Wednesday, February 3, 2016
MUKHRIZ LETAK JAWATAN
AKHIRNYA apa yang diidamkan Najib Razak dan beberapa Ketua Bahagian Umno Kedah terutamanya yang tinggal di Kuala Lumpur TERCAPAI.
Mukhriz Mahathir akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah pukul 10 pagi Rabu.
Maka tercatatlah satu lagi titik sejarah di bawah pentadbiran Najib Razak.
Peristiwa ini, tanggal 3 Feb 2016, Mukhriz diPECAT sebagai Menteri Besar oleh Najib.
Sudah pasti peristiwa ini akan menjadi kenangan abadi buat Tun Dr Mahathir Mohamad.
Terkenang akan kita akan peristiwa 2003 di mana Tun Abdullah Ahmad Badawi mahu melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Atas desakan Tun Mahathir kerana ingin membalas budi Tun Razak, Pak Lah terpaksa melupakan Muhyiddin dan memberi tempat paling berharga kepada Najib.
Mungkin bagi Najib, itu hanyalah sejarah.
Tetapi hari ini akan diingati oleh Dr Mahathir sebagai titik sejarah di mana anaknya dipecat oleh orang yang disayanginya satu ketika dulu.
Itulah lumrah politik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Akhir tak perlu lagi nak fikirkan undi simpati untuk bn. Segalanya telah berakhir. 1tekad, 1undi, hapuskan rejim najib, undi pembangkang.
Apabila sesaorang telah berjaya dalam keinginan nafsu maka senyumanya nampak sampai ketelinga.Lepas ini buat sidang akhbar beri tahu yang mereka akan menyokong pm dengan penoh emosi.boleh kut.
jangan! kesatuan lebeh penting pembangkang oun lebeh teruk, ini semua politik bersabar.
Post a Comment