Wednesday, December 5, 2012

BAJU DI SYDNEY DI TEMPAH SHAH REZZA BUKAN ROSMAH

“Yes these r stock for my shop in London which will be a platform for designers of different religion n race from around d world.” - Raja Shah Rezza.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/1/nation/10612958&sec=nation

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini menyiarkan kandungan Twitter Shah Rezza, pereka fesyen yang dikatakan banyak mereka fesyen pakaian Rosmah Mansor, yang menafikan bahawa tempahan yang dibuat di Sydney adalah dari beliau untuk butik beliau di London dan BUKANNYA tempahan oleh Rosmah.

Sementara itu, blog fesyen di Australia, Frockwriter, terus mempertahankan laporan beliau. Dalam posting terbaru, penulis blog tersebut, Patty Huntington mempertahankan tulisan beliau dengan menyiarkan beberapa email berkaitan dakwaan beliau. Lihat di link berikut: http://www.frockwriter.blogspot.com/2012/02/close-encounters-of-kl-kind.html

Sunday, November 18, 2012

KEZALIMAN REGIM ZIONIS






KAYVEAS TINGGALKAN TAIPING

Presiden PPP M.Kayveas tidak akan bertanding lagi di Parlimen Taiping di Perak.

"PPP setuju untuk menyerahkan kerusi Parlimen Taiping kepada Gerakan dan kini kita masih menunggu Gerakan memberi satu kerusi semula kepada PPP.''
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121118/po_03/PPP-serah-Parlimen-Taiping-kepada-Gerakan

Seperti yang dijangkakan Gerakan akan bertanding di Taiping.

Semasa PRU-12, Kayveas tewas kepada Nga Kor Ming (DAP) dengan majoriti 11,298 undi.

Pada PRU-11 pada 2004, Kayveas menang kerusi tersebut dengan majoriti 2,172 undi. 

Tuesday, November 13, 2012

DR MAHATHIR KELUAR UMNO PADA 2008

"Saya umum saya keluar parti hari ini. Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno). Umno yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lalu. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar dari Umno." - Dr Mahathir Mohamad (19 Mei 2008).
http://www.malaysiakini.com/news/83067

Itulah kenyataan Dr Mahathir pada 19 Mei 2008 kerana marahkah Perdana Menteri pada masa itu, Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir mengambil keputusan keluar parti dan pada masa itu mengesa ramai lagi ahli-ahli Umno mencontohi beliau dan keluar dari Umno. Sanusi Junid turut keluar Umno bersama Dr Mahathir. Bagaimanapun, anak Dr Mahathir, Mukhriz, tidak ikut serta dan kekal bersama Umno tetapi beliau juga mengambil sikap bapanya dan terus mengecam pentadbiran Pak Lah.

Malangnya Dr Mahathir tidak pernah akhir-akhir ini mengingatkan ahli-ahli Umno akan tindakan beliau pada 2008.

Ia sudah menjadi budaya di dalam Umno, perkara buruk disembunyi-sembunyikan. Kita hanya cakapkan yang elok-elok. Kalau pahit sekali pun, jangan sekali-kali kita kata pahit.

Sebulan dua ini, Dr Mahathir begitu sibuk mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin Umno di bahagian-bahagian seluruh negara.

Umno Kedah telah pun dipanggil. Turut hadir Johari Baharom, Ketua Bahagian Kubang Pasu, yang amat dibenci oleh Dr Mahathir kerana katanya Johari lah yang bertanggungjawab memastikan Dr Mahathir dikalahkan dalam usaha beliau bertanding untuk dipilih sebagai perwakilan Kubang Pasu pada 2009.

Perjumpaan Dr Mahathir dengan pimpinan bahagian tidak dilaporkan oleh media-media utama. Tetapi untuk pengetahuan Dr Mahathir, ia tidak bermaksud akar umbi tidak tahu apa yang dicakapkan oleh Dr Mahathir di perjumpaan-perjumpaan tersebut.

Jelapang tidak tahu apa yang berlaku semasa perjumpaan Dr Mahathir dengan negeri-negeri lain, tetapi di Kedah, orang memperkatakan mengenainya.

Akar umbi mempersoalkan apakah "locus standi" Dr Mahathir untuk berceramah kepada mereka? Siapa Dr Mahathir?

