Saturday, November 29, 2008

'PABILA WANITA BERCAKARAN! RAFIDAH RELAX, SHAHRIZAT MEMBISU!

TENGAHARI semalam kecoh di kalangan ahli-ahli Wanita Umno apabila Rafidah Aziz bertembung dengan pencabar beliau Shahrizat Jalil di ibukota.

Inilah pertembungan pertama antara kedua-dua pemimpin selepas masing-masing menyingsing lengan berpatah arang untuk menentang satu sama lain.

Sejak Shahrizat mengumumkan mencabar Rafidah selepas bersetuju dengan peralihan kuasa Jun tahun depan, ini pertama kali kedua-duanya bertemu muka.

Insiden ini berlaku di sebuah pusat rawatan perubatan swasta di Subang Jaya. Shahrizat datang dahulu dan lima minit kemudian diikuti Rafidah. Kedua-duanya menziarahi Ketua Wanita Bentong, Roslin Abdul Rahman, yang dimasukkan ke pusat rawatan tersebut.

Shahrizat dikatakan "kecut perut" apabila mendapati dirinya berada di dalam kamar Roslin bersama Rafidah. Rafidah dikatakan cukup "relax" sementara Shahrizat hanya berdiam diri.

Itulah suasana di dalam Pergerakan Wanita Umno hari ini. Dahulu kalau Wanita bergaduh, maka kedengaran pelbagai insiden tarik-menarik rambut dan cakar-mencakar. Hari ini Wanita sudah berubah.

Mereka tidak lagi bercakaran dan menarik rambut. Mereka bergaduh cara moden, gunakan teknologi.

Hari ini Wanita menyerang satu sama lain pakai SMS. Jelapang turut menerima beberapa SMS dari Wanita Umno. Disiarkan beberapa SMS terpilih untuk tatapan bersama.

* Biar aje mereka bertanding. Sape handal dialah menang. x(tidak) payah kena nak tegakkan benang yg (yang) basah. Yg (yang) kaya tetap kaya. Org (orang) bodoh aje nak berkempen sana sini. Buat apa buang masa krn (kerana) Rafidah atau Shahrizat. Dia orang tu (itu) dah kaya raya. Tunggu dan lihat aje Mac nanti. Biar perwakilan yg menentukan.

* Betulke? Seripah Noli tu cakap memang meletup2, Halimah org tak favour, Mazenah bab bisnes dia bolehlah. Mereka cakap guna akal? Mereka cakap psl (pasal) takut hilang tempat, rasa sy (saya) pejuang veteren macam Aishah Ghani..Napsiah (Omar) tu cakap x (tak) guna akallah ye!

* As'kum. Itulah tafsiran yg salah, sy x (tak) mharap apa2 sbb (sebab) salah sorg (seorang) dr (dari) anak pjuang (pejuang) tsebut x perlu sebut psl sejarah. Sy pernah jumpa org fanatik thadap ketuanya umpama awang hadi (Hadi Awang) & pengikutnya. malang sebab dt (Datuk) sbenarnya x faham thadap pdangan sy. Budak2 adamasa lebih bijak menilai . Org2 bijak spt dt x menilai inilah jdnya (jadinya), rakyat M'sia mn (mana) yg x semudah dperbodoh, kerana bodohlah kita tewas. Bodoh inilah yg sy nak pjelaskan. Jd (jadi) spt dt dr Mahathir perginya dratapi ksh (kasih) sayang rakyat M'sia kpd pjuangannya x bbelah (berbelah) bg (bagi). 'Sudah terang lagi bersuluh'. Tanda2 tlh (telah) diberi sampai masa dt Rafidah mgundur dr nak tegaskan bukan krn tim (timbalan) lawan ketua spt tdh2 (tuduhan2)/andaian2 tu kami xmahu dpaksa xada keikhlasan, dah terlalu lama. Wasalam.

* Skrg baru betul, bukan siapa handal tu x pakai lagi skrg yg iklas menang. Dt lupa org bijak macam dt dah kempen dah direct dlm tv tepok2 meja lagi, kami kempen lain & x blh cakap buang masa seorg pejuang x cakap mcm (macam) tu nampak lemah blm bjuang utk PR13 lg (lagi).

* Cakap macam tu kan senang x tahu lak siapa yg x konsisten. Make-up tebal mencerminkan kewibawaan, keterampilan menarik bawa kepercayaan itu sy ada pergi kursus belajar, Halimah make-up tebal nanti marah dia dt cakap macam tu. klu mereka frust x jd mcm rafidah baguslah, jgn tabik kita org islam. Sebut psl blog tu yg sedih sebab saya dah jd bloggers sebelum tewas dulu sama dgn kawan2.

* Semua org sayangkan jawatan masing2...bohong besar kalau org tak sayangkan jawatan mereka! Faktor umur tolak tepi...janji boleh buat keje. Setakat make-up tebal baju cantik x bwk (bawa) kemane...akal kena ada. Maaf ckp (cakap), Napsiah dgn Aishah Ghani tu mmg (memang) saya tak fancy pun...bukan zaman saya.. agaknya mereka frust sbb x dpt jadi mcm rafidah ... tegas dan konsisten. Semua orang tabik.

* Saya bukan dato. Saya hanya nyatakan apa yang saya rasa betul. Dlm perkara ni saya mmg sokong rafidah dan panglima2nya. Tak kiralah Seripah Noli ke halimah atau mazenah. Mereka ckp guna akal. Tak mcm org Shahrizat ckp tak konsisten mcm bos dia juga ...lembik!

* HAI NAPSIAH YOU PUN DAH MASUK CAMPUR? PERHAPS YOU FORGET I GOT 117 PENCALONAN?? TOLONGLA SIKIT NAPSIAH...TAK KAN YG BANYAK NAK SERAH PADA YG SIKIT? ITU LOGIK APA TU? DAH TUNGGANG TERBALIK... TAK ADA APA YG NAK "DISERAH" ... BUKAN HARTA PERIBADI... TUNGGU PERWAKILAN MENGUNDI DALAM BULAN MARCH! YOU LUPA KE ALLAH SWT PENENTU SEGALA2NYA!! xxxixxx

###Wanita bila bergaduh, timbullah hal make-up tebal, lembik, baju cantik dan sebagainya. Sama-samalah kita berhibur dengan hal Wanita ini.

Friday, November 28, 2008

ORANG-ORANG PAK LAH HENDAK MENONGKAT LANGIT


SIAPAKAH MEREKA-MEREKA INI?


Rocky's Bru (http://rockybru.com.my/) hari ini menulis mengenai mereka-mereka ini.


Mereka-mereka ialah Ahmad Zaki Zahid, Ketua Unit Dasar Pejabat Pak Lah (salah seorang ahli Tingkat 4 Pejabat Perdana Menteri,






Syed Faisal Albar, bekas CEO New Straits Times yang kini dilantik CEO Pos Malaysia, Che Khalib Mohamed Noh, Ketua Eksekutif yang satu ketika menimbulkan kontroversi apabila lembaga pengarah TNB mencadangkan gaji beliau dinaikkan ke RM100,000 sebulan dari RM50,000 (http://kedahku.blogspot.com/2008/06/gaji-pegawai-tnb.html), Kamal Khalid, pegawai khas Pak Lah dan Azman Mokhtar, orang kuat Khazanah Nasional.
Siapakah mereka-mereka ini. Kecuali Syed Faisal, mereka adalah orang kanan Pak Lah dan Nor Mohamad Yakcop. Syed Faisal semasa di NSTP hanya menjadi orang suruhan Kalimullah Hassan berdasarkan kepada komen-komen yang disiarkan oleh Rocky's Bru dan mungkin jawatan di Pos Malaysia adalah balasan kepada Syed Faisal dari Kalimullah atas kesungguhan beliau menjadi budak suruhan di NSTP. Malahan saudara Rocky pernah mengkritik Syed Faisal apabila akhbar yang dinakhodai Syed Faisal, The Malay Mail, dinodai dengan cerita-cerita seks sehinggakan digantung oleh kerajaan.

Sebenarnya khabar angin mengenai mereka ini sudah lama bertiup. Akhbar Mingguan The Edge hujung minggu lalu menyiarkan berita mengenai kemungkinan Che Khalib berhijrah ke Petronas dan digantikan dengan Ismee Ismail, Ketua Eksekutif Tabung Haji. (http://www.silobreaker.com/View360.aspx?Item=11_220157)(http://www.silobreaker.com/DocumentReader.aspx?Item=5_929055751)
Kalau benarlah khabar-khabar angin yang disebarkan, maka jelas mereka-mereka ini sedang lari berkeliaran untuk menyelamatkan diri masing-masing dengan berpayung kepada GLC-GLC yang besar seperti Petronas, Pos Malaysia, Media Prima, MRCB dan Tenaga Nasional.
Apa hebatnya Che Khalib, Azman Mokhtar, Zaki dan Kamal Khalid?
Zaki dan Kamal adalah orang yang bertanggungjawab kepada kejatuhan Pak Lah. Che Khalib pula amat berjasa kepada Pak Lah. Antaranya sumbangan beliau kepada Scomi Marine (http://web7.bernama.com/maritime/news.php?id=205328&lang=my). Masalah arang batu yang melanda TNB ini angkara siapa?
The Edge menulis seolah-olah pemergian Che Khalib akan meresahkan pemegang saham. Tetapi masalah arang batu ini hasil ciptaan Tenaga Nasional di bawah Che Khalib? Siapa yang membuat keputusan menjual perniagaan arang batu di Indonesia?
Jawapannya Che Khalib dan Tenaga Nasional (http://uk.reuters.com/article/oilRpt/idUKL3039869320070430). Malahan Tenaga Nasional di bawah Che Khalib hanya bergantung kepada kenaikan tarif untuk mencatatkan keuntungan.
Oleh itu adakah perubahan-perubahan yang dilaporkan oleh Rocky's bru akan menjadi realiti? Sebenarnya, terserahlah kepada Najib. Mereka-mereka ini sudah mendapat faedah yang tidak terhingga di bawah kepimpinan Pak Lah.
Cukuplah dengan apa yang ada. Malaysia mempunyai 27 juta rakyat. Lebih ramai lagi orang Melayu yang lebih berkemampuan dari Azman Mokhtar, Syed Faisal, Che Khalid, Kamal dan Zaki untuk mengurus syarikat-syarikat kepunyaan rakyat. Berilah mereka pula peluang untuk membuktikan kemampuan mereka.

Thursday, November 27, 2008

PENDERA NIRMALA LAYAK MERENGKUK DALAM PENJARA!

PENDERAAN PALING KEJAM. Itulah tajuk muka hadapan Utusan Malaysia pada 20hb Mei 2004 mengisahkan bagaimana kejamnya Nirmala Bonat, pembantu rumah rakyat Indonesia, didera oleh surirumah Yim Pek Ha.

Hari ini Pek Ha dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Nirmala empat tahun lalu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

Begitu kejam penderaan terhadap Nirmala sehinggakan Utusan Malaysia pada masa itu menulis satu berita yang cukup menyayatkan hati. Disiarkan semula berita yang ditulis Utusan Malaysia.

KUALA LUMPUR 19 Mei - Kisah penderaan ke atas seorang pembantu rumah rakyat Indonesia semalam yang dizalimi tanpa hati perut - dijirus air menggelegak, ditekap seterika panas, dipukul dengan besi berbara tiada bezanya dengan perbuatan tentera penceroboh di penjara Abu Gharib, Iraq.

Cuma yang membezakannya ialah ia berlaku di Malaysia - negara yang kononnya mempunyai rakyat bertimbang rasa dan penuh kasih sayang.

Tetapi melihatkan gambar yang tertera di akhbar ini, di manakah perginya semua sifat itu? Persoalannya, apa sudah jadi dengan masyarakat kita?

Mengapakah manusia yang lemah seorang pembantu rumah yang mencuci punggung anak kita dan bermanja dengan mereka sanggup diperlakukan seperti binatang?

Nirmala Bonat, 19, warga Indonesia yang tiba di negara ini dengan harapan mencari nafkah halal, akhirnya terpaksa melarikan diri meminta pertolongan.

Gadis berasal dari Nusa Tenggara Timur, Kupang, Indonesia itu dipercayai didera teruk oleh majikan wanitanya sejak lima bulan lalu semasa bekerja di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail di sini.

Mangsa, antara lain, melecur pada kedua-dua buah dadanya akibat ditekap dengan seterika panas.

Bahagian belakang badan mangsa melecur teruk disiram air panas.

Begitu juga kedua-dua belah tangannya melecur akibat direndam dalam air panas.

``Saya terpaksa melarikan diri selepas tidak tahan dipukul setiap hari oleh majikan sejak lima bulan lalu,'' katanya kepada wartawan hari ini setelah menerima perlindungan di Kedutaan Indonesia di sini.

Menurutnya, dia mula didera selepas tiga bulan bekerja dengan pasangan suami isteri yang mempunyai empat orang anak itu.

``Kali pertama saya didera berpunca dari kesilapan kecil iaitu memecahkan sebiji cawan menyebabkan majikan saya berang lalu menyimbah air panas ke badan saya.

``Sejak itu sekurang-kurangnya sekali sehari saya dipukul walaupun ia hanya melibatkan kesalahan remeh-temeh,'' ceritanya.

Nirmala menambah, dia datang ke Malaysia melalui ejen pekerjaan yang sah untuk bekerja sebagai pembantu rumah pada September 2003.

Sebelum dihantar bekerja, katanya, dia terlebih dahulu dikehendaki menjalani latihan oleh ejen berkenaan selama dua minggu.

``Selesai latihan saya terus dihantar bekerja dan tidak menyangka akan dilayan dengan buruk oleh mereka,'' ujarnya.

Menurut Nirmala, perbuatan kejam seperti disiram dengan air panas, dipukul dengan benda keras atau menggunakan besi panas, hanya dilakukan oleh majikan wanita berkenaan yang tidak bekerja.

Majikan wanitanya itu juga didakwa telah memaksa Nirmala menandatangani sepucuk surat yang mengatakan Nirmala mencederakan dirinya sendiri bagi mengelakkan perbuatan itu terdedah.

Tambahnya, suami majikan wanita itu yang bekerja dengan sebuah syarikat perdagangan, tidak berbuat apa-apa walaupun dia mengetahui tindakan kejam isterinya.

Berikutan tidak tahan dengan penderaan yang dilakukan, Nirmala bertindak nekad melarikan diri apabila mendapat peluang berbuat demikian semalam.

``Pada pukul 3 petang semalam majikan saya sekali lagi mendera saya dengan memukul kepala saya menggunakan cawan besi sehingga bengkak kerana tidak puas hati dengan pakaian yang digosok.

``Dalam kekecohan itu saya berkesempatan melarikan diri keluar dari rumah itu dan bersembunyi di salah satu tingkat kondominium tersebut sebelum ditemui seorang pengawal keselamatan,'' katanya.

Pengawal keselamatan di kondominium itu menghubungi polis yang kemudian mengambil Nirmala untuk membuat laporan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Selepas dirawat gadis itu diserahkan kepada Kedutaan Indonesia sementara menunggu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Hadi Ho Abdullah mengesahkan polis telah menahan wanita majikan Nirmala berusia 34 tahun untuk membantu siasatan.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Akhirnya, hari ini mahkamah memberi keadilan kepada Nirmala. Bayangkan apa tindakan Kerajaan Indonesia sekiranya mahkamah membuat keputusan sebaliknya.

Rakyat Indonesia masih marah dengan layanan yang diberikan terhadap pembantu rumah. Ada pembantu rumah dikerah membawa anjing bersiar-siar seawal empat pagi. Ada pembantu rumah dikerah membasuh kereta sebelum tuannya keluar ke pejabat. Lebih malang lagi, ada pembantu rumah Islam yang dipaksa memasak daging babi setiap hari.

Sifat kemanusiaan kadangkalanya tiada lagi kepada sesetengah masyarakat kita.

Pek Ha tidak memerlukan simpati dari kita semua. Yang memerlukan simpati pada ketika ini ialah Nirmala Bonat.

