongan rakyat terbanyak. Kalau ada yang sokong pun sebab sayangkan umno dan bukannya berbangga dengan najib. Pru14 akan membuktikan setakat mana sayangkan umno dan dalam masa yang sama benci dan menyampah pada najib. Akan ada jawapan.. sama2 tengok

Anonymous said...

Susah sangat ka menjadi pemimpin islam yang amanah?
Until now, there is yet a truly Islamic leader in all muslim countries.
It's about money and power , more money and more power and even more money and even more power.
Contohi Nabi Muhammad SAW ,

Anonymous said...

Semua fitnah... Tunggu selasa nak saman

Anonymous said...

Semua fitnah... Tunggu selasa nak saman