Thursday, June 11, 2009

LEE KUAN YEW MASIH BIG BROTHER KEPADA MALAYSIA?

Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penuh sinis hari ini memberi pandangan beliau mengenai lawatan Lee Kuan Yew ke Malaysia. Antara komen Tun:

* Lee mempunyai banyak pengalaman sedangkan ahli politik Malaysia tidak tahu apa-apa. Itulah sebabnya kita kena belajar dari Singapura. Singapura adalah sebuah negara hebat, mereka banyak melabur di sini. (Tun merujuk kepada pertemuan antara Kuan Yew dengan Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan Timbalan beliau Nasharuddin Mat Isa)

Tetapi bukan Hadi dan Nasharuddin sahaja bertemu Kuan Yew. Shafie Apdal, Hishammuddin Hussein dan Ahmad Zahid Hamidi, kesemua Naib Presiden Umno, juga mengadap Kuan Yew di Mandarin Oriental Hotel kelmarin. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

** Jika kita beri mereka pasir, kita dapatlah jambatan itu. (Tun merujuk kepada cadangan Najib Razak untuk membina jambatan ketiga menghubungi Malaysia-Singapura).

Jarang sekali Tun mengkritik Najib sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri. Tetapi komen beliau mengenai jambatan ketiga sudah pasti akan dilihat sebagai tempelak Tun kepada Najib.

Kita faham kenapa Tun cukup marah dengan Singapura. Kepada yang lupa, eloklah renungi apa yang telah dilakukan Singapura kepada Malaysia semasa matawang kita diserang oleh penyangak matawang seperti George Soros pada tahun 1997.

Singapura bukan jiran yang ikhlas. Bagi Tun, tiada maaf kepada Singapura atas tingkah laku pemimpinnya semasa krisis matawang dahulu. Bukan Singapura sahaja yang menerima padah kerana sikap mereka, orang kita sendiri termasuk seorang pemilik bank juga menerima musibahnya kerana membelakangkan kepentingan negara ketika itu.

1 comment:

kluangman said...

Tun tidak perlu bimbang, rakyat Malaysia yang celik hati akan tetap sanjung dan hargai Tun - pemimpin UMNO akan menerima padah dalam membelakangkan orang2 seperti TUn dan umat Melayu.

Mereka sangka LKW datang memberi sokongan moral dan bukan Melayu kembali kepada BN sedangkan lawatan itu sebagai simbol Pulau Pinang sedang menanti menjadi Singapura 2 dan Malaysia akan dijajah lagi, keyakinan bukan Melayu untuk Malaysia menjadi seperti 1Singapura semakin hampir ke matlamat.

LKW bukan sahaja big brother tetapi sudah jadi ahlong.