Laporan di Indonesia:
1) METRO: http://www.metrotvnews.com/berita.asp?id=51604
2) DETIK NEWS: http://www.detiknews.com/read/2008/11/27/151508/1044014/10/majikan-penyiksa-nirmala-bonat-divonis-18-tahun

Wednesday, November 26, 2008

AZALINA? JANGAN INGAT RAKYAT BODOH!

LIM Kit Siang pernah bertanya di Parlimen bagaimana papan iklan raksasa yang memaparkan gambar pemimpin ini boleh menarik pelancong ke Malaysia.

Gambar di atas adalah papan iklan yang dimaksudkan oleh Kit Siang. Kalau diketepikan sentimen terhadap bekas Ketua Pembangkang itu, ada juga kebenarannya. Apakah dengan gambar Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak dan Azalina Othman Said menjadi satu tarikan kepada pelancong?

Sebenarnya Abdullah dan Najib tidak ada kena mengena dengan idea papan iklan ini. Ini idea Azalina bila beliau mula menjawat jawatan Menteri Pelancongan selepas pilihanraya umum yang lalu. Apa matlamatnya?

Berapa juta ringgit kah di bayar kepada agensi pengiklanan untuk memasang papan-papan iklan ini dan agensi mana yang diberi kontrak untuk iklan ini? Hanya Azalina yang tahu jawapannya.

Azalina dikelilingi kontroversi sejak dilantik Menteri Pelancongan. Isu Pempena, isu website, isu Ketua Pegarah didakwa rasuah dan isu pegawai khas beliau masih menghantui Azalina.
http://kedahku.blogspot.com/2008/10/menteri-pelancongan-lantik-lebih-20.html

Papan iklan raksasa ini dipasang hampir ke seluruh pelusuk negara. Sepanjang lebuhraya dan setiap ibukota.

Mac nanti, Abdullah akan meletakkan jawatan. Maka gambar Abdullah seharusnya di turunkan. Maka tak sampai setahun, papan iklan raksasa ini terpaksa diturunkan. Maka terpaksalah poster baru dibuat dengan gambar Najib sebagai gambar utama dituruti Muhyiddin Yassin, jika beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden, dan Azalina.

Maka terpaksa jugalah Kementerian Pelancongan mengeluarkan peruntukan baru untuk papan tanda baru. Maka agensi pengiklanan pun dapatlah tempahan baru.

Azalina sukar dikritik. Malahan dari reaksi beliau di Parlimen, Azalina ialah seorang yang keras hati dan bengkeng (cepat marah).

Isu papan tanda berbangkit lagi dua minggu lalu. Dengan nada yang tinggi, Azalina berkata "jangan politikkan papan tanda" . Layari Watan: http://www.mingguan-watan.net/index.php?option=com_content&task=view&id=206&Itemid=43

Semuga bila Najib naik nanti, nasihat kita kepada Perdana Menteri baru ini "tegur-tegurlah Azalina".

Negara ini hak rakyat dan hormatilah rakyat. Jangan sekali-kali, kata orang putih: "insult our intelligence because we are not stupid".

Rakyat hari ini pandai menilai antara kaca dan permata, Aza!

SELAMAT HARI JADI, PAK LAH!

HARI ini usia Perdana Menteri kita, Abdullah Ahmad Badawi, genap 69. Kepada Pak Lah, Selamat Harijadi dan Happy Birthday to you. http://en.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Ahmad_Badawi

Tuesday, November 25, 2008

KERANA YOGA POLITIK UMNO TENANG!

UMNO pastinya lega apabila isu politik "berehat" sebentar bagi membincangkan isu YOGA. (Asal-usul Yoga: http://www.yogason.com/origin.htm)

Sana-sini, akhbar-akhbar, tidak mengira akhbar Melayu atau Inggeris sibuk menghidangkan kepada isu YOGA. Isu Rafidah Aziz ditentang Shahrizat Jalil di"rehat"kan buat sementara waktu.

Apabila Rocky's Bru menulis mengenai kenyataan Hindu Sangam yang mendesak supaya Majlis Fatwa Kebangsaan agar sensitif kepada rakyat bukan beragama Islam apabila mengeluarkan fatwa, berbagai-bagai reaksi di berikan didalam blog saudara Ahiruddin Atan.

Seperti kata Rocky, apakah Hindu Sangam tidak sensitif kepada perasaan umat Islam di negara ini dengan membuat kenyataan seumpama itu? Inilah akibatnya bila orang Melayu dilihat lemah sehingga hal agama kita pun hendak dicabar golongan minoriti.

Bagaimanapun, hari ini IslamOnline.net menjawab satu pertanyaan mengenai pandangan Islam terhadap Yoga. Ada baiknya sekiranya kita meneliti pandangan ini di website berikut: http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1227019231779&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

Sunday, November 23, 2008

SIAPA SELEPAS NAJIB BILA BERAKHIRNYA TEORI RAHMAN?

Apabila Najib Razak mengambil alih pucuk pimpinan negara Mac nanti, maka Najib akan menjadi Presiden Umno terakhir yang akan memenuhi teori RAHMAN yang nmnjadi firasat ramai mengenai siapa Perdana Menteri Malaysia seterusnya.

Setakat ini teori RAHMAN ini hampir menjadi kenyataan. Tunku Abdul Rahman AlHaj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi sudah pun melengkapkan 5 dari 6 huruf dalam RAHMAN.

Tetapi masih ada yang nakal meramalkan "NUAR" akan menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan selepas pemilihan Umno Mac tahun depan.

'It does not mean the N will eventually be Najib. There are also people who say that the N may stand for Nuar." (N tidak semestinya Najib. Ada juga yang berpendapat N mungkin bermakna Nuar) - Mohammad Agus Yusoff, penganalisa politik Universiti Malaya.

Walaupun nama Anwar Ibrahim bermula dengan A, para penyokongnya, mungkin termasuk Agus, masih berharap agar N tersebut ialah Anwar.

Pokoknya, apa pula selepas RAHMAN? Atau mungkinkah selepas Najib, ianya merupakan era pembangkang? Seperti kata Tun Musa Hitam dahulu, Umno sudah tua.

Parti tertua di dunia seperti Golkar, Kongress dan LDP hampir lenyap mungkin kerana tua. Samada Umno akan mengalami nasib yang sama, kita kenalah tunggu selepas teori RAHMAN berakhir.

STRAITS TIMES Singapura turut menulis mengenai teori RAHMAN ini. Untuk artikel penuh, layari: http://www.straitstimes.com/Breaking%2BNews/SE%2BAsia/Story/STIStory_305871.html

RAFIDAH vs SHAHRIZAT: PERANG KATA-KATA

TUTUR kata seorang ahli politik adakalanya penuh kiasan dan adakalanya penuh kilasan.

Tutur kata ini menjadi catatan sejarah seperti mana ketika Anwar Ibrahim membuat keputusan mencabar Allahyarham Tun Ghafar Baba dulu.

Begitu juga dengan tutur kata Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang pemerintahan Pak Lah sehinggakan ada yang menganggap tutur kata Tun menjadi duri dalam daging buat Pak Lah.

Mac nanti akan ada satu lagi lakaran sejarah. Rafidah Aziz akan ditentang buat kali kedua. Beliau pernah tewas kepada Siti Zaharah Sulaiman dulu.

Hari ini, Rafidah dan Shahrizat memberi pandangan masing-masing kepada Mingguan Malaysia kenapa mereka mengambil keputusan bertanding.

Antara tuturkata mereka:

RAFIDAH AZIZ: Ada kawan-kawan kata kenapa nak buat peralihan, teruskan saja. Saya kata saya insaf, saya ni 65 tahun, Shahrizat pun kata dia dah umur 55, dalam exco pun dia kata, sudah jadi naib ketua selama lapan tahun, bila begitu saya pun terasa juga. Saya dengar juga ada segelintir Wanita kata buat apa nak sokong kak Rafidah, dia bukan menteri lagi. Baru-baru ini seorang ketua Wanita bahagian menganggap saya Quran buruk, bila dah macam itu saya pun insaflah, demi parti saya akan buat kerja enam bulan dan setelah semuanya disusun dengan elok maka saya akan serahkan jawatan

SHAHRIZAT JALIL: Saya telah berazam walau apa pun yang terpaksa saya harungi, Rafidah adalah orang yang saya hormat. Beliau pangkat kakak dan ketua saya. Sebab itu jangan kita memfitnah, kita mesti menghormati.

Untuk artikel penuh interbiu Mingguan Malaysia dengan Rafidah dan Shahrizat, layari: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Friday, November 21, 2008

DARI SHAHRIZAT KEPADA RAFIDAH: DATO’ SERI, I LOVE YOU!


“My word is my honour. Dato’ Seri, I love you!”
(Janji saya adalah maruah saya. Dato’ Seri, I sayang pada you.)

Itulah kata-kata manis Shahrizat Jalil kepada ketuanya Rafidah Aziz semasa Exco Wanita bermesyuarat membincangkan peralihan kuasa dengan Rafidah menyerahkan Pergerakan Wanita kepada Shahrizat pada Jun tahun depan.

Kata-kata manis ini dilihat oleh penyokong Rafidah sebagai janji yang datang dari keikhlasan isi hati Shahrizat. Maka dengan itu, Exco Wanita dan Rafidah mengambil keputusan akan menyerahkan pucuk pimpinan Wanita kepada Shahrizat Jun 2009.

Semalam, Rafidah tersentak apabila janji itu sebenarnya hanya gula-gula untuk memastikan beliau leka dengan kata-kata manis Shahrizat.

Malam semalam, Rafidah mencurahkan isi hatinya disatu majlis kesyukuran yang diadakan oleh seorang Ketua Wanita Negeri.

Rafidah mengulangi kata-kata Shahrizat itu. “My word is my honour. Dato’ Seri, I love you!”

Menurut Rafidah, Shahrizat mula main wayang apabila bosnya, Abdullah Ahmad Badawi, membuat keputusan menyerahkan jawatan lebih awal.

Shahrizat memberi alasan kononnya penyokong beliau “violent” (kasar) dan mereka tidak percaya Rafidah akan serahkan jawatan kepada Shahrizat.

Shahrizat juga bimbang apabila Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau tidak akan dilantik Menteri kerana Shahrizat adalah calon yang kalah dalam pilihanraya Mac lepas. Sebaliknya, Rafidah akan dilantik semula kerana beliau menang di Kuala Kangsar.

“My word is my honour. Dato’ Seri, I love you!”

Akhirnya, Rafidah sedar janji manis itu adalah satu penipuan. Malangnya Rafidah, mungkin kerana terlalu leka, lupa akan sejarah Umno.

Sejarah 1993 yang diukir oleh ketua PKR, Anwar Ibrahim. Apa kata Anwar sebelum beliau mengumumkan bertanding menentang Allahyarham Tun Ghafar Baba?

Antara lain: “Ghafar adalah umpama bapa saya. Anak mana yang akan derhaka kepada bapanya sendiri.

Pada 23 Ogos 1993, Anwar mengumumkan bertanding menentang Allahyarham Tun Ghafar.
Lima hari selepas membuat pengumuman tersebut, Anwar membuat satu kenyataan di Georgetown, Pulau Pinang.
"Saya menghormati kepemimpinan dan jasa yang dicurahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba. Soal tidak menghormati orang tua atau tidakbukan persoalan utama kerana satu hari nanti kita juga akan tua."
Sepanjang tiga bulan berkempen, penyokong-penyokong Anwar ke sana ke sini menjatuhkan maruah Allahyarham Tun Ghafar dengan berbagai fitnah yang tidak sesuai kita ungkitkan semula. Tidak perlulah kita mengingati Anwar akan tutur bahasa yang digunakan oleh juru kempen Anwar untuk memalukan Allahyarham Tun Ghafar.
Tetapi tidak mungkin Anwar lupa apa yang dituturkannya dalam satu perjumpaan tertutup dengan penyokong beliau. “Kalau bapa kita tak cerdik, tak kan dia nak halang kita dari jadi pandai.
Kalau kita bapa, tak kan kita kata pada anak kita, hang jangan pandai dari aku.” Akhirnya, Allahyarham Tun Ghafar dimalukan.
Allahyarham Tun Ghafar hanya mendapat 7 pencalonan manakala Anwar mendapat 145 pencalonan.
Dengan rasa hiba, Allahyarham Tun Ghafar meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 15 Oktober 1993. Pada 30 Oktober 1993, Allahyarham Tun Ghafar meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Umno.

Pada 3 Disember 1993, Anwar buat pertama kalinya duduk dimeja Timbalan Perdana Menteri,
selepas Allahyarham Tun Ghafar mengemaskan meja beliau.

Kepada Anwar, sejarah tetap sejarah. Kita tidak akan mudah lupa peristiwa ini. (Sebagai rekod Anwar menulis surat kepada Allahyarham Tun Ghafar selepas pemilihan 1993 memohon maaf sekiranya beliau terkasar semasa berkempen).

My word is my honour. Dato’ Seri, I love you!”

Apakah Rafidah di kedudukan yang sama dengan Allahyarham Tun Ghafar? Mungkin tidak. Rafidah tidak hilang penguasaan sepenuhnya keatas Pergerakan Wanita. Berbanding Allahyarham Tun Ghafar, Rafidah masih lagi menguasai beberapa Pergerakan Wanita Umno Negeri.

Cuma persoalannya, apakah Shahrizat akan dilihat sebagai “Anwar Ibrahim” di dalam pergerakan Wanita Umno?

Kita tunggu apa kata Rafidah hari ini.



Thursday, November 20, 2008

RAFIDAH: KITA JUMPA DI GELANGGANG, SHAHRIZAT!

"It is not a question of whether or not I am accepting the challenge....there is a challenge and I will have to defend my post. We will meet di gelanggang in March. " - Rafidah Aziz

Terjemahan: "Ianya bukan soal samada saya menyambut cabaran atau tidak...sudah ada cabaran dan saya akan mempertahankan jawatan saya. Kita jumpa di gelanggang Mac nanti."

Itulah yang disampaikan oleh Rafidah kepada blogger Nuraina Samad. Menurut Nuraina dalam blognya, 3540 Jalan Sudin, Rafidah terkejut apabila Shahrizat Jalil mungkir janji untuk tidak menentang bosnya. Lebih dari itu, Shahrizat bersetuju dengan peralihan kuasa. http://nursamad.blogspot.com/2008/11/rafidah-will-defend-her-post.html

Esok Rafidah akan mengumumkan secara rasmi keputusan beliau mempertahankan jawatan. Blogger Rocky's Bru turut menulis mengenai Rafidah ditentang Shahrizat. http://rockybru.com.my/2008/11/rafidah-vs-shahrizat-confirmed.html

SHAHRIZAT TENTANG RAFIDAH!



AKHIRNYA Shahrizat Jalil memberanikan diri. Shahrizat sebentar tadi mengumumkan bertanding menentang bosnya Rafidah Aziz Mac nanti. Dengan keputusan itu, maka berakhirlah pelan peralihan kuasa Wanita Umno. Kepada kedua-duanya, Selamat Bertanding.




Shahrizat sahkan lawan Rafidah
20/11/2008 4:47pm
KUALA LUMPUR 20 Nov. – Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengesahkan beliau akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.
Dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini, Shahrizat berkata, beliau menerima pencalonan dan sokongan untuk bertanding sekali gus melawan penyandang Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz.
“Wanita UMNO mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan,” katanya dalam kenyataan itu. – Utusan.

Wednesday, November 19, 2008

SINAR HARIAN DIBERI AMARAN?

Apa perbezaan antara keempat-empat muka hadapan Sinar Harian ini?
Mudah sahaja. Kecuali muka hadapan semalam yang bertajuk "Tambang bas tetap naik", hampir setiap hari Sinar Harian memaparkan berita politik di muka hadapannya.

Tetapi tidak semalam. Akhbar tersebut memaparkan isu tambang bas di muka hadapannya.





Apa yang berlaku? Ada desas-desus mengatakan akhbar tersebut telah menerima amaran dari Kementerian Dalam Negeri mengenai kandungan berita muka hadapan akhbar tersebut yang lebih menyebelahi pembangkang.
Untuk menyelamatkan akhbar tersebut, khabarnya, pengurusan Sinar Harian mengambil keputusan memberhentikan amalan menyiarkan berita politik di muka hadapannya.
Tuanpunya Sinar Harian, Hishamuddin Yaacub, pasti terkenang nasib akhbarnya dahulu Watan yang diharamkan oleh Kerajaan pada tahun 1987 semasa operasi lalang. Turut digantung ialah akhbar The Star dan Sin Chew Jit Poh.
Konsep Sinar Harian hampir sama dengan Watan di bawah Hishamuddin. Watan amat berjaya sehinggalah ianya diharamkan.
Kalau benar khabar angin mengenai Sinar Harian, maka tiada bezanya antara tahun 1987 and 2008. Kalau Watan diharamkan, tidak mustahil Sinar Harian menghadapi nasib yang sama. Akhbarnya lain tetapi mangsanya sama iaitu Hishamuddin.

BRAVO SHAHRIZAT!

Sehari dua lagi, Shahrizat Abdul Jalil akan mengumumkan akan bertanding menentang Ketua Wanita Rafidah Aziz.


Bravo, kita ucapkan kepada Shahrizat. Alangkah baiknya Abdullah Ahmad Badawi membenarkan pertandingan ini diadakan.


Biar ahli Wanita tentukan samada mereka mahukan Rafidah kekal atau dikalahkan. Tak perlulah Pak Lah campurtangan. Walaupun Presiden, Pak Lah tidak akan berlaku adil kepada Rafidah dengan campurtangan dalam soal pertandingan ini.


Khabarnya selepas pilihanraya Mac 8 yang lepas, Pak Lah masih tidak dapat memaafkan Rafidah mengenai kritikan Ketua Wanita Umno tersebut terhadap anak menantunya.


Kalau Pak Lah campurtangan dan meminta Rafidah mengundur diri, ia tidak adil juga kerana semalam 10 bahagian di Pulau Pinang, yang mana Pak Lah ketua perhubungannya, mahukan Rafidah menyerahkan kuasa kepada Shahrizat Mac nanti.


Jelas sekali keputusan 10 Ketua Wanita tersebut mengundang spekulasi ianya atas kehendak Pak Lah. Oleh itu, Pak Lah tak mungkin dapat berlaku adil dalam menangani pertandingan dalam Wanita. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm


Pada Rafidah, umum saja peralihan tidak dapat diadakan. Rafidah perlu mengundang Shahrizat untuk bertanding secara sihat menentang beliau.


Adalah menjadi hak Rafidah untuk mempertahankan jawatan dan bukan hak Shahrizat untuk mendesak Rafidah memberi kemenangan percuma kepada beliau.


Amatlah tidak menasabah bagi Rafidah mengundur diri kerana pencalonan yang diterima beliau untuk mempertahankan jawatan jauh lebih tinggi dari Shahrizat. Rafidah mendapat 116 pencalonan berbanding Shahrizat 73. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=specialcoverage/umno2008/pemilihan.htm


Ketua-ketua Wanita Pulau Pinang pun berharap Shahrizat diberi kemenangan percuma dan sebab itulah mereka mendesak Rafidah membuat peralihan kuasa Mac nanti.


Yang peliknya, Ketua-ketua Wanita ini tidak pula bercakap mengenai sumbangan Shahrizat kepada negara dan Umno dan membandingkannya dengan sumbangan Rafidah.


Bagaimanapun, bagi ahli-ahli Wanita yang tidak menyedari sumbangan Rafidah kepada negara dan Umno dan sumbangan Shahrizat, eloklah mereka membaca nukilan Jejak Pujangga.


Jejak Pujangga membandingkan sumbangan Rafidah dan Shahrizat selama ini. Layari Jejak Pujangga: http://jejakpujangga.blogspot.com/2008/11/layakkah-shahrizat-menjadi-ketua-wanita.html

RAFIAH SALIM 2: CAMPURTANGAN KARUT DALAM UM?

Semalam Rafiah Salim bercakap mengenai "Ada kala saya boleh bersikap biadap - mentang-mentang kita ini perempuan dan tidak mempunyai benda itu di celah kangkang kita tidak berkemampuan." http://kedahku.blogspot.com/2008/11/rafiah-salim-jangan-selak-kain-sendiri.html

Dalam siri kedua temubual yang disiarkan Malaysiakini semalam, Rafiah membuat pendedahan lagi.

Laporan Malaysiakini: Former Universiti Malaya (UM) vice-chancellor Rafiah Salim has claimed she had to live with all kinds of "nonsense" pertaining to political interference during her tenure in the university.

"Things like who can we bring in to speak to the students, who we can't - even among the Barisan Nasional people," she revealed during an hour-long interview with Malaysiakini yesterday. http://www.malaysiakini.com/news/93289
http://www.malaysiakini.com/news/93302

Terjemahan: Bekas Naib Canselor Universiti Malaya Rafiah Salim mendakwa beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai tindakan "karut" yang mempunyai kaitan dengan campurtangan politik sepanjang tempoh beliau di Universiti Malaya.

"Ini termasuk perkara siapa yang boleh dibawa berucap dihadapan pelajar atau siapa yang tidak - termasuk mereka di kalangan Barisan Nasional."

Kenyataan Rafiah ini jelas memberi gambaran sebenar di universiti awam. Kalau dakwaan Rafiah benar, tidak mungkin perkara "karut" ini hanya berlaku di universiti Malaya.

Yang peliknya, Rafiah baru sekarang berani bersuara. Semasa jadi Naib Canselor, katanya, tak berani nak bersuara kerana "I (Rafiah) orang makan gaji".

Maksudnya, sekarang dah tak dapat gaji, maka bolehlah buat kenyataan-kenyataan yang pedas. Ianya juga bermaksud, dulu tak boleh, kerana takut terjejas gaji.

Jadi jelaslah prinsip Rafiah ketika menjadi Naib Canselor. Masa makan gaji, lain, tak makan gaji, prinsip pun lain.

Apapun kita kena puji Rafiah kerana mendedahkan perkara-perkara "karut" ini. Kita harap Rafiah terus dedahkan segala keburukan yang ada pada Universiti Malaya supaya padan muka kita semua.

Monday, November 17, 2008

RAFIAH SALIM: JANGAN SELAK KAIN SENDIRI!

"Sometime I can get very rude - just because we are women and we don’t have that thing between the legs so we are not good." - bekas Naib Canselor Universiti Malaya Rafiah Salim. http://www.malaysiakini.com/news/93259

Terjemahan: "Ada kala saya boleh bersikap biadap - mentang-mentang kita ini perempuan dan tidak mempunyai benda itu di celah kangkang kita tidak berkemampuan."

Hebat juga bahasa yang digunakan oleh seorang ahli akademik macam Rafiah.

Di dalam satu temuramah bersama Malaysiakini, Rafiah turut menambah: "They have a right to appoint a monkey if they want."

Terjemahan: "Mereka mempunyai hak untuk melantik beruk (Naib Canselor UM) jika mereka mahu."

Esok, Rafiah akan mendedahkan campur tangan politik dalam Universiti Malaya.

Kenyataan Rafiah menghentam kerajaan boleh disalahtanggap oleh orang tertentu. Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa ini lah akibatnya bila kita melantik wanita ke jawatan tertinggi. Bila hilang jawatan, mereka merajuk, memberontak dan selak kain sendiri. Kepada Rafiah, berpada-padalah. Jangan kerana nyamuk kelambu dibakarkan.

Ada juga Naib Canselor lelaki disingkirkan tetapi mereka tidaklah sampai menyelak kain sendiri. Rafiah perlu ingat, ketika Mustapha Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, mencadangkan nama beliau dilantik Naib Canselor ramai yang tidak puashati termasuk profesor-profesor dan pensyarah-pensyarah kanan di universiti.

Ramai menuduh Tok Pa bersikap kenegerian kerana melantik orang negerinya sendiri, Kelantan, untuk jawatan penting dalam Universiti Malaya. Tetapi kerajaan menyokong keputusan Tok Pa kerana Rafiah layak memegang jawatan itu.

Jika keputusan melantik Rafiah disambut kegembiraan ketika itu, keputusan baru-baru ini juga harus diterima dengan hati terbuka oleh Rafiah. Jadi fikir-fikirlah.

