SEJAK akhir-akhir ini, golongan bekas pemimpin UMNO yang sudah TUA hampir setiap hari berSUARA menegur pemimpin sekarang dan memberi AMARAN kepada generasi muda akan masadepan negara akan GELAP dan menuju KERUNTUHAN jika rakyat tidak BERTINDAK sekarang.
Isnin lepas Tengku Razaleigh bersuara lagi menyalahkan rakyat kerana memilih WAKIL RAKYAT PENGECUT dan menawarkan diri untuk pikul amanah memperbetulkan negara.
Bekas Menteri Rafidah Aziz juga menulis mengenai masadepan negara.
"SAYA SAYANG PADA UMNO. SAYA SAYANG PADA MALAYSIA. SAYA SENTIASA BERDOA SEMOGA YANG MAHA ESA MENYELAMATKAN NEGARA INI...DAN SUPAYA DAPAT DIWARISI SECARA TIDAK JEJAS....OLIH GENERASI2 AKAN DATANG."- Doa Rafidah menerusi Facebook beliau.
Tun Daim Zainuddin menegur. Tan Sri Sanusi Junid juga menegur.
Tan Sri Sabaruddin juga menegur, tetapi selepas diLANTIK menjadi Pengerusi Amanah Raya Berhad, tiba-tiba semua di dalam negara menjadi OK.
Tun Dr Mahathir Mohamad hampir setiap hari MENGINGATKAN kita negara sedang menuju kehancuran.
Tetapi apakah TEGURAN mereka ini PALSU, hanya mahu menakut-nakutkan kita?
Bekas pemimpin Umno hanya mengira hari kehidupan. WASIAT pun dah siap, cuma nak tambah-tambah sana sedikit, sini sedikit.
Apakah PERINGATAN generasi "post war cohort", "The Baby Boomers" dan "Generation Jones" ini TIDAK BERASAS?
Apakah Generasi X,Y,Z berpuashati dengan keadaan sekarang?
Kalau dilihat pada sikap generasi akan datang seperti Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin, Ketua Puteri Umno Malaysia Mas Ermieyati serta Ketua-Ketua Pemuda Umno dan Ketua-Ketua Puteri, nampaknya NEGARA ini tidak bermasalah.
Khairy sibuk dengan aktiviti sukannya. Ketua Puteri sibuk dengan aktiviti pelancongannya.
Inikah BENTUK negara yang hendak diserahkan kepada generasi XYZ?
Atau mungkin bekas pemimpin - Dr Mahathir, Ku Li, Rafidah, Daim, Sanusi - sudah nyanyuk dengan menuduh negara menuju zaman kegelapan?
Atau Khairy dan Ketua Puteri sekarang tergolong di kalangan WAKIL RAKYAT PENGECUT yang disebutkan oleh Ku Li, pentingkan diri dari masadepan negara?
Walaupun Khairy dilihat tidak setanding - bagaikan langit dengan bumi - jika dibandingkan dengan Ketua Pemuda sebelum ini seperti Tun Hussein Onn, Saadon Jubir, Harun Idris, Jaafar Albar, Suhaimi Kamaruddind dan Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya generasi Khairy mempunyai cita-cita mahukan negara ini diserahkan kepada Generasi XYZ di dalam keadaan baik dan bukan kucar-kacir seperti sekarang.
Tetapi suara Khairy dan pemuda entah kemana.
Bila difikirkan balik, ada benarnya kata-kata Tengku Razaleigh, wakil rakyat sekarang PENGECUT, termasuk Khairy.
6 comments:
memang pengecut pun
Kuli sibuk mengata orang pengecut dan salah pilih, tolong cermin diri lah, baru sekarang nak bersuara. Budak hitam memang dah lama orang ramai tahu jenis Dan sifat diri dia - aura lebih.
Budak hitam tu fokus dengan cita-citanya nak jadi PM. Itulah matlamat beliau dalam politik. Kuli pulak orang lama yang pada masa mudanya juga dah banyak buat kerosakan terutama semasa beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan. Taraf sebagai keturunan raja tidak pernah ditinggalkan. Apabila kalah pemilihan UMNO dibawanya parti ke mahkamah dan terus diharamkan. Lebih teruk lagi menubuhkan parti nombor untuk menjadi Presiden yang akhirnya kembali semula pada UMNO.
Kalau ini orang yang dikatakan boleh membawa perubahan dan tidak pengecut, betullah seperti yang dikata berdasarkan tindakan beliau selama ini tetapi bukan untuk kepentingan rakyat tetapi kepentingan dan kejayaan peribadi semata-mata di umur senja beliau.
Cari makan tuan!...Bila dah kaya kita boleh lari duduk luar negara,makan pencen saja.Itulah yang telah berlaku pada setengah-satengah orang.
Sedang MM meletakan leher nya untuk dipancung KJ hanya melihat dengan tidak merasa bersalah dirinya tidak bangkit memperjuangkan kebenaran. Inikah sifat pemimpin perlapis yang dinantikan? Bak pepatah mengatakan jauh panggang dari api. KJ bolih seacuan dng Zahid Komedi itu lah yang selayaknya..
Melayu oh Melayu, tak habis 2 ke berpecah. belah? Tolong pentigkan Agama Bangsa dan Negara
Post a Comment