Runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Selasa lalu juga membawa kepada keruntuhan kepada karier politik beberapa tokoh politik di Terengganu.
Pada satu ketika Ahmad Said berada di ambang kejatuhan. Hanya 4 Adun Umno menyokong pucuk pimpinan beliau dan Ahmad merasa bahang kejatuhan apabila kerusi Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan Pas dalam pilihanraya kecil.
Keris dihunus oleh orang-orang tertentu. Sasarannya ialah Menteri Besar Ahmad Said. Keputusan Ahmad Said untuk tidak bertanding sebarang jawatan semasa pemilihan Umno Mac lalu merupakan berita gembira buat segerombolan "Budak Hitam".
Kesudahannya, Ahmad hanya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan dan tempatnya diberikan kepada Hishammuddin Hussein.
Cita-cita salah seorang tokoh politik di Terengganu begitu tinggi. Peluang telah diberi sebelum ini malangnya ianya belum mencukupi.
Maka bermulalah episod SMS ugutan. Sekumpulan Adun "melarikan" diri dan "bersembunyi" di sebuah hotel kerana "nyawa mereka terancam" dek sms ugutan yang diterima yang dikatakan dibuat oleh orang yang hampir dengan Menteri Besar Terengganu.
Selepas campur tangan polis, akhirnya suspek di tangkap. Dan orangnya, rupa-rupanya, paling hampir dengan Menteri Besar dahulu, Idris Jusoh.
Ahmad Ramzi Mohamed Zubir, Setiausaha Politik Idris, dua hari lalu didakwa "melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada ADUN Paka, Mohd. Ariffin Abdullah untuk menimbulkan kegentaran kepada beliau." Ini adalah salah satu dari 4 pertuduhan terhadap Ramzi. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm
Dan Selasa lalu, bumbung stadium yang bernilai RM300 juta roboh. Blogger A Voice menulis mengenai insiden ini dan cerita disebalik tabir berkaitan pembinaan stadium ini. http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/06/deep-throats-lead-for-macc-on-stadium.html
Pelbagai reaksi diberikan mengenai insiden ini. Antaranya oleh Ahmad Said. Katanya: "Sepatutnya JKR yang lantik, kalau mereka tidak ada kemampuan mereka kena nasihatkan kita (kerajaan negeri) untuk lantik syarikat perunding yang benar-benar layak. Sebab itu sekarang ini banyak kita tengok projek yang tak berjalan dengan sempurna kerana konsultannya 'cap ayam."
Siapa yang lantik konsultan "cap ayam" ini. Seperti mana tulisan A Voice, projek-projek yang dimaksudkan adalah projek-projek yang diluluskan semasa Idris menjadi Menteri Besar dan Wan Hisham, abang Wan Ahmad Farid, bekas Setiausaha Politik Abdullah Ahmad Badawi, yang ketika itu menjadi Exco yang bertanggungjawab ke atas pembangunan infrastruktur negeri Terengganu.
Sebenarnya, di Terengganu politik mengatasi segala-galanya. Kini tiba masa untuk Ahmad memulangkan buah keras kepada Idris.
Adun yang menyebelahi Idris bertungkus lumus untuk menjatuhkan Ahmad sehingga pada satu ketika Ahmad hampir-hampir dijatuhkan melalui undi tidak percaya oleh penyokong-penyokong Idris.
Kini Ahmad sedang ketawa besar. Konsultan "cap ayam" adalah konsultan yang dilantik di zaman Idris. Stadium yang runtuh adalah stadium yang dibina di zaman Idris. Siling yang bocor di lapangan terbang adalah di bangunan yang dibina di zaman Idris dan kolam renang yang meresapnya air juga dibina di bawah pentadbiran Idris.
Lebih meriangkan Ahmad Said ialah orang yang dituduh menghantar sms ancaman ialah orang Idris.
Akhir kata, tamatlah riwayat politik Idris. Kata orang buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali dan janganlah bagi betis hendak peha pula.
Sudah adapun hari ini yang gundah gulana di Terengganu dan ada yang telah membawa diri, katanya, ke Amerika Syarikat.
Apapun pun, Ahmad Said boleh tidur lena dengan apa yang berlaku di Terengganu kerana stadium yang runtuh kini membawa rahmat yang dijangka buatnya.
Friday, June 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment