Monday, December 13, 2010

MUKHRIZ TAK LAYAK PIMPIN UMNO KEDAH



"Beliau (Mukhriz Mahathir) belum belajar banyak lagi, masih kurang pengalaman. Menjadi pengerusi Umno di negeri Kedah yang kalah ini bukan tugas mudah, kerana tugasnya adalah untuk merampas semula negeri ini dari PAS. ada pemimpin lain yang lebih layak dari Mukhriz untuk menjadi pengerusi perhubungan Umno Kedah." - Setiausaha Umno Bahagian Kubang Pasu Shamsuddin Ahmad.http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=11143

Siapa yang layak?

Kata Shamsuddin, Johari Baharom.

Kadang-kadang terasa ada benarnya kata Shamsuddin ini. Kalau lah Mukhriz seorang berpengalaman dalam politik, tidak mungkin beliau membuat kenyataan menyatakan kesediaan bertanding kerusi negeri di Kedah. Ini kerana kenyataan tersebut sudah pasti mengundang padah dari musuh-musuh beliau di Kedah.

Kata Mukhriz:
“Jika perlu dan wajar, saya bersedia untuk berkhidmat di Kedah. Saya bukan berniat untuk melobi."
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/12/12/nation/7608719&sec=nation

Kenyataan seumpama ini pastinya tidak disenangi oleh kepala-kepala perang di Kedah. Mahdzir Khalid masih menyimpan cita-cita untuk kembali sebagai Menteri Besar, Ahmad Bashah Hanipah sudah mula bermimpi kerusi Menteri Besar. Johari Baharom, Tajul Urus, Jamil Khir dan Ahmad Lebai Sudin juga berminat.

Kenyataan Mukhriz semalam memberi gambaran betapa ceteknya ilmu politik beliau.

18 comments:

dzimba said...

mukhriz amat layak.

MyMdFadzil said...

Cetek sangatkah ilmu politik Mukhriz hinggakan ada puak mula nak cantas-mencatas. Alooo bro nak berebut kuasa atau berkhidmat. X cukupkah dgn kegagalan yg lalu, lagi nak tunjuk kuasa walaupun kuasa dah lapuk. Kami dibawah pedih memandang kerana kami juga perjuang tampa nama dan kami harap-harap HANGPA DUDUK SEMEJA BERBINCANG ELOK2 DAN TOKSAH DOK BERTENKAQ SAMPAI TEGANG URAT LEHAQ LAST2 KECUNDANG AKIBATNYA. SAPA YG PENAT KAMI KAT BAWAH

Anonymous said...

Mukhriz jawatan Bahagian pon tak pernah ada. Buat apa? Jadi ketua cawangan pon tidak

man dego said...

Hanya Mukhriz saja yg kedah ada.Lain -lain nama besar di kedah taaaak laaaayak.

Anonymous said...

Sedarlah wahai orang Kedah ..mungkin kau orang ni semua tak faham lagi atau lupa yang kau ni semua dah kena perintah oleh pembangkang. Sebabnya pasal orang-orang nilah ...Mat Badsha ..Joe Baharom ..Mahadzir Khalid dan banyak lagi. Orang semua dah meluat benar dengan perangai dia orang ni semua. Itu punya senang pun tak boleh faham. Masih lagi nak naikkan haram jadah ni semua balik. Siapa yang cetek politik ni ..sedarlah diri kau orang semua sikit ...
Mungkin Mukriz belum banyak pengalaman tapi orang kurang pandai ni boleh diajar. Yang payahnya ialah orang yang terlebih pandai ni yang selalu menjahanamkan.
Kita perlukan pemimpin yang ikhlas dan Mukrizlah orangnya. Kalau pemimpin lain juga ikhlas ..bantulah dia atau sesiapa yang dilantik ...bukannya boikot ..
Orang UMNO ni bilalah nak pandai ..masih lagi tak sedar diri ..


Arcadia

Pakteh said...

Apa yang tuan2 sarankan? politik menipu...biarlah era politik minupu ni ditinggal2kan.
Skang ni zaman berterus-terang dan Mukhriz membuktikannya. Paklah diminta berundur oleh Mukhriz secara berterus terang. Tidak ada baling batu sembunyi tangan.

pimaitangu said...

Layak tak layak bukan urusan bebbrp kerat pemimpin bahagian untuk menentukan.Kalau depa kata depa lebih layak tp kalau rakyat dan pengundi kedah tolak, itu namanya tak layak. Kalau nak yg paling bpengalaman, ambillah org paling lama yg duduk sbg pemimpin bhg, tapi rakyat boleh terima ka? Toksahlah nak mperlekehkan org lain kalau ekor bergelumang tahi...

ahmadfarihan said...

UMNO Kedah ada penyakit. Penyakit pertama ialah pemimpin2 tak sedar diri mereka kurang cerdik. Kebodohan pemimpin UMNO kedah yg tidak cerdik dan bodoh dalam mencari isu dan juga berkata-kata. Azizan dan Madhzir Khalid lebih kurang sama tiga suku. Penyakit kedua UMNO Kedah ialah ramai juga pembela2 mangkuk2 yg tak cerdik mana itu yg menjadi pengikut2 tegar akibat kontrak2 yg dikejar.