Mereka yang hadir tidak pernah mengkhianati parti seumur hidup mereka. Hidup mati bersama Umno, hujan ribut, petir bersama Umno?

Dr Mahathir? Keluar parti semata-mata tidak bersetuju dengan cara pentadbiran Pak Lah, tidak setuju kerana Pak Lah mentadbir negara bukan cara beliau dan mungkin juga marah kerana Pak Lah tidak melayani permintaan beliau.

Di akar umbi, ahli-ahli Umno mempersoalkan kenapa Presiden parti, Najib Razak, membenarkan Dr Mahathir memanggil pemimpin-pemimpin negeri untuk mendengar ceramah seorang bekas Perdana Menteri yang mengkhianati parti dengan keluar dari Umno  pada 2008 sehingga menyebabkan Kedah kalah pada PRU-12. Mereka dipaksa untuk duduk di hadapan mendengar nasihat dan ceramah seorang pemimpin yang pada 2008 menghina Umno.

Semasa perjumpaan tersebut yang dihadiri oleh G-15 bahagian-bahagian di Yayasan Perdana, Dr Mahathir terus berdendam dengan Pak Lah. Terus menyerang Pak Lah . Ianya memberi gambaran kepada pemimpin Umno negeri bahawa dendam lama masih belum reda.

Di masa yang sama Dr Mahathir meminta pemimpin parti bersatu - jangan bergaduh sesama sendiri. Dr Mahathir "perli" Johari Baharom dan berkata kalau Johari Baharom "winnable candidate" di Kubang Pasu, beliau akan sokong Johari.

Kadang-kadang terfikir Jelapang samada tindakan Dr Mahathir bertemu pemimpin Umno negeri ini akan menambah undi BN atau menyebabkan bertambahnya amarah ahli Umno kepada Dr Mahathir.

Dr Mahathir berjasa untuk negara. Jelapang tidak mahu menafikan sumbangan Dr Mahathir kepada negara. Tetapi ada hadnya dalam berpolitik.

Untuk menjadi pemimpin yang dihormati dan disanjung tinggi, pemimpin harus sedar kesilapannya. Kalau perlu, akui kesilapannya.

Pemimpin yang dicemuh ialah apabila mereka berpura-pura tidak pernah melakukan kesilapan dan enggan mengaku kesilapan mereka.

Monday, November 5, 2012

NAZRI AZIZ ANGKUH

Apabila BN hilang 2/3 majoriti semasa PRU-12, salah satu punca kekalahan adalah disebabkan oleh sikap angkuh, sombong dan riak pemimpin-pemimpin BN terutamanya pemimpin Umno.

Pucuk pimpinan sedar akan masalah ini. Maka selepas PRU-12, pemimpin di semua peringkat diingatkan supaya menukar imej mereka dengan memberi gambaran bahawa mereka sudah insaf akan kesilapan yang lalu.

Maka pemimpin-pemimpin BN terutamanya pemimpin Umno didesak supaya lebih merendah diri. Elakkan masuk kampung dengan Porsche Cayenne atau Hummer.

Selepas 4 tahun, dan selepas era transformasi yang dibawa oleh Najib Razak, kita masih lagi disajikan dengan pelbagai cerita kehidupan mewah pemimpin bangsawan di dalam BN dan Umno.

Musa Aman dengan jutaan ringgit, Taib Mahmud dan anak-anaknya terkira kekayaannya, Menteri Besar Negeri Sembilan dengan balaknya dan kini Nazri Aziz dengan hummer dan anaknya.

Tiada langsung ada rasa keinsafan. Sebaliknya, kita terus dipertontonkan sikap keangkuhan pemimpin.

Nazri, apabila dipersoalkan akan isu melibatkan beliau, dengan begitu angkuhnya menjawab soalan seolah-olah beliau terlalu kebal untuk ditundukkan.

Ini jawapan Nazri apabila disoal pemberita:

So you confirm Hummer really exists...


Kalau dia nak bagi Hummer ke, Ferrari ke, itu Michael Chia punya pasal lah, bukan bagi dekat I (If he wants to give a Hummer, or a Ferrari, that's Michael Chia's business. He's not giving it to me). I'm the minister, not my son, okay?

Is there a problem?


You can ask him lah if there's a problem. I don't drive the car. Mine is WVJ 6. Everyday I come here, WVJ 6. Wealth, victory and justice. Some people say 'wisdom', I don't want (wisdom).

You prefer wealth to wisdom?


I prefer wealth. That's why I'm rich. I can afford a lot of things but certainly it's not NFC's (National Feedlot Corporation's) money.
http://www.malaysiakini.com/news/213228

Adakah Najib akan mengambil tindakan terhadap Nazri?

Jawapannya jauh panggang dari api.

Monday, October 15, 2012

HANYA 44% PENGUNDI INDIA SOKONG BN

Terdapat 900,000 pengundi India dan menurut Presiden MIC, G.Palanivel, hanya 400,000 menyokong Barisan Nasional.
http://www.mmail.com.my/story/mic-%E2%80%98struggling%E2%80%99-33519

Dengan kata lain, hanya 44.44% pengundi India menyokong kerajaan, dan selebihnya, sebanyak 55.56% menyokong Pakatan Rakyat.

Sudah hampir dua tahun Palanivel mengemudi MIC dan nampaknya Presiden Ke-8 MIC ini gagal "mempopularkan" MIC kepada pengundi-pengundi India.

Mungkin orang India perlukan hero baru dalam MIC!!!!

Sunday, October 14, 2012

MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN LEGA MUSA AMAN SELAMAT

Kenyataan Najib Razak dalam mempertahankan Musa Aman sudah pasti menjadi cabaran yang hebat kepada Rafizi Ramli yang tidak lama lagi akan mendedahkan skandal Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan. Berdasarkan kenyataan Najib, kita dapat meneka akan jawapan yang akan diberikan oleh Najib apabila skandal Mohamad Hassan didedahkan Rafizi. Berikut ialah kenyataan Najib mengenai Musa Aman.

PM: RM40 juta diterima Umno Sabah 'sumbangan politik'


Wartawan Sinar Harian

13 Oktober 2012

SHAH ALAM - Langkah Umno Sabah menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ia adalah sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia datang mengikut saluran yang betul," kata Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Umno berkata, "pembangkang juga menerima sumbangan."

"You (anda) boleh tanya soalan yang sama kepada pembangkang," katanya dipetik Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn, malam tadi.

Najib ditanya mengenai siapa dan kenapa Umno Sabah diberikan wang sebanyak RM40 juta.

Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno Sabah.
Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan seorang ahli perniagaan ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong.

Merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kepada Tian Chua dari PKR di Parlimen.

Setiausaha Agung TI-M, Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.

"Nazri berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno Sabah.

"Beliau kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini.

"Bagaimanapun SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik RM40 juta itu," katanya dalam kenyataan.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/pm-rm40-juta-diterima-umno-sabah-sumbangan-politik-1.94078
 

Apabila Rafizi mendedahkan skandal Mohamad Hasan nanti, MUNGKIN ini jawapan Najib.

PM: RM10 juta diterima Umno London 'sumbangan politik'


Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Langkah Umno LONDON menerima RM10 juta daripada Menteri Besar Negeri Sembilan MOHAMAD HASAN, yang didakwa menggunakan pengurup wang untuk menyeludup wang RM10 juta masuk ke London, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ia adalah sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia datang mengikut saluran yang betul," kata Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Umno berkata, "pembangkang juga menerima sumbangan."

"You (anda) boleh tanya soalan yang sama kepada pembangkang," katanya dipetik Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn, malam tadi.

Najib ditanya KENAPA MOHAMAD HASAN MEMBERI RM 10 JUTA KEPADA Umno LONDON.

Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno LONDON.

Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Umno London dan bukannya untuk tujuan persendirian Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM10 juga kepada Umno London, yang menyaksikan seorang pengurup ditangkap dan lesen perniagaannya dirampas oleh Bank Negara.

Merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kepada Tian Chua dari PKR di Parlimen.

Setiausaha Agung TI-M, Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.

"Nazri berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno London.

"Beliau kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini.

"Bagaimanapun SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik RM10 juta itu," katanya dalam kenyataan.

Thursday, October 11, 2012

RAHMAN DIPENJARA, MUSA AMAN DIBEBASKAN

 Dua keputusan penting diumumkan pada hari ini.

Pertama melibatkan Ahli Parlimen Sabak Bernama Abdul Rahman Bakri yang hari ini memulakan kehidupannya di dalam penjara.

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro kerana membuat lapan tuntutan palsu membabikan RM80,000 bagi program-program yang tidak dijalankan, empat tahun lalu.


Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh, 1 Mac lalu.

Selain itu, Akhtar juga menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/rayuan-ditolak-mp-sabak-bernam-dan-pembantu-diarah-ke-penjara-1.93697

Apa pula agaknya nasib bekas Menteri Besar Selamgor Khir Toyo selepas ini?

Musa Aman pula lebih bernasib baik.

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara telah memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam dakwaan rasuah melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, selepas mengambil kira keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan.

"Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/sabah-sarawak/tiada-bukti-musa-aman-rasuah-kata-nazri-1.93743

Banyak betul sumbangan kepada Umno Sabah, sampai RM40 juta. Dari mananya datang wang itu? Kenapa dari Hong Kong?

Kita tunggu samada Umno Sabah akan memberi penjelasan atau isu ini dibiarkan dilupakan begitu saja.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia memang dikenali mudah lupa.

Thursday, October 4, 2012

ANAK TAIB MAHMUD DAN RM700 JUTA

"Mahkamah Tinggi Syariah pada Selasa diberitahu bahawa Timbalan Pengerusi Kumpulan Cahaya Mata Sarawak (CMS) Datuk Seri Mahmud Abu Bekir, mempunyai 111 akaun berjumlah lebih daripada RM700 juta."
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_mahkamah&file=/2012/10/2/mstar_mahkamah/20121002142222

Bekas isteri Mahmud Bekir, Shahnaz Majid, mendakwa Bekir mempunyai akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.

http://www.stop-timber-corruption.org/resources/Overview_of_the_Taib_Family_1.pdf

Orang Sarawak harus berbangga mempunyai orang sekaya Mahmud Bekir. Pada usia 49 tahun, anak kedua Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud, sudah mempunyai simpanan tunai sebanyak RM700 juta.

Kita harus berbangga kerana ada di kalangan 29 juta rakyat Malaysia, Bekir adalah salah seorang yang terpilih oleh Tuhan untuk dilimpah-curahkan rezeki sehingga simpanan tunai menjangkau RM700 juta.

Mungkin juga rezeki yang datang mencurah kepada Bekir adalah hasil doa orang-orang Sarawak kepada kaum keluarga Taib Mahmud sepertimana di Semenanjung di mana kita tidak putus-putus mendoakan pemimpin-pemimpin besar kita supaya memudahkan kehidupan mereka.

Jelapang membuat sedikit perkiraan. Sekiranya Bekir ditentukan Allah swt hidup sehingga umur 70 tahun, maka beliau perlu menghabiskan RM700 juta dalam masa 21 tahun (atau 7,665 hari). Dengan kata lain, Bekir perlu berbelanja sebanyak RM91,324 sehari untuk menhabiskan RM700 juta sebelum dijemput mengadap Tuhan. (Ini tidak termasuk bunga yang diterima beliau dari simpanan tersebut)

Begitulah murah rezekinya kaum keluarga Taib Mahmud. 

Wednesday, October 3, 2012

DENDAM SHAHIDAN KASSIM

“Saya sedar ramai tidak mahu membantu PFA kerana saya sudah tidak berkuasa, namun insya-Allah satu hari nanti saya akan kembali berkuasa. Jika hari itu tiba, pada masa itu, saya tidak akan melayan sesiapa yang enggan bekerjasama dan berjuang dengan saya.” - Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis.
http://www.hmetro.com.my/articles/HutangalongdemiPFA/Article

Pada usia 61 tahun dan dilahirkan ketika Tanah Melayu dikenali sebagai Malaya, Shahidan, rupa-rupanya masih menyimpan cita-cita untuk kembali berkuasa.

Dari kenyataan beliau di atas yang disiarkan oleh Harian Metro hari ini, tidak menghairankan rakyat Perlis menganggap beliau sebagai Ketua Pembangkang di Perlis, bukannya PAS atau PKR.

Kita doakan Shahidan kembali berkuasa.

Monday, September 17, 2012

EXCO NEGERI SEMBILAN LEPAS TEMBAKAN?

Seorang ahli politik di Negeri Sembilan dikatakan melepaskan tembakan terhadap seorang penceroboh di rumahnya di Rasah Kemayan, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Ada yang mengatakan beliau adalah ahli Exco Negeri Sembilan. Siapa dia?

