"Pemimpin Umno nampak macam kebuluran sekarang sehingga orang beri nasi dingin pun mereka sanggup makan. Sayur yang diberi tak sedap pun mereka sanggup makan. " - Nik Abdul Aziz Nik Mat.
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21375&Itemid=1
Kadangkala kita tertanya-tanya tidak kah pemimpin Umno tidak langsung merasa terhina dengan kenyataan seumpama ini? Kenyataan ini dibuat oleh Nik Aziz dalam satu ceramah yang turut dihadiri Anwar Ibrahim di Manik Urai Ahad lalu.
Alangkah baiknya sekiranya pemimpin Umno sesekali melawati laman web Pas, Harakahdaily, untuk memantau apakah pandangan lawan mereka, Pas, terhadap Umno.
Najib Razak hari ini berkata: "Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap mampu untuk meneruskan agenda pentadbiran negara meskipun Pakatan Rakyat telah menolak idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan PAS." http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/22/mstar_berita/20090622164504&sec=mstar_berita
Kalau benar BN mampu menerajui negara tanpa kerajaan perpaduan, kenapa beberapa minggu yang lepas pemimpin Umno termasuk Najib dan Timbalannya Muhyiddin Yassin begitu mengharap akan kesudian Pas berpadu bersama Umno? Kenapa tidak kenyataan ini dibuat beberapa hari yang lalu? Kenapa ianya dibuat setelah pembangkang hari ini membuat keputusan mematikan cadangan kerajaan perpaduan? http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0617&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive
Dari mula lagi ada di kalangan pemimpin Umno beranggapan tawaran Pas ini hanya jerat buat Umno. Hari ini Najib kena mengakui kerajaan perpaduan hanyalah jerat pembangkang terhadap Umno dan akhirnya jerat ini mengena.
Episod ini berakhir dengan satu lakaran yang amat memalukan Umno apabila pakatan pembangkang sepakat memperlekehkan Umno seperti kata Mahfuz Omar " 'Umno kini kehilangan tabung oksigen" apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan. http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021376&Itemid=85
Apa kesannya kepada Umno? Berminggu-minggu pemimpin Umno memberi gambaran bahawa mereka kemaruk untuk terus berkuasa sehingga satu-satu jalan yang ada ialah berbaik-baik dengan Pas dan bukannya memastikan parti kembali perkasa.
Pemimpin Umno berkurun-kurun menuduh Pas mengkafirkan ahlinya. Ahli-ahli Pas tidak mungkin dapat memaafkan pemimpin Umno atas apa yang telah dilakukan terhadap parti dan pemimpin mereka. Malah dalam blog-blog pro-Pas ada ahli-ahli yang mengingati ahli-ahli Pas mengenai peristiwa Memali dan Lubuk Merbau dan bagaimana ahli-ahli Pas dianaktirikan oleh kerajaan BN.
Apakah atas nama kerajaan perpaduan ahli-ahli Pas boleh memaafkan Umno? Malangnya pemimpin-pemimpin Umno gagal menghidu akan jerat yang dipasang oleh Pas dan Pakatan Rakyat.
Tanda-tanda dan rencah kekalahan BN dalam PRU akan datang semakin jelas. Lihat sajalah suasana dalam BN hari ini. MIC entah kemana kerana Samy Vellu hendak menongkat langit, MCA asyik syok sendiri padahal pengundi Cina sudah lama hilang kepercayaan kepadanya, Gerakan pula hanya tinggal saki-baki yang masih berharap kepada jawatan Menteri. Hanya Umno yang tinggal dalam BN. Itupun, menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpinnya sudah hilang semangat juangnya kerana pada mereka yang penting ialah projek.
Apa yang berlaku pada hari ini ialah satu pengajaran kepada Umno. BN dan Umno hari ini hanya mengharapkan kepada perpecahan dalam pakatan pembangkang untuk memenangi PRU nanti dan bukannya kekuatan mereka sendiri.
Malahan pucuk pimpinan BN sendiri memberi gambaran seolah-olah mereka "hilang punca" untuk menangani masalah dalamannya sendiri.
Kalau ini berterusan, maka telahan veteran Umno Sanusi Junid bahawa Umno akan menerima nasib yang sama seperti LDP di Jepun dan Parti Kongress di India akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Monday, June 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Ya Tuan, kata2 akhir yang bernas sebagai penutup episod kerajaan perpaduan. senangnya Umno dan pemimpinnya di malukan Pas. Brilliant move by Pas kalau memang itu yang dirancang.
aku pelik dengan kau, bila PR dah jawab baru kau komen macam2.
kau patut bagi pendapat masa mula lagi isu ini dipercakapkan bukan selepas kau baca apa yang nik aziz atau anwar tu cakap.
bila UMNO lambat bagi respon, ramai yang kata UMNO tak minat. Bila najib dan muhyiddin buka mulut, kau kata dia terdesak.
kau ni umpama luka yang disimbah air garam. bukannya kau nak membantu tapi kau hentam memanjang.
orang dah tahu kau ni benci dengan kerajaan. kau tulis apa pun tak ada kesan.
blogger macam ni lah. hentam di sebalik persembunyian identiti
Umno nak mampus baru nak ingat rakyat & Pas
Setuju. Umno patut dah lama tenggelam. Tapi orang Melayu hanya sedar diri dalam pilihanraya 2008. berkurun kekayaan negara dikaut pemimpin Umno. ahli umno tak senang2 juga. yang kaya hanya pemimpin. kecuali tunku rahman, anak2 tun razak, hussein onn, mahathir mohamad, dollah badawi sdemua kaya2 raya. pandai sangat ke mereka ni buat business. tinggi sangat ke pedidikan dia orang.
kita sampai bengkok pinggang bekerja tak kaya2.
umno berkuasa kerana semua orang sokong mereka. melayu, cina, india, kadazan, murut, penan. tapi yang dapat projek hanyalah ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, ketua pemuda dan sekarang ketua puteri pun sekarang dah gila projek.
bila rakyat tolak baru lah nak cakap rakyat diutamakan. sorry lah. saya dah serik sokong umno.
Lan Mail
Stulang Darat
Post a Comment