Biarkan Mukhriz naik bersuara. Biarkan dia berterus terang dengan hasratnya. Jangan bawa penyakit baling batu sembunyi tangan amalan UMNO Kedah selama ini.

Mereka yg usang dan punya idea lapuk sila undur secara terhormat. Tinggalkan segera budaya politik ala mafia ini. Senyap2 dan rahsia ibarat nanah dan kanser. Rakyat perlu nampak hasrat dan niat pemimpin. Tak perlu ada pengalaman jawatan. Kerana kita perlu ubah cara kita bukan bekerja seperti dulu.

ROMBAK UMNO KEDAH!

Anonymous said...

Kedah pada masa ini dilihat tak ada langsung tokoh yang berwibawa dan berkebolehan sama ada dari segi pencapaian akademik dan karisma kalau nak dibandingkan antara UMNO dan PAS .ADUN UMNO dipandang masih kebelakang dalam pencapaian akademik hingga ada hanya lulus SRP dan SPM saja sedangkan PAS terdiri dari yang berijazah hinggalah kedoktoran .
Untuk itu UMNO Kedah kena berubah sekiranya mahu menandingi PAS yang jauh lebih mantap dalam ceramah mereka.
Pada saya UMNO Kedah kena berubah lah kalau mahu terus maju .Beri peluang pada Ahli-ahli UMNO yang berijazah atau sekurang-kurangnya diploma .Baru nampak lebih mantap .Kita kena faham dam berubah mengikut masa dan keadaan sekitar .Saya percaya Kedah tidak kurang mereka-mereka yang berkebolehan .
Dato Mukhriz juga dipandang ada kebolehan kerana mungkin jasa Tun Mahathir dimana beliau boleh menang dikawasan kubu kuat PAS. Kepada mereka yang tidak mahu mengubah paradigma dan tanggapan sempit sila fikir Kedah merupakan sebuah negeri yang banyak melahirkan cendiakawan dimasa lalu tapi kini nampak lesu .Mungkin orang -orang Kedah terlalu taksub dengan Kekedahan.
Harus diingat kita sedang duduk dialam dunia yang serba canggih samaada dari segi zaman internet dan pecernaan idea-idea baru. Apakah Kedah mahu diperintah oleh PAS .Terpulanglah kepada pendokong-pendokong UMNO

Sekian
AHMAD KEDAH/KUBANG PASU

Anonymous said...

Siapa pun yang nak jadi Menteri Besar Kedah mesti bermuka ceria dan peramah serta sentiasa manis muka .Jangan hanya tumpu pada bahagian dia saja .Kena jengok-jengok bahagian lain sama. Kalau muka masam saja tak payahlah.

1 Melayu said...

Anon 14,2010 4:39,

Najib tak pernah jadi Ketua Cawangan atau Ketua Bahagian dan dalam usia 29 tahun telah jadi MB Pahang dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pahang.

Ketua ketua Bahagian dalam negeri Kedah semuanya reput,dead wood dan kaki pelahap lagi hipokrit.

Anonymous said...

UMNO kedah terer? kalah dgn org kuat tidor, azizan.
biasa la UMNO kedah. terer konon. Hang kata hang terer, PIIIII RAA!!!
Bodoh piang, UMNO kedah ni. tak nak ngaku. serupa cam PAS. betina , gila kuasa.

PengundiAtasPagar said...

UMNO Kedah masih tak sedar diri, masih mengharap kepada orang yang dah di reject oleh Rakyat. Mereka tak sedar yg Rakyat dah meluat dengan depa ni. Hanya Mukhriz saja harapan UMNO Kedah sebenarnya....itu pun mereka tak nampak... itulah akibatnya bila terlalu taksub dengan kuasa yg pernah mereka pegang, sampai la masih dibuai mimpi....!

payabakau said...

Mukhriz adalah calon yang paling layak.

Anonymous said...

Alahai semua yg condemn mukhriz tu cermin diri sendiri lah. Rakyat Kedah benci semua pengampu2 dan ketua2 bahagian UMNO sedia ada. Setahu saya dan rakan2 lain kalau bukan Mukhriz kami sanggup biaq kat PAS.

Anonymous said...

kepimpinan umno kedah perlu muka2 baru,dinamik dan yg profesional.Yang dok ada la ni tk boleh pakai dah..depa ni dari masa tok man aroff lagi.cukup2 la..masa Tun M dulu boleh la..Letak calon bisu pun boleh menang.

Anonymous said...

Barisan Colon UMNO Kedah dan lain2 negeri ada yang kelulusan SPM dan STP.. Sedih....,Bila berhujah dengan Pembangkang semuanya tewas .wat malu UMNO saja...carila calon yg lebih berwibawa untuk majukan Kedah...

Anonymous said...

Mukhriz memang xlayak pun nak pimpin Kedah?Cetek Agama,kalau nak belajar makan masa berapa tahun plk??