Monday, February 15, 2016

CAWANGAN UMNO AKAN DESAK NAJIB LETAK JAWATAN?



GABUNGAN Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) telah mengambil keputusan untuk melancarkan KEMPEN MELOBI 21,245 Ketua Cawangan Umno di seluruh negara untuk membawa USUL mendesak Najib Razak BERUNDUR.

Dan untuk memberi semangat kepada USAHA ini, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Presiden Umno, bersetuju untuk menjadi PENAUNG kepada GKCM.

Strategi Najib untuk berPAUT pada kuasa ialah dengan "menjaga" 191 Ketua Bahagian.

Sesiapa yang di bawah Ketua Bahagian, akan terbiar atau dapatlah serba sedikit lebihan dedak dari Ketua Bahagian.

Tidak MUSTAHIL untuk GKCM mencapai kejayaan untuk melobi Ketua-Ketua Cawangan ini.

Kalau hendak selamat, Najib kena bermula dari hari ini untuk "MENJAGA" Ketua-Ketua Cawangan ini untuk tidak membawa usul mendesak beliau meletakkan jawatan kerana mesyuarat cawangan akan bermula pada 18 Mac, bulan depan.

Tapi Najib kena lah kerja lebih sikit. Hendak menjaga 191 Ketua Bahagian, perkara mudah.

Hendak menjaga 21,245 Ketua Cawangan memerlukan sumber yang banyak. Jika seorang Ketua Cawangan diberi DERMA RM300, Najib perlu mengeluarkan RM6.37juta. Itu baru RM300 seorang.

Bagaimanapun, apalah RM6 juta kepada Najib.

Ramai tidak mengetahui bahawa di mesyuarat cawangan SETIAP ahli mempunyai hak bercakap. Tidak seperti Mesyuarat Bahagian atau perhimpunan agung di mana pembahas diPILIH.

Semasa mesyuarat cawangan, setiap ahli berhak untuk bangun bercakap.

Mereka berhak bercakap apa saja, apa saja di bawah cahaya mentari termasuk isu longkang di kampung mereka. Kata orang puteh, "anything under the sun". 

Kalau ahli hendak berdebat mendesak Najib meletakkan jawatan, itu hak beliau. Ketua Cawangan, yang kebanyakan mereka menerima elaun RM800 sebulan sebagai Pengerusi JKKK, tiada hak menghalang.

Kalau ahli mahu Najib dibawa ke muka pengadilan, itu juga HAK ahli. Ketua Cawangan tiada hak melarang.

Jika Ketua Bahagian sudah tidak boleh dipercayai untuk memperbetulkan parti dan menghidupkan semua peluang Umno di PRU-14, kini tiba masanya 3.47 juta ahli BANGKIT membetulkan keadaan.

Kepada Najib, tabah lah mengharungi musim mesyuarat cawangan antara 18 Mac - 1 Mei ini.

Ahli Umno akan bersuara. Dan Najib kena ingat, itu hak mereka untuk bersuara walaupun suara tersebut MEMINTA NAJIB meletakkan jawatan.

4 comments:

Anonymous said...

Tun M Penaung Kumpulan Pendessk UMNO
Mstar online
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad diumum sebagai Penaung Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) iaitu kumpulan pendesak dalam Umno.
Bekas perdana menteri itu menyatakan persetujuan untuk dilantik selepas mengadakan pertemuan dengan 21 Ahli Jawatankuasa GKCM di pejabatnya di Yayasan Al Bukhary pada Jumaat.
"Tun melahirkan rasa bangganya terhadap kemajuan yang dicapai oleh GKCM dalam masa yang singkat.
"Tambah membanggakan ialah GKCM adalah kumpulan yang berani bersuara bagi menyatakan kebenaran di dalam Umno sendiri," demikian menurut kenyataan GKCM pada Sabtu.
Selain itu sekretariat GKCM berkata, pada pertemuan berkenaan Dr Mahathir mengulangi kebimbangannya mengenai nasib golongan intelektual yang semakin terhakis dalam Umno.
"Kehadiran GKCM berjaya mengimbangi golongan yang telah banyak merosakkan parti.
"Tun juga berharap GKCM dapat membantu menguatkan parti setelah hilangnya kepercayaan ahli dan masyarakat umum terhadap Umno yang kini dilanda masalah kepimpinan yang meruncing," katanya.
GKCM diaktifkan sejak November tahun lalu bagi mendesak Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan susulan skandal kewangan dan beberapa keputusan kontroversi termasuk menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.
‪#‎BeraniKeranaBenar‬

Anonymous said...

cadangan aku, kena ada plan transisi peletakan jawatan najib sebagai pm. plan tersebut haruslah dipersetujui oleh kedua belah pihak, yang mendesak dan yang didesak. jika boleh, jangan libatkan tun mahathir dalam plan ini. dibimbangi, sebaik najib letak jawatan maka tun mahathir pula yang akan kawal semua. jika era najib berjaya ditamatkan maka jangan pula mantan pm yang dah bersara mengambil alih teraju kuasa. kini nampak seolah tun mahathir terlebih reaksi untuk menjadi 'director' dalam proses membersarakan najib. no, zaman tun mahathir dah berlalu. lupakan apa sahaja agenda yang tidak mampu direalisasikan semasa menjadi pm selama 22 tahun terdahulu. jika najib boleh berhenti nanti, tun mahathir juga secara sukarela memberhentikan apa2 aksi untuk mengarah bagaimana kerajaan harus diperintah.

Anonymous said...

najib minat lari bukan dalam sukan

tapi suka lari lalu lorong tikus

bila semua dah bersuara, boleh kah najib terima??

mungkin kakmah akan jawab sebagai wakil

Anonymous said...

Ayuh terus desak najib letak jawatan. Tun m gempur jumpa rakyat terus...lagi cepat lagi bagus..rakyat lama menderita