Ramai pemimpin Umno di Kedah merasakan diri mereka paling layak untuk dinobatkan sebagai Ketua Perhubungan Umno Kedah termasuklah mereka yang kalah pada PRU-12 Mac 2008.
Najib Razak mungkin telahpun memuktamadkan pilihan beliau dan hanya menunggu masa untuk mengumumkannya.
Ahmad Bashah Md Hanipah dan Mukhriz Mahathir dikatakan bakal diumumkan sebagai Ketua dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.
Adakah Bashah dan Mukhriz calon paling popular di Kedah?
Jelapang membuat sedikit kajian dan menyenaraikan pemimpin-pemimpin paling popular di Kedah semasa pilihanraya umum 2008. Ianya berdasarkan kepada majoriti kemenangan mereka semasa PRU-12.
Kepada mereka yang tidak tersenarai, ianya disebabkan samada mereka tewas semasa pilihanraya tersebut atau mempunyai masalah besar sehinggakan mereka hilang kelayakan untuk disenaraikan seperti Syed Sobri Syed Hashim (Kuala Nerang) yang dibelenggu hutang dan Abu Hasan Sharif (Kota Seputeh) yang menunggu samada akan dilucutkan gelaran wakil rakyat kerana gagal menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah.
BERIKUT SENARAI 12 PEMIMPIN UMNO PALING TOP DI KEDAH
1. Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam) (gambar atas) majoriti: 6,995 undi
2. Johari Baharom (Parlimen Kubang Pasu): 7,060 (**kelebihan kepada Ahmad Zaini kerana kerusi yang ditandingi beliau hanya kerusi negeri berbanding kerusi parlimen yang besar yang ditanding Johari**)
3. Abu Bakar Taib (Parlimen Langkawi): 4,970
4. Nawawi Ahmad (Kuah): 3,324
5. Suraya Yaakob (Sungai Tiang) 3,006
6. Mahdzir Khalid (Pedu) 2,733
7. Saad Man (Jitra): 2,258
8. Mukhriz Mahathir (Parlimen Jerlun): 2,205
9. Rawi Abdul Hamid (Ayer Hangat): 1,135
10. Azmi Che Hussin (Bayu): 984
11. Ahmad Bashah Mad Hanipah (Bakar Bata): 358
12. Tajuddin Abdullah (Belantik): 254
Jelas Ahmad Zaini merupakan pemimpin yang tertinggi memperolehi undi majoriti di Kedah sementara Ahmad Bashah, pemimpin favourite untuk menyandang jawatan Ketua Perhubungan berada di tempat ke 11. Bakal timbalan beliau, Mukhriz, hanya berada di tempat ke-8.
How car-centric planning is killing Malaysians
6 hours ago
2 comments:
Itu masa pilihanraya bro..kalau ko tnya semua rakyat kedah.. x semestinya semua sokong zaini.. aku percaya. even mukhriz menang 2000++ ..itu utk parlimen jerlun saja.. cuba hang tnya seluruh kedah.. diorang sokong sapa??
Bro,
Hang faham tak politik ni atau hg pun nak kena cucuk hidung jadi lembu macam semua Ketua2 Bah. UMNO Kedah yg dok ada laani?
Jangan kata org UMNO saja yg tau, org PAS dan PKR dan juga budak-budak sekolah pun tau perangai depa. Depa kata geng loklaq UMNO ni. Semua rakyat Kedah & Malaysia kata Pak Lah bodo piang tapi puak2 Ketua Bah. ni dok kokkong dia sampai linkup Kedah! Apa cereta ni? Bodo sgt kah semua org Kedah? Tok2 nek2 kita dulu lawan dgn Siam 1821 - 1843 halau sampai Burma; banyak yg syahid tapi geng yg lari ke Kepala Batas tu tup tup jadi PM! Patutlah lingkup satu Malaysia.
Toksah ungkit statistic hg tu, itu pun org kesian bagi menang kat Zaini pasai org ingat Che Det saja. Harap Zaini hg pun tau! Kaki be_t_n_. Patutlah hg sokong dan buboh gambaq tu. Kemeeeeeh.
Post a Comment