Saturday, June 20, 2009

RAMZI & KERUSI RODA

Kalaulah kita Ramzi Abdul Rahman, Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, seharusnya kita rasa malu dengan majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Kampung Sungai Sok di Manik Urai semalam.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

Di majlis tersebut Muhyiddin menghadiahkan sebuah kerusi roda kepada sepasang suami isteri di kampung tersebut.

Menurut laporan Utusan Malaysia: "Sejak lima tahun lalu, Yusoff Awang, 76, sukar untuk membawa isterinya Rogayah Samad, 75, yang terlantar akibat lumpuh untuk ke hospital mendapatkan rawatan atau mengambil angin di luar rumah.

Dulu dia menggunakan basikal tuanya yang disediakan palang khas untuk membawa isterinya yang uzur kerana sakit tua keluar rumah, namun basikal itu sudah rosak."

Selepas lima tahun?

Malangnya tiada langsung rasa segan dan silu pada Ramzi. Semalam Ramzi turut hadir untuk sama-sama bergambar dalam majlis menyampaikan kerusi roda tersebut.

Inilah masalah ketua-ketua bahagian Umno. Semasa nak diadakan pilihanraya kecil baru lah kesana kemari menziarahi golongan rakyat yang marhaen. Selama ini apa yang Ramzi lakukan?

Tidak mampukah Ramzi yang juga bekas Setiausaha Politik Tun Abdullah Ahmad Badawi menyediakan peruntukan tahunan untuk membeli kerusi roda untuk mereka yang lumpuh?

Biarlah kita berterus-teras. Sebenarnya, pemimpin Umno di semua peringkat dari Puteri, Pemuda kepada yang tua-tua, semuanya asyik berlari ke sana sini mengejar projek.

Itulah lah sebabnya selepas lima tahun dan kebetulan Adun Manik Urai meninggal dunia baru lah Yusof Awang menerima sumbangan sebuah kerusi roda untuk membantu isteri beliau yang lumpuh ke sana sini.

1 comment:

Sam said...

Tuan.. Tidakkah semakin jelas kenapa pemimpin umno di tolak di Kelantan.. Ya begitulah secra keselurohannya.. Tengok pemimpin pas, kematian penduduk ada yang pemimpin baca talkin, bawa mayat turun dalam liang lahad, melawat tetangga jiran, sakit deman mereka ada bersama.. Pemimpin umno setengahnya tengok orang mati pun takut.. hahahahaaa.. Setakat berpura-pura kat PRk tu tak ada paedahnya.. buat perabis beras jer..Habis tu nak harap rakyat sokong mereka.... Tunggu lembu tak makan rumput laa..