Thursday, February 4, 2016

SELAMAT BERTUGAS BASHAH. HANYA ALLAH SWT DAPAT MELINDUNGI KAMU



TAHNIAH kepada Adun Bakar Bata Ahmad Bashah Md Hanipah di atas perlantikan sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-12 hari ini, tanggal 4 Feb 2016.

Bashah orang lama dalam politik. USIA beliau 66 tahun sudah cukup untuk menggambarkan berapa lama beliau berpolitik. Ramai dari generasi beliau sudah lama "pencen" berpolitik. Sukar di era hari ini untuk seorang yang seusia Bashah dapat menjadi MB.

Tetapi rezeki Bashah masih ada. Selepas 2 kali di"permainkan", Bashah akhirnya dinobatkan sebagai Menteri Besar.

Malangnya tidak semua menyambut perlantikan beliau secara positif.

Kelulusan Bashah menarik perhatian publik. Ada mengatakan beliau hanya lulus SRP dan ada mengatakan beliau SPM. Nakalnya seorang pemimpin pembangkang, beliau meminta Bashah menunjukkan SIJIL SPM beliau.

Usia beliau menjadi topik hangat di kalangan Umno. Adakah pada usia 66 tahun Bashah mampu mengemudi Umno Kedah dan memahami aspirasi pengundi muda?

Belum dilantik secara  rasmi sebagai MB, Bashah sudah dinilai sebagai pemimpin LAPUK yang TIDAK MEMENUHI CITARASA generasi muda oleh sesetengah ahli Umno.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/02/04/ahli-umno-ragui-kemampuan-bashah/

Mampukah Bashah?

Bashah akan keseorangan menjalankan tanggungjawab menjaga Umno dan negeri selepas ini.

Sejarah politik Kedah mudah. Gagal melaksanakan tanggungjawab, Bashah akan dijatuhkan oleh orang partinya sendiri. Sama seperti yang dilalui oleh Mukhriz Mahathir.

Di Kedah, tak ramai yang berkelulusan tinggi TETAPI cita-cita mereka tinggi. Semua merasakan mereka layak menjadi MB walaupun dengan SRP..

Mahdzir Khalid mencipta sejarah sebagai Menteri Besar Kedah paling singkat usianya - 802 hari dan Kedah jatuh ke tangan Pas.

Bashah lebih memahami politik Kedah dan beliau melihat bagaimana MB sebelum ini dijatuhkan.

1. Allahyarham Syed Nahar Syed Sheh Shahabuddin menjadi MB selama 2,391 hari dan dijatuhkan oleh orang parti sendiri melalui video majlis makan malam Koboi -Montoya.

2. Tan Sri Osman Aroff merupakan MB paling lama Kedah, memegang jawatan selama 4,157 hari dan merupakan pemimpin yang memodenkan Kedah dan akhirnya dijatuhkan oleh pemimpin sendiri.

Bashah pada masa itu adalah Bendahari Umno Kedah dan beliau melihat sendiri bagaimana beberapa pemimpin Umno menikam Osman dari belakang. Akhbar-akhbar berbahasa Cina digunakan, bomoh digunakan, pembantu rumah digunakan, surat layang digunakan malah spy juga digunakan untuk menjatuhkan Osman.

Salah seorang dari Ketua-Ketua Bahagian sekarang tahu segala-galanya mengenai usaha menjatuhkan Osman pada masa itu. Jika Bashah lupa, tanyalah pada Ketua Bahagian tersebut yang juga sekarang ini memegang jawatan penting.

3. Sanusi Junid memegang jawatan MB selama 1,999 hari. Keangkuhan menjadi punca kejatuhan beliau. Tidak memeranjatkan hampir kesemua pemimpin Umno menikam belakang beliau bertubi-tubi.

4. Selepas PRU 1999, Syed Razak Syed Zain Barakbah dilantik sebagai MB dan kekal selama 2,203 hari. Baik orangnya. Mudah berbicara. Rendah diri. Tetapi Syed Razak melalui perkara sama yang dilalui Bashah sekarang ini. Diperlekehkan.

Apabila Syed Razak diserang angin ahmar (stroke), ia umpama berita gembira bagi sesetengah pemimpin Umno. Peluang menjadi MB semakin cerah.

Syed Razak terpaksa bertongkat ke pejabat dan majlis awam. Apa yang dilakukan oleh pemimpim ini? Mengambil gambar Syed Razak bertongkat dan dihantarnya gambar-gambar ini kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dan Pak Lah diberitahu, Syed Razak sudah TIDAK MAMPU menjalankan tugas sebagai MB. Di canang ke seluruh pelusuk Kedah KEBURUKAN Syed Razak.

Bashah tahu semua ini. Bashah ahli EXCO pada masa itu. Malah Pak Lah mahu memilih Bashah sebagai MB, tetapi ada yang melobi lebih kuat dari beliau. Maka melepas Bashah. Jika Bashah terlupa, tanyalah kepada pemimpin yang ada sekarang. Beliau lebih mengetahui. Atau ziarahi Syed Razak dan beliau akan menceritakan segalanya.

5. Mahdzir Khalid dilantik sebagai MB selepas Syed Razak dan hanya merasai kerusi empuk selama 802 hari. Sukar untuk kita mengingati apa yang dilakukan Mahdzir di Kedah dan akibatnya Kedah jatuh ke tangan Pas.

6. Allahyarham Azizan Razak. Pertama kali Pas memerintah Kedah dan biasalah dengan parti orang Melayu. Pemimpin Pas sendiri menHADIAHkan semula Kedah kepada BN. Itupun BN terpaksa bertungkus lumus untuk merampas Kedah. Umno mengumumkan dari awal Mukhriz akan menjadi MB. Tun Dr Mahathir Mohamad turun padang untuk berkempen untuk anaknya.

