Sunday, July 22, 2012

KCS BAKAL MB KEDAH?

Menurut seorang penulis kolum di Utusan Malaysia beberapa hari lalu: "Apa sekali pun, tanpa diragui KCS nampaknya begitu setia sekali dengan pemerintah pusat. Jika beginilah setianya pegawai-pegawai KCS ini kepada pusat, mereka layak dipilih untuk bertanding dalam PRU kelak." http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

KCS merujuk kepada pengawai-pegawai kanan perkhidmatan awam negeri Kedah termasuk pegawai-pegawai daerah di 15 daerah di Kedah.
Spekulasi mengenai KCS menjadi MB Kedah sudah lama berlarutan terutamanya ada berita kononnya Najib Razak menyalurkan peruntukan khas kepada pegawai-pegawai KCS untuk melaksanakan program-program kecil politik termasuk memperbaiki dan membina rumah rakyat termiskin di daerah-daerah di Kedah.

Tindakan Najib ini dikatakan tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin bahagian kerana pertama, kosnya lebih rendah dari kos yang dibuat oleh ahli-ahli politik dan kedua, DO ini lebih kuah dari sudu dan sudah mula menyimpan cita-cita politik.

Maka, tersebar khabar angin bahawa dibeberapa kawasan DUN, KCS akan diletakkan sebagai calon. Malahan ada yang mengatakan KCS juga bakal menyandang jawatan Menteri Besar apabila Umno menang di Kedah nanti.

Antara nama-nama yang disebut sebagai bakal MB ialah Pegawai Daerah Pendang Nordin Yahya (gambar atas sekali) dan Ketua Eksekutif SADA Adzmi Din (gambar).

Najib telah menyatakan bahawa beliau sedang dalam proses mentransformasikan politik.

Di Kedah, ada Ketua Bahagian yang sudah terlalu lama berkhidmat sehingga ditewaskan pada PRU-12 dulu tetapi masih menyimpan cita-cita untuk mencuba nasib sekali lagi untuk menjadi Adun dan Ahli Parlimen.

Seperti mana di Selangor, ada spekulasi yang mengatakan ahli korporat bakal dipilih sebagai MB Selangor yang baru sekiranya Umno kembali bertakhta, perkara yang sama mungkin berlaku di Kedah.

Mungkinkah Adzmi dipilih sebagai MB? Atau mungkin kah Nordin yang terpilih?

Bagi Jelapang, Mukhriz Mahathir masih lagi calon favourite untuk menjadi MB sekiranya mendapat sokongan dari semua bahagian di Kedah.

No comments: