Tuesday, June 9, 2009

MUHYIDDIN: LAWATI LAH SEKOLAH DI LANA BULU

Terbaca saya cerita Muhyiddin Yassin hairan bagaimana seseorang pelajar tidak perlu lulus matapelajaran Bahasa Inggeris dalam SPM. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/6/9/nation/4079598&sec=nation

Alangkah baiknya Muhyiddin mengajukan soalan ini kepada Hishammuddin Hussein bila mereka bertemu terutamanya ketika mesyuarat mingguan kabinet.

Berikutan "penemuan" ini, Muhyiddin meminta rakyat memberi maklumbalas samada pelajar perlu diwajibkan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0609&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm&arc=hive

Maka hari ini Kementerian Pelajaran membuka talian untuk orangramai memberi pandangan mereka. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=416765

Hasrat Muhyiddin baik kerana pada pandangan beliau "bahasa Inggeris adalah bahasa yang amat penting yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita." http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=416561

Kabinet hari ini ialah Kabinet "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Slogan ini direalisasikan oleh ahli-ahli Kabinet dengan melakukan upacara-upacara turun padang. Malah Muhyiddin adalah salah seorang Menteri yang pertama turun padang dengan melakukan lawatan mengejut ke sebuah sekolah di Seksyen 4 Shah Alam pada 14 April 2009, 4 hari selepas beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran. http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009/04/tpm-buat-lawatan-mengejut.html

Alangkah baiknya sebelum sebarang keputusan dibuat untuk mewajibkan pelajar lulus Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM, Muhyiddin turun padang sekali lagi dan mengikuti bagaimana Bahasa Inggeris diajar di sekolah-sekolah terutamanya sekolah-sekolah di ceruk-ceruk kampung.

Janganlah pergi ke sekolah-sekolah di Shah Alam. Shah Alam kawasan elit. Pergilah ke sekolah-sekolah di Lana Bulu, Air Lanas, Kampung Nagalilit, Kampung Kok Pasir, Kampung Ladang Pelam, Kampung Long Tanid dan Kampung Tingkalanon.

Muhyiddin patut mengikuti kelas Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah di kampung-kampung seumpama ini dan tak payahlah bawa jurugambar dan pemberita.

Turun padang dan selami nasib pelajar-pelajar di kawasan-kawasan ini dan fahamilah kaedah cara mereka belajar bahasa Inggeris.

Tahukah Muhyiddin bahawa di sesetengah sekolah Bahasa Inggeris diajar dalam Bahasa Melayu? Tahukah Muhyiddin ada guru mengajar anak muridnya menyebut "carbon dioxide" sebagai "carbon dai-ok-si-de" kerana beliau mengeja "xide" sebagai "si-de"? Ini belum lagi perkataan-perkataan yang disebut dan bunyinya membawa maksud yang memalukan.

Ini bukan salah guru. Ini salah Kementerian Pelajaran. Bahasa Inggeris bukan bahasa baru. Sejak sebelum merdeka lagi bangsa kita sudah berbahasa Inggeris. Malangnya sehingga hari ini Kementerian Pelajaran masih belum menemui methodologi untuk membimbing guru-guru kita untuk fasih dan mengajar Bahasa Inggeris dengan betul.

Kalau Kementerian Pelajaran merasakan ia perlu mewajibkan pelajar lulus Bahasa Inggeris dalam SPM, apa kita nak buat. Tetapi janganlah pula Muhyiddin buat macam Menteri Pendidikan dahulu.

Bila ramai pelajar dapat markah rendah, kita turunkan "markah lulus" nak bagi nampak keputusan peperiksaan itu nampak cantik dan Menterinya pun nampak cantik.

Yang merisaukan ialah pelajar-pelajar di Lana Bulu, Air Lanas, Kampung Nagalilit, Kampung Kok Pasir, Kampung Ladang Pelam, Kampung Long Tanid dan Kampung Tingkalanon. Mampukah pelajar ini lulus bahasa Inggeris mereka dengan cara matapelajaran ini diajar kepada mereka?

Adilkah kita bandingkan mereka dengan pelajar-pelajar Kirby College atau pelajar dari MCKK, Alam Shah dan Seri Puteri? Tepuk dada tanya selera.

2 comments:

wanbaki said...

say sangat2 bersetuju pendapat tuan...
tu tak kira sekolah di kampung lanai, kuala samak, iboi, tanjung pari, jeneri, padang sanai lagi.
dulu cikgu sekolah saya mengajaq BI macam ni;
one: wan
two: tu
eat: it
read: rid
mungkin sama 'side'& 'xide' tu.
sebenarnya menteri-menteri belum sedar yang kat sekolah sendah di luar bandar masih ada yang tak boleh baca masa nak ambik UPSR. Ketika saya di tahun 6 pada tahun 1993 kami hanya 31 orang yang akan menduduki UPSR dan 16 orang daripada kami masih tidak mahir membaca. Dan hanya 6 orang sahaja yang lulus BI dalam UPSR.
Mungkin juga kerana cikgu di luar bandar berpolitik lebih dari orang politik. Cikgu yang berpahaman PAS lebih agrasive di sekolah yang asyik dok pulun nak bagi bantuan, biasiswa, KUAM, RMT kepada anak orang PAS saja sehingga lupa diri. Sampai tak masuk kelas kerana dok siasat.
Cikgu di luar bandar sebenarnya kurang pemantauan. Pada ahad lepas saya tidak bekerja dan berpaluang bersiar di kampung. Apayang saya nampak ada cikgu di kantin melepak di sana sampai tgh hari. Orang kampung pun dok kata macam tu. Mungkin cikgu tu tak da kelas tapi buat lah sesuatu untuk anak-anak bangsa. Mungkin benar cikgu hanya satu kerjaya tapi pilih Kerajaan di bawah KEMENTERIAN PENDIDIKAN pilih lah cikgu yang betol2 nak mengajar....

Anonymous said...

tuan

hishamuddin husin menteri pendidikan dulu pun hantar anak pergi international school.

najib patut declare pada rakyat berapa ramai anak menteri yang belajar di sekolah kebangsaan.

rakyat di dahulukan. najib mesti wajibkan dulu menteri hantar anak ke sekolah kebangsaan sebelum wajib makan BI dalam spm