Kenyataan Rafiah ketika dilantik dulu: http://www.thesundaily.com/articlePrint.cfm?id=15156
http://www.malaysiakini.com/news/93261

Sunday, November 16, 2008

SHAHRIZAT: MANA JANJIMU?

MASIH ingatkah kita pada wajah-wajah ini? Inilah wajah Nurin Jazlin Jazimin yang dilahirkan pada 11 September 1999 dan kembali ke Rahmatullah pada 17 September 2007. http://nurinjazlin.blogspot.com/ . Kepada yang lupa akan siapa Nurin, adalah baiknya kita ingatkan apa yang berlaku pada insan yang tidak berdosa ini.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Mayat Nurin dijumpai tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, di dalam sebuah beg yang ditinggalkan dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat itu adalah Nurin Jazlin.

Nurin dibunuh dengan kejam. Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0921&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

Lumrah ahli politik mengambil kesempatan dari sesuatu tragedi dan kesedihan orang lain untuk meraih pengaruh dan publisiti. Maka Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pada masa itu, Shahrizat Jalil, membuat satu kenyataan mengenai sistem "alert" (amaran) sudah diadakan untuk memberi matlumat kepada orang ramai mengenai kehilangan kanak-kanak.

Sistem itu dinamakan N.U.R.I.N Alert (Nationwide Urgent Response Information Network) sempena nama Nurin. (Lihat tulisan Nuraina Samad: http://nursamad.blogspot.com/2008/01/yes-nurin-alert-is-in-place-says.html). Kenyataan Shahrizat disambut baik dan menerima pujian dari rakyat. http://tembam.wordpress.com/2007/11/04/thank-you-shahrizat-for-taking-nurin-alert-to-the-next-level/

Pujian telah diberi. Tetapi apakah janji telah dikotakan? Hari ini New Sunday Times melaporkan sistem alert tersebut kekal setakat satu cadangan. Menurut akhbar tersebut, "pihak bertanggungjawab lelap bersama cadangan tersebut. Cadangan tinggal cadangan". http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/Frontpage/2403342/Article/index_html

SIAPA yang harus dipertanggungjawabkan? Pada kita, Shahrizat harus bertanggungjawab. Shahrizat tidak boleh melepaskan tangan kepada pengganti beliau Ng Yen Yen. Shahrizat masih terlibat secara langsung dengan Pembangunan Wanita dan Keluarga kerana beliau dilantik oleh Abdullah Ahmad Badawi sebagai penasihat bertaraf Menteri untuk menasihati Perdana Menteri mengenai hal-hal Pembangunan Wanita dan Keluarga walaupun kalah dalam pilihanraya umum Mac 8.
Mana janji Shahrizat mengenai N.U.R.I.N Alert? Shahrizat pasti mampu merealisasikan Nurin Alert kerana beliau kini lebih hampir kepada Perdana Menteri dibandingkan semasa menjadi Menteri dahulu.
Masih tidak terlambat buat Shahrizat untuk menunaikan janji yang tidak dikotakan dahulu untuk memperkenalkan N.U.R.I.N Alert.
Alangkah malang buat Shahrizat jika dituduh hanya sibuk berkempen untuk menjadi Ketua Wanita Umno sehingga lupa pada janji yang dibuat pada rakyat Januari lalu untuk memperkenalkan N.U.R.I.N Alert.
Tidak mustahil Shahrizat akan dituduh sedemikian kerana akhir-akhir ini jelas beliau komited betul untuk memastikan Ketua Wanita menjadi haknya.
Kepada Kak Jat, masih tidak terlambat untuk mengkotakan janji mengadakan N.U.R.I.N Alert. Kempen, kempen juga. Kerja atau janji kena buat juga.

Thursday, November 13, 2008

PANGLIMA-PANGLIMA PERANG RAFIDAH AZIZ

"Kenapa tak cakap sebelum pencalonan (bahagian) bermula? Kalau betul ikhlas dan jujur dalam perjuangan, mesti ada pengorbanan dan meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan diri. Tolong hargai perpaduan dan elakkan perpecahan, dia (Shahrizat) adalah penentu." - Ketua Wanita Umno Selangor Seripah Noli Syed Hussin (gambar). http://www.malaysiakini.com/news/93038

"Jadi kenapa mudah melatah? Jangan mudah melatah bila ada orang jolok dari bawah." - Ketua Wanita Umno Kedah, Salmah Md Isa.

Ada desas-desus mengatakan penyokong Rafidah Aziz sudah "berpatah arang", menyingsing lengan bersedia untuk berperang.

Beranikah Shahrizat Jalil turun gelanggang? Seripah Noli jelas mahukan Rafidah kekal Ketua Wanita dan kalau diambil kira kenyataan beliau kepada Malaysiakini semalam, Seripah Noli mungkin salah seorang Ketua Wanita yang sanggup "berpatah arang" mempertahankan Rafidah.

Kenyataan Seripah Noli juga jelas satu cabaran kepada Shahrizat. Kalau berani (menentang Rafidah) silakan.

"16 daripada 22 bahagian di Selangor mencalonkan gandingan Rafidah-Shahrizat," kata Seripah Noli.

Maksud Seripah Noli, Shahrizat perlu ingat hanya 6 bahagian menyokong beliau sebagai Ketua Wanita di Selangor. Sementara di Kedah, 10 bahagian mencalonkan Rafidah dan 14 bahagian di Kelantan juga mahukan Rafidah.

Inilah nasib Umno. Shahrizat sendiri tidak mampu menang di Lembah Pantai, malahan seluruh Wilayah Persekutuan kecuali satu tewas ke tangan pembangkang.

Sekarang musim berebut jawatan. Menang Shahrizat sekali pun, Wilayah Persekutuan tetap hak pembangkang. Atau kata lain, menang sorak, kampung tergadai.

Bagaimanapun ramai berpendapat Shahrizat tidak akan berani menentang Rafidah. Ketua Wanita Selangor, Kedah dan Kelantan bukan calang-calang orangnya. Silap langkah, Shahrizat dikuburkan politiknya.

Apapun keputusan Shahrizat, menentang Rafidah atau tidak, nasi sudah menjadi bubur. Bibit kebencian terhadap Shahrizat sudah terbuku dihati sesetengah Ketua Wanita Negeri.

Mesyuarat Exco Wanita yang lepas menjadi arena penyokong Rafidah menghentam Shahrizat sebagai seorang pemimpin yang bermuka-muka. Masa mesyuarat cakap lain, keluar mesyuarat cakap lain. Dalam mesyuarat menyokong Rafidah, keluar mesyuarat kata nak lawan Rafidah.

Ada Ketua Wanita mempertikaikan samada mereka perlu dipimpin oleh pemimpin yang suka bermuka-muka. http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Apapun, Shahrizat perlu berdepan dengan panglima-panglima perang Rafidah jika mengambil keputusan menentang ketuanya. Semalam Seripah Noli, Salmah, Ketua Wanita Umno Perlis Mastika Junaidah Husin dan Ketua Wanita Kelantan Senator Wan Hazani Wan Mohd Nor "mengisytiharkan" mereka sanggup berperang demi Rafidah.

Wednesday, November 12, 2008

SHAHRIZAT BUKAN PENGECUT!


RAFIDAH TIDAK MUDAH LUPA: Rafidah Aziz dan beberapa pemimpin Wanita Umno tidak mudah lupa akan kenyataan Azalina Othman Said menerusi kertas kerja beliau ketika mencadangkan penubuhan Puteri Umno sebelum penubuhannya pada 3 Ogos 2001.

