48 JAM!
48 jam yang cukup genting untuk beberapa Menteri Kabinet dan mereka yang di luar Kabinet. Ramai yang meramalkan Najib Razak akan mengumumkan rombakan Kabinet dalam masa 48 jam akan datang.
Bapak-bapak Menteri dari Umno mengharapkan ianya tidak berlaku. Sebahagian dari timbalan-timbalan Menteri mengharapkan ianya berlaku kerana mereka melihat diri mereka sebagai bakal Menteri Baru.
Bekas-bekas Menteri juga begitu - amat berharap Najib membawa mereka kembali di sisi.
Malahan Ketua-Ketua Bahagian yang tewas semasa pilihanraya yang lalu turut menaruh harapan - jadi Timbalan Menteri pun jadilah.
Di kalangan pemimpin Umno, tiada lain yang diperkatakan. Hanya rombakan Kabinet menjadi bualan.
Sidang parlimen sudah berakhir. Dewan Negara pun akan berakhir. Mesyuarat Kabinet katanya, minggu ini yang terakhir.
Katanya Najib akan menuruti jejak Dr Mahathir. Umum rombakan, Najib kerja untuk hari terakhir.
Begitulah tinggi harapan Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, bekas-bekas Menteri dan Ketua-Ketua Bahagian.
Penentuannya esok lusa. Rombakan Kabinet, katanya, bila-bila masa. 48 jam yang cukup menyeksa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment