Saturday, June 6, 2009

KADAR: MANOHARA KOREK TANGAN SAYA

"Sekiranya kamu merasakan tidak gembira dan tidak selamat, kamu kena korek tangan saya bila kita bersalaman. Bila kita bersalaman, dia (Manohara Odelia Pinot) korek tangan sangat dengan kuat sekali, kerana kamu tahu dia mempunyai kuku jari yang panjang." - Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/28639-manohara-kelantan-prince-may-make-up


Sebelum ini Kadar, anak Allahyarham Sulaiman Ninam Shah, bekas Pengerusi Tetap Umno, pernah mempunyai kaitan dengan kes seorang Ahli Parlimen dan bekas Menteri yang dituduh seorang wanita meraba beliau disebuah kedai sebuah hotel di ibukota.


Kali ini, Kadar menempa nama lagi dengan kes Manohara, isteri Tengku Temenggung Kelantan. Katanya, beliau terlibat dalam "menyelamatkan" Manohara semasa di Singapura.


Esok, Kadar akan pulang dari Indonesia dan berjanji memperjelaskan isu Manohara.


"Memandangkan ramai yang berminat untuk mengetahui isu berkaitan Manohara, saya akan akan mengulas dan memperjelaskan isu tersebut apabila saya tiba di Malaysia pada hari ahad ini. Terima kasih atas segala komen dan kritikan yang di berikan kepada saya." - kata Kadar menerusi blog beliau GOBLOK.
http://gobblok.blogspot.com/


Kita tunggu penjelasan beliau.

1 comment:

Parpu Kari said...

DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html