Thursday, February 11, 2016

MUHYIDDIN: KALAU PM TERIMA DERMA JUTA-JUTA TAK SALAH, PEGAWAI KERAJAAN JUGA BOLEH TERIMA DERMA JUTA-JUTA

Image result for muhyiddin
INTIPATI UCAPAN TSMY DI PAGOH
10 Februari 2016
1. Negara kita telah mencipta banyak kejayaan. Perdana Menteri terdahulu bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat pelbagai kaum juga berusaha gigih untuk memajukan negara.

2. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini negara kita dirundung masalah. Perasaan ketakutan semakin meresap. Orang hendak bercakap pun kena tengok baik-baik. Seolah-olah kebebasan telah hilang.

3. Situasi politik hari ini tidak berapa menentu. Ada orang cakap kalau esok diadakan pilihanraya BN akan kalah.

4. Ekonomi negara kita juga semakin teruk. Harga barang semakin mahal. GST 6% tetapi harga barang naik 20% hingga 30%.

5. Mengenai kejatuhan matawang, PM kata mana-mana negara pun matawang jatuh. Tetapi negara kita jatuh lebih teruk berbanding negara-negara lain. Ini kerana wujudnya sentimen negatif terhadap Malaysia. Rasuah berlaku amat luar biasa.

6. Saya bercakap atas dasar hak dan kebenaran. Kerana itu saya dibuang. Bukan kerana saya buat apa-apa kesalahan tetapi kerana saya bercakap terus-terang. Bukan depan cakap lain, belakang cakap lain.

7. RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadi PM tidak salah. Kalau begitu pegawai-pegawai kerajaan pun boleh terima duit berjuta-juta masuk ke dalam akaun peribadi atas nama derma. Ini tidak betul.
8. Kerajaan pula tidak mempunyai wang yang cukup. Perbelanjaan untuk rakyat terpaksa dipotong. Bajet 2016 dinilai semula.

9. Orang sudah tidak percaya kepada kerajaan. Mereka tiada keyakinan lagi. Pelabur mahu datang ke Malaysia pun tunggu dulu. Ini kerana faktor ekonomi yang tidak menentu dan rasuah yang berterusan.

10. Imej negara kita makin hari makin menurun. Ada orang Malaysia yang pergi ke luar negara malu hendak mengaku dari Malaysia.Takut orang tanya dari mana PM Malaysia dapat banyak duit. Ada orang kata derma. Ada pula yang kata 'pelaburan'. Tidak tahu mana satu yang betul.

11. Ada orang parti beritahu saya mereka juga tidak tahu apa hendak buat. Samada hendak pilih BN atau tidak dalam pilihanraya nanti. Mereka kata disebabkan masalah peribadi Najib, BN boleh kalah.

12. Rakyat kena pilih antara parti dan individu. Sebahagian ahli parti berada dalam dilema. Ramai orang kata kepada saya jangan fikir pasal parti lagi Tan Sri. Tetapi fikir pasal negara. Negara sedang menjunam dan mesti diselamatkan.

13. Kita tidak mahu negara kita rosak, hancur, rakyat miskin. Kalau perbuatan pemimpin menyebabkan negara kita rosak, kita mesti buat sesuatu.

14. PM mesti bertanggungjawab. Turun ke bawah. Tanya berapa ramai rakyat yang sokong dia. Balik fikir. Jangan asyik terima saja yang orang lain cakap yes sir, yes sir, semuanya baik-baik belaka.

15. Rakyat mesti berani bercakap yang benar. Beritahu PM perkara-perkara tidak betul yang dibuat.

5 comments:

Anonymous said...

Marilah kit semua berfikir untuk kebaikan Malaysia,adakan satu perjumpaan/ceramah perdana untuk mengelakan mala petaka yang lebeh besar belaku.Kemungkinan Malaysia ini telah dilanda/sedang dilanda oleh laknat Allah SWT diatas apa yang dilakukan oleh yang memerintah.Tolonglah cerdikawan memikirkan untuk kebaikan semua.

Anonymous said...

THE REASON WHY MAHATHIR WANTS GANI REINSTATED AS AG

" ...This Is What They Would Like Us To Believe. In That Case Tell Us The Truth Then. Is Dr Mahathir’s Son Under Investigation For Insider Trading? Do Enlighten Us On The Truth And Deny It If It Is Not True. We Just Want The Truth The Way You See The Truth.

And What About The Tax Evasion Case That Dr Mahathir’s Son Was Implicated In During The Time Of Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi — And Which The Then Attorney General Abdul Gani Patail Helped Sweep Under The Carpet?

So Now Can You Understand Why Dr Mahathir Wants Gani Brought Back As Attorney General? Gani Already Saved His Son Once On A Tax Evasion Charge And He Needs Gani To Save Him A Second Time On An Insider Trading Charge. So There Is More To The Story About Why Dr Mahathir Is Opposed To Attorney General Mohamed Apandi Ali Then What We Are Being Told.

The Moral Of This Story Is That Those Who Live In Glasshouses Should Not Throw Stones. And Dr Mahathir Plus Kadir Jasin Of All People Should Be The Last People In Malaysia Who Should Be Throwing Stones..."


(ohyeke.com)

Joeharry said...

Syabas tan sri muhyidin. Rakyat bersama anda.

Berkata benar secara berdepan adalah lebih jantan dari mereka yang berkokok macam ayam jantan.
Ayam jantan yang pertama berkokok adalah said keruak. Nadanya seperti hendak menyeru sokongan supaya muhyidin dipecat. Sekiranya muhyidin dipecat, bererti peluang untuk bertanding pada pau nanti terkubur (sekiranya diadakan). Sejarah membuktikan tun juga pernah dipecat tapi diterima semula kedalam umno. Yang penting dalam politik adalah keupayaan dan keiklasan dalam perjuangan, maka jawatan akan menyusul. Barulah ada penghormatan.
Apa yang terlihat sekarang ini pm dah jadi serba tak kena. Umpama hanya berkain pelikat tapi nak tutup satu badan. Budak kecik boleh la tutup semua. Orang dewasa macam mana nak tutup. Tutup kaki, terbuka diatas, tutup diatas terbuka dibawah. Akhirnya jadi bahan ketawa.
Tentunya yang terbaru episod karpet. Menteri2 kabinet pun mungkin ada yang turut ketawa bersama mereka.
Sekarang ini cuti raya cina, sempat jumpa kawan2 seperjuangan dalam umno. Saya saja cuit, najib mai sg petani baru ni pi ka? Jawapan mereka..menyampah nak dengar najib bercakap. Saya juga ada berbual dengan kakak saya, yang masih berjawatan dalam umno dan merupakan orang kuat umno, adakah bn boleh menang pru14 nanti setelah muhkriz disingkir? Jawapannya..kalau najib masih pm, bn akan kalah. Harga getah rendah, harga barang naik, banyak pengundi kecewa.

Anonymous said...

Mach.....Chai

Anonymous said...

betul saya selalu keluar negara, tpi benasib baik
sbb org ingat saya dr cina hkong atau thai
mlah org m'sia pun tanya sya dri cina ka? malu nk ngaku m'ia tapi tidk masa tun m jadi PM
bangga I from M'sia now NO MORE declaration