SEHATI TIDAK SEMESTINYA SEJIWA: Ketika Hishammuddin Hussein semalam meminta penjelasan dari Kedutaan Amerika Syarikat atas alasan apa Malaysia disenaraikan sebagai antara negara-negara menyeludup manusia, Shahrizat Jalil begitu gembira dengan laporan Amerika Syarikat ini.
"Kata kedutaan Amerika di sini, mereka sangat gembira dengan langkah yang diambil kementerian saya, terutama kerana kami tidak membiarkan tindakan sedemikian sebab isu ini dekat dihati kami." - Shahrizat Jalil. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=419059
Kenyataan Hishammuddin semalam jelas pendirian kerajaan terhadap laporan Jabatan Negara. Tetapi lain pula dengan Shahrizat. Mungkin bagi Shahrizat, yang penting Kementerian beliau dapat pujian, hal Kementerian Hishammuddin itu masalah dia.
Sebenarnya, tiada apa yang menghairankan dengan Shahrizat. Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun lah idola beliau, zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pak Lah lah yang perkasa bagi Shahrizat sehinggakan dilantik ke jawatan berstatus Menteri walaupun kalah pilihanraya dan sekarang, setiap masa bibir Shahrizat melafazkan puji-pujian buat Najib Razak.
Oleh itu tidak menghairankanlah walaupun 90 peratus laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat itu memberi gambaran negatif terhadap Kerajaan dan Negara, yang penting bagi Shahrizat ialah sepatah ayat memuji Kementerian beliau.
Thursday, June 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Siapa tak tau Shahrizat tak ada tulang belakang. Wanita memang tau sikap politiknya ada lah ampuism dan penakut. Sampai hari ini tak nampak pun Ketua dan Naib Ketua Wanita UMNO dapat buat apa2 semenjak merajui Wanita Umno Malaysia. Semua tempat di pilihanraya kecil kalah. Bukit Gantang kalah, Bukit Selembau (Kedah) kalah. Nasib baik UMNO BN tak jadi bertanding di Penanti sebab itu Shahrizat suka tak ada pertandingan di Penanti kalau ada, mana pulak Shahrizat dan Kamalia nak letak muka kalau kalah. Tak tau lah apa strategi politik Shahrizat di Manek Urai nanti. Jagan2 Shahrizat tak ada strategi. Wanita UMNO nampak relak aje.
Post a Comment