SEREMBAN: Police are investigating a report that a politician had discharged his weapon at an intruder at his home in Rasah Kemayan near here.

The incident allegedly happened at the politician’s house at about 8pm on Saturday.

State CPO Datuk Osman Salleh said the politician as well as the alleged intruder have since lodged reports over the incident.

“We have already begun our probe into the matter and expect to conclude investigations soon,” he said.

It is learnt the Barisan Nasional politician had fired a single shot from his revolver after he found the intruder in his home.

The politician had just returned home when he saw the man in his house, prompting him to open fire.

The alleged intruder was not hurt.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/9/17/nation/12039805&sec=nation


ORANG MELAYU & INDIA GEMAR TONTON TV

Menurut satu laporan di sebuah akhbar Inggeris hari ini, orang Melayu dan India yang banyak menghabiskan masa menonton TV - 4 JAM SEHARI.

"By ethnicity, Malays and Indians watch the most TV at an average of about four hours every day. As Malays are heavy TV consumers, Astro has been recalibrating its content portfolio to meet their demands,” said one of the investment bank reports."
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/9/17/business/12038315&sec=business

Benar kah?


Saturday, September 1, 2012

JHO LOW BELANJA RM5 JUTA PIKAT ARTIS TAIWAN

Siapa yang tak kenal Jho Low. Kali ini dikhabarkan beliau membelanjakan RM5 juta tahun lepas untuk makan malam penuh romantis untuk melamar artis Taiwan Elva tetapi lamarannya ditolak.

Billionaire Malaysian businessman Jho Low, who became infamous for living the high life with Hollywood celebrities and Arab oil barons, is making news again for his outrageous date night with Taiwanese pop star Elva Hsiao.

True to his flamboyant style and big partying ways, Jho threw Elva a RM5 million surprise dinner date at the exclusive Atlantis The Palm hotel and resort in Dubai, all to declare his love and affection for her.
http://www.dailychilli.com/news/19117-malaysian-billionaire-blows-rm5m-to-woo-taiwan-pop-star

Thursday, August 30, 2012

JHO LOW TERKAYA DI DUNIA?




Jho Low curi tumpuan dengan lamaran bergermelapan
7:47PM Ogos 28 2012

Jutawan ranggi Jho Low kembali menjadi berita hangat apabila beliau menggunakan kekayaannya untuk memikat hati selebriti terkenal, tetapi sia-sia.

Sasarannya tak lain tak bukan penyanyi pop terkenal Taiwan Elva Hsiao.

Akhbar Taiwan Apple Daily menyiarkan berita tersebut selepas sebuah video mengenai lamaran Low dipaparkan.

Akhbar harian itu memetik, video tersebut dimuat turun tahun lalu oleh seorang jurugambar profesional di Britain, Peter Rear di laman perkongsian video Vimeo.com.

Video bertajuk ''Pertunangan Atlantis, Dubai'' itu tidak menyebut siapa dua individu tersebut tetapi meletakkan kapsyen :

''Khabar angin tentang kejutan lamaran pertunangan yang bernilai 1 juta pound (RM4.9 juta)."

Khabar angin mengenai jumlah itu sedikit mengejutkan apabila majlis itu diadakan di pantai persendirian di sebuah resort mewah Atlantis The Palm - hotel terkemuka di pulau Palm Jumeirah, Dubai.

Video berdurasi lima minit dan 27 saat itu memaparkan pasangan tersebut tiba dengan sebuah kereta Rolls-Royce hitam menyusuri pantai, dengan lilin yang dipasang berbentuk hati.
http://www.malaysiakini.com/news/207349

Siapakah Jho Low. Baca di sini: http://www.malaysiakini.com/news/139261

Sunday, July 29, 2012

KCS LEBIH DIPERCAYAI DARI UMNO KEDAH?

RM2.6 juta untuk KCS Kedah.

Itulah yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden KCS Adzmi Din (gambar tengah) mengenai peruntukan yang diberikan oleh Najib Razak kepada Persatuan Perkhidmatan Awam Kedah untuk membantu golongan miskin Kedah.
http://www.nst.com.my/nation/general/pm-s-idea-sees-24-000-poor-kedah-families-getting-aid-1.113862

Ramai di kalangan pemimpin Umno Kedah tidak puashati dengan tindakan Najib tetapi tiada yang berani bersuara.

