Showing posts with label manohara. Show all posts
Showing posts with label manohara. Show all posts

Wednesday, June 10, 2009

MANOHARA: TOLONG SAYA!


DATUK, KADAR SHAH, PLEASE HELP ME GO TO JKT (JAKARTA). I AM NOT HAPPY OR HEALTHY.
Ini adalah tulisan di atas sekeping tisu yang didakwa Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah ditulis oleh Manohara Odelia Pinot, isteri Tengku Temenggung Kelantan, yang merayu kepada beliau untuk diselamatkan dari keluarga di Raja Kelantan.
Wartawan akhbar the Malay Mail menemubual Kadar Shah yang mendakwa beliau instrumental dalam menyelamatkan Manohara yang kononnya didera secara mental, seksual dan fizikal oleh Tengku Temenggung.

Saturday, June 6, 2009

KADAR: MANOHARA KOREK TANGAN SAYA

"Sekiranya kamu merasakan tidak gembira dan tidak selamat, kamu kena korek tangan saya bila kita bersalaman. Bila kita bersalaman, dia (Manohara Odelia Pinot) korek tangan sangat dengan kuat sekali, kerana kamu tahu dia mempunyai kuku jari yang panjang." - Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/28639-manohara-kelantan-prince-may-make-up


Sebelum ini Kadar, anak Allahyarham Sulaiman Ninam Shah, bekas Pengerusi Tetap Umno, pernah mempunyai kaitan dengan kes seorang Ahli Parlimen dan bekas Menteri yang dituduh seorang wanita meraba beliau disebuah kedai sebuah hotel di ibukota.


Kali ini, Kadar menempa nama lagi dengan kes Manohara, isteri Tengku Temenggung Kelantan. Katanya, beliau terlibat dalam "menyelamatkan" Manohara semasa di Singapura.


Esok, Kadar akan pulang dari Indonesia dan berjanji memperjelaskan isu Manohara.


"Memandangkan ramai yang berminat untuk mengetahui isu berkaitan Manohara, saya akan akan mengulas dan memperjelaskan isu tersebut apabila saya tiba di Malaysia pada hari ahad ini. Terima kasih atas segala komen dan kritikan yang di berikan kepada saya." - kata Kadar menerusi blog beliau GOBLOK.
http://gobblok.blogspot.com/


Kita tunggu penjelasan beliau.

Tuesday, June 2, 2009

MANOHARA, BAMBANG & INDONESIA

Kes Manohara Odelia Pinot jelas kes peribadi antara model tersebut dengan suami beliau Tengku Temenggung Kelantan, Muhammad Fakhry.

Manohara adalah seorang bekas model dan mendapat pendidikan di Amerika Syarikat. Budaya dan norma hidup yang dilalui Manohara sebelum bergelar isteri tentulah berlainan dengan budaya kehidupan di sebuah negeri seperti Kelantan apatah lagi menjadi ahli kerabat keluarga di raja.

Oleh itu tidak menghairankan kalau Manohara berpandangan kehidupannya dikongkong. Tetapi menuduh suami melakukan keganasan seksual agak keterlaluan. Perkara seumpama ini seharusnya diselesaikan oleh Manohara dengan suami beliau.

Tetapi kenyataan yang dibuat oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono hari ini agak lain bunyinya dan menarik perhatian.

"Manohara is still a citizen of Indonesia. As a head of state, [her wellbeing] is my interest. Our goal is to aid and protect citizens who are being mistreated. The rest we leave to the individuals. We cannot simply see this from the point of view of entertainment.” http://thejakartaglobe.com/news/sby-says-he-raised-concerns-about-manohara/278891

Adakah kenyataan ini bermakna isu Manohara kini menjadi isu antara dua kerajaan, Malaysia-Indonesia?