Tidak mungkin gambar seumpama ini akan menjadi gambar terakhir yang akan dimuatkan di dada-dada akhbar sehingga pilihanraya kecil negeri diadakan di Manik Urai, Kelantan, Julai ini.
Di hari-hari akan datang, pastinya kita semua akan dihidangkan dengan gambar-gambar pemimpin tertentu duduk memegang tangan orang kampung yang bertahun-tahun terlantar menderita akibat serangan angin ahmar.
Akan ada gambar pemimpin Wanita yang akan memimpin makcik-makcik tua dan menatang anak-anak kecil di dada-dada akhbar.
Sebelum ini, tidak pernah sekali pun kita dihidangkan dengan gambar pemimpin ke Manik Urai membantu penoreh menoreh getah. Hari ini kita dihidangkan dengan gambar Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan menoreh getah dan secara "kebetulan" disedari oleh pihak media. Sebelum ini, kita yakin ramai di kalangan pemimpin tidak pernah menyedari adanya suatu tempat bernama Manik Urai. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm
Kita masih tertanya-tanya, tidakkah pemimpin Umno menyedari bahawa imej-imej ini memuakkan pengundi dan kita semua? Tidakkah pemimpin Umno menyedari bahawa rakyat sedar dan kita tahu ini hanyalah lakonan hipokrit mereka?
Apalah salahnya pemimpin Umno turun padang diam-diam dan menyelami perasaan dan kehendak rakyat? Mengapakah setiap kali mereka tidur di rumah rakyat yang marhaen ianya perlu diumumkan ke pelusuk negara? Mengapakah perlu ada wartawan? Mengapakah perlu ada kamera TV untuk merekodkan aksi lakonan ini? Ikhlas kah kehadiran mereka ini?
Memang benar kata orang. Umno masih Umno lama. Pemikiran pun cara lama. Itulah nasib Umno.
Wednesday, June 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment