130,000. Itulah jumlah pelajar yang akan gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya Muhyiddin Yassin dan Kementerian Pelajaran mengambil keputusan mewajibkan pelajar lulus Bahasa Inggeris. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/Frontpage/2581828/Article/index_html
Menurut akhbar New Straits Times, 30 peratus dari 440,000 pelajar yang mengambil peperiksaan SPM akan gagal setiap tahun sekiranya pelajar wajib lulus Bahasa Inggeris.
Siapakah 130,000 pelajar ini? Berapa ramai dari mereka ini pelajar Melayu? Dan berapa ramai antara mereka dari kampung dan desa?
Kita mengharapkan Kementerian Pelajaran perincikan siapa yang selama ini gagal dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Adakah mereka anak-anak bandar atau anak-anak desa?
Lazimnya anak-anak bandar dan golongan pertengahan tidak banyak masalah mempelajari Bahasa Inggeris. Sekiranya andaian ini benar, maka yang akan gagal ialah anak-anak kampung dan ramailah anak-anak desa tidak memiliki sijil SPM. Terserah pada Muhyiddin.
Sunday, June 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kalau taknak gagal.. balajar la lebih gigih... kalau tak, biar je diaorg keja kilang.. tak payah tahu apa2... sebab diaorg nie pun mcm robot.. taknak usaha.. at least robot pun boleh diupgradekan.. jangan sibuk nak manjakan diaorg.. apasalahnya berubah kalau boleh membawa kebaikan kalau tak banyak pun, sikit.
Post a Comment