Tindakan Najib tidak ganjil kerana selama ini timbul persoalan samada peruntukan yang diberikan benar-benar sampai kepada sasaran atau telah dicukai oleh orang tertentu untuk kepentingan politik sendiri atau untuk menyara hidup golongan tertentu.

Sunday, July 22, 2012

KCS BAKAL MB KEDAH?

Menurut seorang penulis kolum di Utusan Malaysia beberapa hari lalu: "Apa sekali pun, tanpa diragui KCS nampaknya begitu setia sekali dengan pemerintah pusat. Jika beginilah setianya pegawai-pegawai KCS ini kepada pusat, mereka layak dipilih untuk bertanding dalam PRU kelak." http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

KCS merujuk kepada pengawai-pegawai kanan perkhidmatan awam negeri Kedah termasuk pegawai-pegawai daerah di 15 daerah di Kedah.
Spekulasi mengenai KCS menjadi MB Kedah sudah lama berlarutan terutamanya ada berita kononnya Najib Razak menyalurkan peruntukan khas kepada pegawai-pegawai KCS untuk melaksanakan program-program kecil politik termasuk memperbaiki dan membina rumah rakyat termiskin di daerah-daerah di Kedah.

Tindakan Najib ini dikatakan tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin bahagian kerana pertama, kosnya lebih rendah dari kos yang dibuat oleh ahli-ahli politik dan kedua, DO ini lebih kuah dari sudu dan sudah mula menyimpan cita-cita politik.

Maka, tersebar khabar angin bahawa dibeberapa kawasan DUN, KCS akan diletakkan sebagai calon. Malahan ada yang mengatakan KCS juga bakal menyandang jawatan Menteri Besar apabila Umno menang di Kedah nanti.

Antara nama-nama yang disebut sebagai bakal MB ialah Pegawai Daerah Pendang Nordin Yahya (gambar atas sekali) dan Ketua Eksekutif SADA Adzmi Din (gambar).

Najib telah menyatakan bahawa beliau sedang dalam proses mentransformasikan politik.

Di Kedah, ada Ketua Bahagian yang sudah terlalu lama berkhidmat sehingga ditewaskan pada PRU-12 dulu tetapi masih menyimpan cita-cita untuk mencuba nasib sekali lagi untuk menjadi Adun dan Ahli Parlimen.

Seperti mana di Selangor, ada spekulasi yang mengatakan ahli korporat bakal dipilih sebagai MB Selangor yang baru sekiranya Umno kembali bertakhta, perkara yang sama mungkin berlaku di Kedah.

Mungkinkah Adzmi dipilih sebagai MB? Atau mungkin kah Nordin yang terpilih?

Bagi Jelapang, Mukhriz Mahathir masih lagi calon favourite untuk menjadi MB sekiranya mendapat sokongan dari semua bahagian di Kedah.

Saturday, July 21, 2012

NAJIB GUGUR 50% CALON DARI SENARAI

Kini fokus pilihanraya berpindah kepada bulan September.

Ada yang mengatakan ianya akan diadakan selepas Belanjawan 2013 dibentangkan pada 28 September dan ada yang mengatakan ianya akan diadakan dua minggu selepas pilihanraya.

Najib Razak juga dikatakan telah mula mengadakan pertemuan-pertemuan kecil dengan pimpinan Umno di bahagian-bahagian di Putrajaya.

Katanya pertemuan ini lebih bertumpu untuk memastikan ahli-ahli Umno bersatu hati dalam menghadapi pilihanraya dan mengelakkan tindakan men"sabotaj" antara satu sama lain apabila senarai calon diumumkan nanti.

Semalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan satu artikel berbentuk spekulasi yang pasti menarik perhatian mereka-mereka yang berminat menjadi calon.

Katanya Najib telah diberikan senarai calon dan 50 peratus dari calon-calon tersebut telah ditolak oleh Perdana Menteri. http://www.mmail.com.my/story/najib-gets-tough-candidates-list-23370

Najib juga dikatakan akan menggugurkan "dinosaur" dari bertanding di dalam PRU-13 ini.

Memang ramai dinosaur di dalam Kabinet hari ini. Hampir 40 peratus dari pengundi kali ini adalah dari Generasi Y tetapi Menteri yang paling muda di dalam Kabinet (Shaziman Abu Mansor) pun sudah berusia 48 tahun.

