Kerajaan seringkali menembak kaki sendiri dan ia berlaku lagi semalam.
Semalam kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol RON 95 sebanyak 5 sen.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/12/3/mstar_berita/20101203172722&sec=mstar_berita
Kenaikannya tidak banyak, hanya 5 sen, tetapi implikasi politiknya cukup besar.
Bukan kenaikan 5 sen yang akan menjadi isu, tetapi kegagalan berpegang kepada janji bahawa tiada kenaikan untuk tahun ini bakal menjadi bahan politik.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob awal bulan lepas membuat kenyataan berikut:
“Bagaimanapun, mengikut jangkaan saya, tiada perubahan (pada harga petrol RON 95) sehingga akhir tahun ini, tetapi bagi tahun depan, ia masih tidak diketahui.”
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaRON95_dieselkekalakhirtahun/Article/index_html
Apakah kerajaan dan Kementerian terlepas pandang janji ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Anti klimak punya kerajaan bodoh punya Umnogok
salam
kan dah terbukti pemimpin UMNO/BN ini sebenarnya penipu dan janji bukan boleh pegang sangat pun.
kawe rasa kenaikan ini adalah kerana kemenangan berganda di Galas dan Batu Sapi. kalaulah Bn menang besar nanti dalam PRU 13, agaknya sebulan sekali minyak naik 50 sen. Peduli apa lagi pada rakyat pergi mamposlah sampai PRU 14. Tak gitu tuan hamba.
Salam.
Inilah bijaknya kerajaan kita, tak perlu pikir apa2, nak duit naik kan minyakk... Itu taraf pemikiran menteri kita, apa dia ingat rakyat tidak ada hak untuk menikmati rezki minyak yang dianugerahi oleh Tuhan di bumi sendiri..
Nasib baik pemimpin dan parti puak2 pakatan haram ni bercelaru dan lintang pukang hidupnya.. Kalaulah mereka itu jujur dan terurus dengan sempurna, hancur umno... tapi sampai bila untuk terus berharap pakatan haram kacau bilau, kalau menteri sendiri tidak cekap dan bijak mentadbir negara... Entahlah, nasibmu negara ku...
Sam PPuteh
dari dulu lagi kerajaan janji macam tu tak naik lepas tu tungggggu pasti naik punya
nak buat macam mana lagi tak beli tak bawa kereta la kita
penting kena pilih bakal YB yang faham dan miskin kalau semua YB yang kaya dah depa tak kisah
sayang negara
Kan Ismail Sabri berlapik cakapnya, "mengikut jangkaan saya"?
Post a Comment