"Wanita Umno parti makcik-makcik." Itulah kata-kata Azalina yang menguris perasaan ahli-ahli Wanita Umno ketika itu. Pada April 2001, Azalina memohon maaf atas kenyataan itu.
Bagaimanapun, jelas Wanita Umno terutamanya Rafidah tidak dapat memaafkan Azalina atas kenyataan yang dianggap menghina Wanita Umno yang banyak berjasa dalam memastikan Umno menang di dalam pilihanraya.
Akhirnya, ludah Azalina jatuh ke muka sendiri apabila beliau mencuba nasib baru-baru ini untuk bertanding jawatan kedua tertinggi "parti makcik-makcik".
Kini, dada akhbar dipenuhi berita Shahrizat Jalil akan menentang Rafidah Mac nanti. Persoalannya, berani kah Shahrizat menentang Rafidah? Sanggupkah Shahrizat berdepan dengan risiko tewas dan hilang segala-galanya?
Pada 4 Ogos yang lalu, Rafidah mengumumkan mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno sebelum menyerahkan kepemimpinan pergerakan itu kepada Shahrizat selewat-lewatnya Jun tahun depan.
Ketika membuat pengumuman itu, Rafidah mencadangkan supaya dua jawatan tertinggi Wanita tidak dipertandingkan bagi memastikan formula peralihan kepemimpinan pergerakan berkenaan berjalan lancar.
Apabila keputusan itu dibuat, orang yang paling kecewa ketika itu ialah Azalina yang menganggap keputusan Rafidah yang DIPERSETUJUI Shahrizat sebagai tidak demokratik.
Ketika itu, ramai berpendapat tindakan Rafidah mengumumkan peralihan kuasa lebih awal dari bosnya Abdullah Ahmad Badawi sebagai langkah menghalang Azalina daripada memegang jawatan nombor dua pergerakan itu.
Ada juga berpendapat tindakan Rafidah bertujuan menyindir Abdullah yang membuat keputusan untuk hanya menyerahkan kuasa kepada Najib pada 2010, satu tempoh yang cukup panjang.
Malangnya, perkiraan Rafidah meleset. Pak Lah didesak meletakkan jawatan lebih awal iaitu Mac tahun hadapan.
Keputusan Pak Lah menyebabkan Rafidah menyedari kesilapan membuat keputusan terlalu awal mengenai peralihan kuasa. Malahan ketika itu, Rafidah dilihat berpeluang untuk terus menerajui Wanita apabila ahli-ahli Wanita muak dengan Shahrizat yang memohon belas kasihan Pak Lah selepas ditewaskan di Lembah Pantai.
Atas rayuan Shahrizat, Pak Lah melantik beliau sebagai penasihat Perdana Menteri mengenai hal-ehwal wanita walaupun kerja-kerja Wanita ini telah diserahkan kepada Ng Yen Yen.
Apabila menyedari kesilapan beliau, Rafidah dikatakan mengubah fikiran dan berharap Shahrizat akan menentang beliau untuk jawatan Ketua Wanita. Kali ini perkiraannya ialah sekiranya menang, Rafidah akan kekal jawatan Ketua Wanita Umno.
Sebaliknya politik Wanita sudah berubah. Ramai berpendapat Shahrizat berpakat dengan Kamilia Ibrahim untuk mendesak Rafidah mengundur diri lebih awal. Maka bahagian diminta mencalonkan Shahrizat sebagai Ketua dan Kamilia sebagai Naib.
Malang buat Kamilia. Rafidah tidak melihat beliau sebagai calon berkaliber untuk memimpin Wanita. Rafidah lebih selesa sekiranya Halimah Sadique menjadi Naib Ketua Wanita tetapi Halimah bukan dalam kem Shahrizat.
Hatta, berlakulah polemik hari ini. Shahrizat dilihat oleh penyokong Rafidah sebagai seorang yang bermuka-muka. Dalam mesyuarat Exco, Shahrizat setuju peralihan kuasa, lepas mesyuarat buat kenyataan seolah-olah mahu bertanding menentang Rafidah.
Kamilia pula menjadi taruhan Shahrizat untuk meletakkan Rafidah dalam keadaan terdesak. Apa kesudahannya?
Hanya satu harapan kita. Shahrizat memberanikan diri menentang Rafidah Mac nanti. Dalam politik, kita kena berani mengambil risiko. Lihat sahajalah pemimpin-pemimpin yang tidak berani mengambil risiko. Impian mereka hanya tinggal impian.
Risiko buat Shahrizat besar tetapi ganjarannya juga besar. Kalau menang, berkuburlah Rafidah dan Shahrizat diisytihar Ketua Wanita.
Sekiranya kalah, berkuburlah sementara politik Shahrizat. Rafidah tidak ada masalah menghadapi kekalahan. Beliau pernah tewas kepada Siti Zaharah Sulaiman pada 1996. http://wanitaumno2u.com/sejarah/ketua-wanita-ketujuh/ . Oleh itu tiada masalah buat Rafidah menghadapi kekalahan.
Shahrizat? Nampak takut-takut. Takut kalah dan hilang segalanya sekiranya kalah kepada Rafidah. Jika tidak bertanding, Shahrizat akan ditentang Kamilia. Bagaimanapun, Kamilia akan jadi gentlewoman sekiranya Shahrizat takut menentang Rafidah.
Pengunduran Kamilia dari bertanding akan menyelamatkan Shahrizat dari hilang jawatan nombor dua. Sekiranya Rafidah mengundurkan diri Jun nanti, Shahrizat tetap tidak akan dapat jawatan nombor satu.
Shahrizat sekadar memangku jawatan Ketua Wanita untuk lima tahun akan datang (pilihanraya Umno selepas Mac nanti akan hanya diadakan selepas PRU13 pada 2013). Kita tunggu sejauhmana keberanian Shahrizat memperjudikan masadepan politik beliau?
Rafidah sudah lama mengenali Shahrizat. Rafidah tahu Shahrizat lebih berminat mendapat jawatan Ketua Wanita secara percuma dari bertanding dan kalah. Dengan kata lain, Shahrizat takut menghadapi pertandingan. Bagaimanapun ini tidak bermakna Shahrizat seorang pengecut!

Tuesday, November 11, 2008

SIAPA YANG KITA NAK PERCAYA?

Amatilah betul-betul keadaan ekonomi negara sekarang ini. Hari ini Maybank, bank terbesar di negara kita membuat kenyataan mengenai status kewangannya.

Beginilah bunyi ceritanya:

"Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi suku pertama berakhir 30 Sept, 2008 susut kepada RM572.2 juta daripada RM735.42 juta dalam suku yang sama tahun lepas.Hasil pendapatan berkurangan kepada RM3.752 bilion daripada RM3.922 bilion sebelumnya."

"Pendapatan faedah bersih yang lebih rendah ini pada asasnya disebabkan oleh pendapatan yang lebih rendah daripada deposit yang dimasukkan dalam institusi kewangan dan portfolio sekuriti, dan kutipan daripada pinjaman tidak berbayar yang susut masing-masing sebanyak RM196.0 juta (-18 peratus) dan RM23.4 juta (-31.3 peratus)." - kenyataan Pengerusi Maybank Tan Sri Mohamed Basir Ahmad.
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=371034

Itu laporan Berita Nasional Malaysia, Bernama. Ini pula laporan Reuters.

Maybank Q1 net falls 22 pc; warns on bad debt

KUALA LUMPUR: Malaysia's top lender, Malayan Banking Bhd (Maybank), said on Tuesday its first-quarter profit fell by 22.2 per cent, as net interest income fell and recovery of non-performing loans slowed down. The state-controlled Maybank , which has been on a controversial overseas acquisition spree this year amid rising competition at home, warned of greater non-performing loans (NPLs) and a moderate loan growth amid a global economic downturn.
http://economictimes.indiatimes.com/News/International_Business/Maybank_Q1_net_falls_22_pc_warns_on_bad_debt/articleshow/3700731.cms

Dan ini kata Gabenor Bank Negara:

"The overall financial system is solid and sound even though the financial market in Malaysia has been affected by the global financial crisis, Bank Negara governor, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, said here today." - Bernama
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/Frontpage/20081111201522/Article/index_html

Jadi, siapa yang kita nak percaya?

Monday, November 10, 2008

MALAYSIA, SINGAPURA SENADA!

Sebaik sahaja Barack Obama menang di Amerika Syarikat, Lim Kit Siang bersorak di Parlimen.

Antara lain, Kit Siang melaungkan: Adakah Cina, India, Kadazan atau Iban boleh menjadi Perdana Menteri di Malaysia? http://blog.limkitsiang.com/2008/11/05/obama’s-historic-win-–-can-a-chinese-indian-kadazan-or-iban-become-prime-minister/

Soalan beliau jelas dilontarkan ke arah kerajaan atau dengan kata lain Barisan Nasional.

