Tuesday, December 14, 2010

BASHAH KETUA, MUKHRIZ TIMBALAN PERHUBUNGAN

Khabar angin terkini!

Ahmad Bashah Md Hanipah - Ketua Perhubungan Umno Kedah

Mukhriz Mahathir - Timbalan Ketua Perhubungan

Khabarnya Ahmad Bashah telah dipanggil mengadap Perdana Menteri dan Presiden Umno minggu lepas di Kuala Lumpur dan telah dimaklumkan bahawa beliau akan dilantik sebagai Ketua Perhubungan Umno Kedah yang baru menggantikan Shafie Apdal.

Sementara Mukhriz, yang merupakan hanya ahli jawatankuasa Bahagian Umno Kubang Pasu, akan dinobatkan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan.

Alasannya ialah untuk menyakinkan dan memberi harapan baru kepada pengundi bahawa Umno mampu mengenengahkan muka baru dan membawa perubahan melalui Mukhriz, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Persoalannya adakah Bashah mampu mengemudikan Umno Kedah? Dan adakah Mukhriz mampu membawa perubahan kepada Kedah?

4 comments:

Anonymous said...

salam,sebagai rakyat kedah yg sentiasa memerhati perkembangan politik negeri saya merasakan sudah sampai masanya pucuk pimpinan memberi peranan pengerusi perhubungan negeri kedah kepada oeng muda kerana ianya akan memberi kesan yg terbaik.Orang2 lama bukannya tidak diperlukan tetapi mereka org2 lama menjadi pembantu yg berkesan kpd org baru..Dato, bashah dah lama,tok abu hassan x dak kelulusan,tok det negeri punah abih,tok jo rasuah kuat,rahman pdg serai x dak kelulusan,tajuddin x dak kelulusan,tok bakar langkawi lama dah,tok mat lesu pokok sena x mau,ali yahya sama dgn tok dek kaled,jadi yg dok nampak sesuai tok mukhriz PPUN kedah,timb.tok aziz kulim@azeez baling@tajul urus@tok suhaimi...baru cantik....

Anonymous said...

Memang Najib tak nak BN menang di Kedah bila lantik dua org ni...untung Bashah sebab dia kawan Najib dan rupan2nya UMNO ni hanya utk kekawan shja....Tahniahlah Najib kerana lantik mrk ini...Timbalan tu bertanding KP Kubang Pasu pun kalah..cuba tanya Mukhriz..berapa kali dia hadir Mesyuarah AJK Bhgn Kubang Pasu?

Basha tu masa jadi Timbalan..apa yg dia bantu Shafie? Naib Oh Najib..jadilah anjing dgn bayang2nya...

yat said...

khabar angin, yg aku dok tgk pednyokong basha dok co0mment dlm blog...slagi xdak kata putus najib, aku anggap peluang masih terbuka utk najib..

kalah ketua KP kubang pasu/ orang tau la johari dan samsudin sabotaj, tambah pulak khairy pun masuk cmpuq, cuba buat adil n open tgk....

Anonymous said...

Dato Bashah ni tolak org muda, dia mana suka kpd sayap2 dalam parti, org muda bg dia tak tau apa2, hanya beban kpd UMNO yg dia nak pegang hingga ke mati. sapa muda dia cantas,sapa pandai kena cantas..