Saturday, July 21, 2012

NAJIB GUGUR 50% CALON DARI SENARAI

Kini fokus pilihanraya berpindah kepada bulan September.

Ada yang mengatakan ianya akan diadakan selepas Belanjawan 2013 dibentangkan pada 28 September dan ada yang mengatakan ianya akan diadakan dua minggu selepas pilihanraya.

Najib Razak juga dikatakan telah mula mengadakan pertemuan-pertemuan kecil dengan pimpinan Umno di bahagian-bahagian di Putrajaya.

Katanya pertemuan ini lebih bertumpu untuk memastikan ahli-ahli Umno bersatu hati dalam menghadapi pilihanraya dan mengelakkan tindakan men"sabotaj" antara satu sama lain apabila senarai calon diumumkan nanti.

Semalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan satu artikel berbentuk spekulasi yang pasti menarik perhatian mereka-mereka yang berminat menjadi calon.

Katanya Najib telah diberikan senarai calon dan 50 peratus dari calon-calon tersebut telah ditolak oleh Perdana Menteri. http://www.mmail.com.my/story/najib-gets-tough-candidates-list-23370

Najib juga dikatakan akan menggugurkan "dinosaur" dari bertanding di dalam PRU-13 ini.

Memang ramai dinosaur di dalam Kabinet hari ini. Hampir 40 peratus dari pengundi kali ini adalah dari Generasi Y tetapi Menteri yang paling muda di dalam Kabinet (Shaziman Abu Mansor) pun sudah berusia 48 tahun.

Suasana politik kali ini amat berbeza dari PRU sebelum ini. Dulu, letaklah siapa saja, pasti Umno dan BN akan menang. Itulah sebabnya berlaku perebutan untuk menjadi calon.

Hari ini, tiada seorang pun penyandang jawatan berani tampil ke hadapan mengatakan beliau pasti menang dalam PRU akan datang. Begitulah getirnya PRU kali ini.

Najib perlu berani dalam menentukan calon kali ini. Calon yang tidak bersih, calon yang tidak disukai pengundi, calon dinosaur perlu digugurkan.

Akan ada ugutan-ugutan dari calon-calon ini untuk memastikan mereka terpilih tetapi kepentingan parti mengatasi segala-galanya.

No comments: