Thursday, October 4, 2012

ANAK TAIB MAHMUD DAN RM700 JUTA

"Mahkamah Tinggi Syariah pada Selasa diberitahu bahawa Timbalan Pengerusi Kumpulan Cahaya Mata Sarawak (CMS) Datuk Seri Mahmud Abu Bekir, mempunyai 111 akaun berjumlah lebih daripada RM700 juta."
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_mahkamah&file=/2012/10/2/mstar_mahkamah/20121002142222

Bekas isteri Mahmud Bekir, Shahnaz Majid, mendakwa Bekir mempunyai akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.

http://www.stop-timber-corruption.org/resources/Overview_of_the_Taib_Family_1.pdf

Orang Sarawak harus berbangga mempunyai orang sekaya Mahmud Bekir. Pada usia 49 tahun, anak kedua Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud, sudah mempunyai simpanan tunai sebanyak RM700 juta.

Kita harus berbangga kerana ada di kalangan 29 juta rakyat Malaysia, Bekir adalah salah seorang yang terpilih oleh Tuhan untuk dilimpah-curahkan rezeki sehingga simpanan tunai menjangkau RM700 juta.

Mungkin juga rezeki yang datang mencurah kepada Bekir adalah hasil doa orang-orang Sarawak kepada kaum keluarga Taib Mahmud sepertimana di Semenanjung di mana kita tidak putus-putus mendoakan pemimpin-pemimpin besar kita supaya memudahkan kehidupan mereka.

Jelapang membuat sedikit perkiraan. Sekiranya Bekir ditentukan Allah swt hidup sehingga umur 70 tahun, maka beliau perlu menghabiskan RM700 juta dalam masa 21 tahun (atau 7,665 hari). Dengan kata lain, Bekir perlu berbelanja sebanyak RM91,324 sehari untuk menhabiskan RM700 juta sebelum dijemput mengadap Tuhan. (Ini tidak termasuk bunga yang diterima beliau dari simpanan tersebut)

Begitulah murah rezekinya kaum keluarga Taib Mahmud. 

3 comments:

ismailrich said...

Masyallah. Bahagikan sama rata duit RM700 juta kepada rakyat Sarawak... Berapa ya? Tolong kira Jelapang.

ismailrich said...

Masyallah. Bahagikan sama rata duit RM700 juta kepada rakyat Sarawak... Berapa ya? Tolong kira Jelapang.

Anonymous said...

Bodoh punya statement Anak Taib mendapat wang melalui salahguna kuasa dan rasuah ,sedangkan ramai lagi rakyat Serawak hidup dibawah paras kemiskinan....balak ,tanah projek semua dibolot mereka...inilah sikap orang UMNO yang membuat rakyatmakin menolak BN