“Kemelut di Kedah mencerminkan budaya politik kita. Budaya politik untuk KEPENTINGAN DIRI. MENJATUHKAN orang lain untuk merebut kedudukan. Inilah yang dikatakan TAMAK.
Tamak terhadap KUASA untuk kekuasaan. Pemimpin Umno seharusnya bersatu dan bukannya mengamalkan budaya politik memecah belah. Biar menang sorak...kampung tergadai. Biar parti HANCUR, asal hasrat peribadi tercapai.
Ke mana nak dibawa jawatan, pangkat dan kuasa? Apa ertinya jawatan kalau tidak untuk bekerja dan menunaikan tanggungjawab? Kenapa tidak bekerjasama dalam pasukan dan melengkapi antara satu sama lain untuk mengumpul kekuatan bagi mencapai kejayaan dalam memberi perkhidmatan?
Kerajaan seharusnya lebih serius dalam menyelesaikan kemelut yang melanda negara dan bukannya berterusan mewujudkan lebih banyak penipuan dalam politik.
TOLONGLAH SERIUS. Negara ini tidak mahu lagi PENIPUAN POLITIK. Cukuplah dengan pelbagai isu sebelum ini. Baiki segala kerosakan yang telah berlaku.” - Bekas Ketua Wanita Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa RAFIDAH AZIZ.
Artikel penuh: http://www.sinarharian.com.my/politik/kemelut-di-kedah-mencerminkan-budaya-politik-kita-1.481478


