Beberapa Ahli Parlimen BN menyahut: "Tanya YB Permatang Pauhlah".

Rupa-rupanya perkara yang sama berlaku di Singapura apabila orang Melayu bertanya samada orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Singapura.

Semalam, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, anak Kuan Yew, pun jawablah.

Jawapannya ialah: Singapura yang mempunyai penduduk berbilang kaum berjumlah lebih 3.5 juta orang belum bersedia untuk memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Kepada Kit Siang, suasana di Singapura samalah dengan Malaysia.

Jawapannya: Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum berjumlah lebih 27 juta orang, belum bersedia untuk memilih Perdana Menteri bukan Melayu dalam tempoh terdekat.

Malangnya, pemimpin Umno tidak berani nak senada dengan Hsien Loong. Atau mungkin terlalu sibuk memikirkan untuk mendapatkan pencalonan yang cukup untuk bertanding jawatan dalam Umno sehingga tiada masa untuk menemplak Kit Siang.

Sunday, November 9, 2008

SIAPA PENGHUNI RUMAH DI MOSMAN PARK PERTH?

SIAPA agaknya penghuni ini di Mosman Park di Perth? Blogger Bigdog mempunyai jawapannya.

Layarilah posting terbaru BigDog mengenai penghuni rumah-rumah ini.
http://bigdogdotcom.wordpress.com/

EKONOMI ASIA MULA NAZAK!

1) Tai Lin Radio Services, syarikat elektronik ketiga terbesar di Hong Kong, akan diisytiharkan bankrup selepas 62 years menjalankan perniagaan.

2) 70,000 kilang di China kepunyaan ahli perniagaan Hong Kong akan ditutup dalam tempoh tiga bulan akan datang.

3) Jumlah penumpang udara menurun 3% bulan lepas.

4) Di Australia, pelabur mengeluarkan wang dari mutual funds untuk disimpankan di bank.

Itulah situasi ekonomi Asia hari. Untuk laporan penuh, layari: http://www.mysinchew.com/node/18161

Malaysia, bagaimana?

Saturday, November 8, 2008

ALI RUSTAM AKAN CABAR MUHYIDDIN

Sebentar tadi Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke 40 dan 41 dari Bahagian Sepanggar, Sabah, dan Kubang Kerian, Kelantan.

Menurut Agenda Daily, Mohd Ali mengesahkan akan bertanding menentang calon favourite Muhyiddin Yassin.

Mohd Ali hari ini turut mendapat pencalonan dari Pendang, Ketereh, Tumpat, Pasir Salak, Sandakan dan Sungai Petani.

Muhammad Muhammad Taib masih menanti pencalonan ke 39 untuk melayakkan diri bersaing bersama Muhyiddin dan Mohd Ali untuk merebut jawatan Timbalan Presiden dan seterusnya jawatan Timbalan Perdana Menteri. http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Muhammad Taib pada ketika ini mendapat 36 pencalonan. Buat penyokong Muhyiddin, harapan untuk menang automatik musnah hari ini. http://kedahku.blogspot.com/2008/11/saat-genting-buat-muhyiddin-yassin.html

Seperti kata Mohd Ali, "fasa akan datang lebih mencabar." http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/8/mstar_berita/20081108110142&sec=mstar_berita

Apa tidaknya. Ini baru round pertama politik wang. Dalam round pertama, ada yang mengatakan antara RM200,000 dan RM300,000 ditaburkan disetiap bahagian untuk memperolehi satu pencalonan. http://kedahku.blogspot.com/2008/11/kos-satu-pencalonan-umno-rm200000.html

Ada lagi dua round. Round Kedua bermula selepas hujung minggu ini. Round Kedua agak panjang kerana ia bermula dari bulan ini sehingga Mac nanti. Round Ketiga ialah apabila bermulanya minggu pemilihan. Malam-malam terakhir sebelum pengundian cukup kritikal. Siapa bagi banyak, banyaklah undinya.

Bagaimanapun ini hanya dakwaan. Ramai pemimpin parti sudahpun membuat kenyataan termasuk Azalina Othman Said yang menang tanpa bertanding di Pengerang selepas Ketua Bahagian yang lalu tidak mendapat cukup pencalonan mengkritik mereka yang menggunakan wang untuk mendapatkan pencalonan.

Bagaimanapun calon-calon tentu tertarik dengan kenyataan bakal Presiden Umno dan Perdana Menteri Najib Razak apabila beliau membuat kenyataan hari ini: "Tiada tempat bagi pengamal politik wang".

Bercakap di Pekan, Pahang, Najib memberi amaran: "Tidak ada tempat untuk pemimpin yang mengamalkan politik wang tetapi ia akhirnya terpulang kepada ahli UMNO untuk membuat pilihan. Ia juga bergantung kepada tahap penguatkuasaan kita. Ia macam perangkap laju, ada yang terlepas dan ada yang terkena."
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1108&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm&arc=hive

Siapa yang akan terkena? Pengerusi Lembaga Disiplin Umno membuat kenyataan semalam: "Lembaga Disiplin UMNO ambil tindakan sebelum pemilihan Mac nanti". http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1108&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_29.htm&arc=hive

Dan BPR pun sudah sedia bertindak seperti kata Pengarah Siasatan BPR Shukri Abdull. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1108&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm&arc=hive

Jadi kita tunggu sehingga Mac nanti. Tetapi janganlah kita meletakkan harapan yang setinggi langit kepada BPR dan Lembaga Disiplin Umno. Selama 51 tahun merdeka, hanya kucing kurap dan ikan bilis sahaja yang kena cekup. Buaya besar dibiarkan bermaharaja lela. Sehingga hari ini masih ada yang memegang jawatan besar dalam kerajaan.

Friday, November 7, 2008

K'JAAN BELANJA RM42.4 BILION PERTAHAN RINGGIT SEPTEMBER LEPAS

Setiap kali diajukan soalan oleh media mengenai ekonomi negara, Menteri Kewangan Kedua Nor Mohamed Yakcop akan membuat kenyataan ekonomi negara kukuh.

Ketika harga minyak melambung tinggi, ketika bertrillion wang diperlukan oleh Amerika Syarikat untuk menyelamatkan ekonominya, Nor Yakcop masih berkeras ekonomi negara kukuh.

Perkataan "subsidi" dicemarkan oleh Pak Lah dan Nor Yakcop sebagai satu perkataan cukup kotor. Saban hari sejak Julai tahun ini, Pak Lah dan Nor Yakcop bersungguh-sungguh untuk mengurangkan subsidi kepada rakyat seolah-olah rakyat Malaysia cukup hina kerana bergantung pada subsidi.

Selasa lepas Moody's, sebuah syarikat pengukur kredit, mengeluarkan satu kenyataan yang dipetik oleh The Edge Daily:

SYDNEY: Bank Negara Malaysia (BNM) is estimated to have spent US$12 billion (RM42.4 billion) during September to defend the ringgit, said Moody’s Economy.com. "
http://www.theedgedaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_65ad79b6-cb73c03a-6545d200-123443ca

Terjemahan: Bank Negara Malaysia dianggarkan membelanjakan US$12 bilion (RM42.4 billion) sepanjang September untuk mempertahankan ringgit, kata Moody's Economy.com.

Banyak betul khazanah negara sehinggakan tanpa disedari Pak Lah dan Nor Yakcop mengambil keputusan membelanjakan RM42.4 billion September lalu untuk mempertahankan ringgit sedangkan hendak membeli helikopter bernilai RM1.67 billion pun kerajaan tidak mampu atas alasan kegawatan ekonomi dan membiarkan juruterbang TUDM terus menggunakan Nuri yang telah uzur.

Persoalannya, kenapa Nor Yakcop tidak berterus-terang dengan rakyat bahawa wang sebanyak itu telah dibelanjakan untuk mempertahankan ringgit?

Kalau betul hebat sangat ekonomi kita seperti mana yang dinyatakan oleh Nor Mohd Yakcop sebelum ini, kenapa RM42.4 billion dibelanjakan untuk mempertahankan ringgit?