Ustaz Azizan tewas, dan menjadi MB selama hanya 1,884 hari. Sekali lagi Bashah dijanjikan jawatan MB tetapi atas desakan Dr Mahathir, Bashah melepas kali kedua.

7. Mukhriz Mahathir. Selama berakhirlah pentadbiran Mukhriz selepas 1,003 hari. Dijatuhkan oleh pemimpin Umno sendiri.  

Alasan digunakan ialah Mukhriz jarang berada di Kedah. 4 hari di Kedah, 3 hari di Kuala Lumpur. Padahal ramai di kalangan pemimpin-pemimpin Umno yang membuat tuduhan ini seminggu 2 kali saja di Kedah. Ramai antara mereka MENETAP di Kuala Lumpur dan hanya balik ke Kedah hujung minggu.

Ada yang mempunyai isteri kedua di KL. Tetapi kerana tidak suka kepada Mukhriz dan bapanya, itulah alasan yang digunakan. Akhirnya Mukhriz kecundang.

8. Bashah. Semuga Bashah dilindungi Allah SWT. Mulai hari ini, Bashah, kamu buatlah kerja seorang-seorang. Tersilap langkah, nasib yang sama akan menimpa hang. Macam MB sebelum ini. Ramai di Kedah merasakan mereka juga layak menjadi MB.

Sehari dua ini, akan ramailah yang mengikut belakang Bashah termasuk yang sebelum ini memaki hamun, mencerca Bashah.

Harapan mereka projek-projek Kerajaan Negeri dibahagi-bahagikan, jawatan-jawatan lembaga pengarah di dalam GLC Kedah perlu dibahagi-bahagikan, puasa sudah hampir, raya pun dah dekat, duit raya perlu ada.

Sekiranya permintaan ini tidak dipenuhi, Bashah tahulah penangannya. Semua Menteri Besar sudah melalunya.

Yang terakhir ialah MUKHRIZ MAHATHIR.

SELAMAT BERTUGAS DATO' BASHAH. HANYA ALLAH SWT YANG DAPAT MELINDUNGI KAMU.

7 comments:

Anonymous said...

Luahan seorang anak bongsu MB kedah yg baru berkenaan abah... suma org syg abah masing2 suma akan kata abah kau lah yg baik...mcm jijah serta nurul sekeluarga menyata kan papa yg plg awesome dan terbaik jadi PM lagi hingga peguam abah dio pun suruh bertaubat....hihihi...abah mno yg x nk kuasa klu bapak segala abah ada perancangan yg rapi utk menguatkan cengkaman kuku besi yg abah ko jadi kuda pada politik berkepentingan...nk abah jdi MB silakan tapi pemimpin yg rasa ssgt besar dan angkuh dan tidak bijak mentadbir yg perlu disingkirkan dan ditentang.... klu pemimpin yg besar dan umno kalah dlm PRU14 nnti nasib abah ko mungkin lebih kronik
lagi.... masa tu abah ko bertaici pulak bukan punca kekalahan di kedah nnti..... abah ooo abah..

Anonymous said...

orang melayu ni memang semua bodoh-bodoh...semua gilakan kuasa nak jadi MB daripada nak majukan negeri dan nak majukan rakyat.....haprak semuanya....phhuiii... semua kaki bodek kaki jilat jebo

Anonymous said...

Yang bodo cuma Melayu umno....

Dah 60 tahun lebih perintah....

MELAYU?????????????????????????

Anonymous said...

Selamat menjalankan tugas MB yang DIAMANAHKAN/DI IDAMKAN.......jangan sampai KEDAH telepas drpd BN pada PRU14 dah lah.....masa tu baru tahu dan kena REDHA dengan ketentuan ILLAHI....

Jangan la pada masa tu nak menyalahkan orang lain..........

Anonymous said...

kerja jatuhkan mukhriz ni kerja Najib.

tak payahlah baling batu sembunyi tangan.

kami bukannya tunggul kayu

Anonymous said...

Salam 2.6b sudah jadi dividen ke?

MB Penang -Lim Guan Eng attended La Salle Primary English School in Petaling Jaya, and later the Batu Pahat Montfort Primary English School. For his secondary education, he attended Batu Pahat High School and Malacca High School. He graduated from Monash University in Australia with a bachelor's in economics and was a qualified professional accountant by 1983. He also served as the president of MUISS (Monash University International Student Society) during his university years.

MB Selangor -Azmin Ali lahir di Singapura pada 25 Ogos 1964 dan merupakan abang kepada pengacara televisyen yang penuh kontroversi iaitu Azwan Ali.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Gurney Road (2), Kuala Lumpur dari 1971 hingga 1976. Kemudian beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur (1977 - 1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980 - 1981). Beliau menyambung pelajaran beliau di University of Minnesota, Amerika Syarikat. Beliau berjaya mendapat master pada usia 24 tahun.

MB Kedah- Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (lahir 10 Oktober 1950) ialah ahli politik UMNO/Barisan Nasional dari negeri Kedah, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bakar Bata dan Menteri Besar Kedah yang ke-12. Pendidikan tertinggi , SRP = PMR.

Patut umno buat dasar lembu masuk ipgpun boleh jadi tukang ajar. kah kah kah.

KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah, pekerja am dan MB umno) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.Heee

Anonymous said...

Salam dari Johor

Ini semua konspirasi Najib

Jatuhkan Muhyidin Yassin masa mula2 pasal kes 2.6 bilion dan 1MDB

Ni sekarang jatuhkan Mukhriz Mahathir sebab dia yang lantang brsuara perjuangkan nasib rakyat mintak dikurangkn GST 3%