Suasana politik kali ini amat berbeza dari PRU sebelum ini. Dulu, letaklah siapa saja, pasti Umno dan BN akan menang. Itulah sebabnya berlaku perebutan untuk menjadi calon.

Hari ini, tiada seorang pun penyandang jawatan berani tampil ke hadapan mengatakan beliau pasti menang dalam PRU akan datang. Begitulah getirnya PRU kali ini.

Najib perlu berani dalam menentukan calon kali ini. Calon yang tidak bersih, calon yang tidak disukai pengundi, calon dinosaur perlu digugurkan.

Akan ada ugutan-ugutan dari calon-calon ini untuk memastikan mereka terpilih tetapi kepentingan parti mengatasi segala-galanya.

Sunday, June 17, 2012

PRU-13: JULAI? NOVEMBER? MAC 2013?

Bila PRU-13? Ada spekulasi mengatakan Julai. Ada yang meneka September dan ada yang mengatakan Februari 2013.

Mari kita lihat tarikh-tarikh penting antara sekarang hingga ke awal tahun hadapan.

Puasa: 21 Julai 2012

Hari Raya Aidilfitri: 19 Ogos 2012

Penerbangan Haji Pertama: 17 September 2012

Belanjawan 2013: 28 September 2012

Peperiksaan PMR: 9 Oktober-16 Oktober 2012

Hari Raya Aidiladha: 2 Oktober 2012

Penerbangan Balik Haji Pertama: 1 November 2012

Peperiksaan SPM: 5 November-6 Disember 2012

Cuti Sekolah: 9 November-31 Disember 2012

Musim Hujan untuk Semenanjung: November 2012-Januari 2013.

Musim Hujan untuk Sabah/Sarawak: Disember 2012 - Mac 2013.

Penerbangan balik Haji terakhir: 29 November 2012.

Tahun Baru Cina: 10 Febuari 2013.

Jangkaan Jelapang: PRU-13 pada 14 Julai 2012?

Friday, June 15, 2012

INDEKS JENAYAH TURUN: JURUTOL DITEMBAK DENGAN PUMP GUN





Dua Jurutol Plus Cedera Terkena Tembakan
SEREMBAN: Dua orang jurutol Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) cedera terkena tembakan dalam kejadian samun di plaza tol Seremban susur keluar ke arah utara di sini, 9.57 malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata ketika kejadian, mangsa, Nurijah Rosli, 24, dan Mohd Haffiz Zamri, 26, yang menaiki motosikal untuk memindahkan wang kutipan tol di pejabat Plus di plaza tol Seremban susur keluar ke arah utara, tiba-tiba dihalang sebuah kereta sebelum salah seorang daripada lelaki di dalam kereta tersebut melepaskan tembakan ke arah mereka.

"Nurijah yang menunggang motosikal tersebut cedera di bahagian belakang badan manakala Mohd Haffiz cedera di kaki kanannya. Siasatan awal mendapati tiga das tembakan dilepaskan menerusi pump gun. "Setelah motosikal dan kedua-dua jurutol itu jatuh, penjenayah kemudian merampas beg duit yang mengandungi wang tunai RM2,000 daripada mereka sebelum memecut ke arah Sendayan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Katanya mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini.

Katanya ekoran kejadian itu pihak polis akan melihat kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dan gerakan memburu penjenayah sedang dijalankan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Hamdan Masjid berkata polis berjaya menahan seorang lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat lelaki berumur 50-an dengan kesan tikaman di tepi jalan utama Linggi-Lubuk Cina, Rembau pada 15 Mei lepas.

Katanya Ausman Mohd Dahlan atau lebih dikenali dengan panggilan Din, 50, ditahan di kawasan Pasir Panjang, Port Dickson pada kira-kira pukul 11.30 malam, Rabu lepas.

"Lelaki itu kini ditahan reman sehingga 19 Jun. Ausman, seorang dukun dipercayai orang terakhir yang sepatutnya ditemui simati. Kami yakin Ausman dapat membantu polis menyelesaikan kes ini.

"Sebelum itu, polis menahan tiga lelaki berumur 30-an di Perak dan berjaya merampas sebuah kereta dipercayai digunakan simati semasa keluar rumah," katanya. - BERNAMA 1000TH