HUSAM Musa tewas, akhirnya.
Nasharuddin Mohd Isa kekal Timbalan Presiden Pas apabila menewaskan Husam setelah memperolehi 480 undi. Husam mendapat 281 undi manakala Mohamad Sabu di tempat ketiga dengan 261 undi.
Kempen pemilihan dalam Pas tidak seperti dahulu lagi.
Ianya kini tiada bezanya antara Umno dan Pas dan mungkin Husam pelopornya.
Internet menjadi medan untuk berkempen. Serang menyerang menjadi trend baru dalam Pas.
http://kickdefella.wordpress.com/2009/06/01/jawapan-sayuti-kepada-kickdefella/
Sebenarnya, Pas tidak lagi seperti Pas dahulu yang di bawah pimpinan ulama. Sebenarnya ia berita baik kepada parti lawan. Pas kini di persimpangan jalan. Tanpa Abdul Hadi Awang, Azizan Razak, Nik Aziz Nik Mat, Pas akan menjadi parti liberal.
Sejarah dalam Pas amat jelas. Bertukar saja haluan, hilang lah pengaruh Pas. Inilah yang di alami Pas ketika di bawah pimpinan Allahyarham Asri Muda.
Saturday, June 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment