Thursday, January 28, 2016

AMPUN TUANKU: JANGAN DILANTIK SEMULA AHLI EXCO KEDAH YANG BOIKOT MESYUARAT EXCO SEMALAM



DI MANA TAAT SETIA Ahli Exco Kedah Rabu lalu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan?

Semalam HANYA TIGA Ahli Exco Kedah menghadiri mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh Mukhriz Mahathir. Yang lain memBOIKOT mesyuarat tersebut.

Inilah akibatnya apabila sesetengah Ahli Exco Kedah LUPA AKAN ASAL USUL MEREKA.

Siapa yang melantik mereka sebagai Ahli Exco? Bukan kah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan?

Depan siapa mereka melafazkan sumpah ikrar mereka? Bukankah dihadapan Kebawah DYMM Tuanku Sultan?

Di mana mereka melafazkan sumpah ikrar mereka sebagai Ahli Exco Kedah? Bukankah di Istana Anak Bukit, tempat bersemayamnya Kebawah DYMM Tuanku Sultan?

Apakah sumpah mereka? Bukankah mereka bersumpah TAAT SETIA kepada Kebawah DYMM Tuanku Sultan dan negeri?

Kita ingin bertanya kepada ahli Exco yang memboikot mesyuarat Exco semalam, di mana rasa hormat dan KESETIAAN mereka kepada Kebawah DYMM Sultan Kedah dan institusi diRaja Kedah?

Suka atau tidak, ahli-ahli Exco ini kepada Mukhriz, beliau masih lagi Menteri Besar Kedah yang direstu oleh Kebawah DYMM Tuanku Sultan.

Suka atau tidak, mesyuarat Exco Kedah yang dipengerusikan Mukhriz semalam adalah adalah proses pentadbiran rakyat.

Tetapi kerana kepentingan peribadi dan dipengaruhi oleh pandangan orang yang berkepentingan, Ahli-Ahli Exco ini semalam sanggup tidak menghormati Kebawah DYMMM Tuanku Sultan dengan memboikot mesyuarat Exco.

Ahli Exco bertanggungjawab kepada rakyat. Menjadi KEWAJIPAN mereka untuk hadir mesyuarat Exco dan membuat keputusan demi kepentingan rakyat.

Apa salahnya menghadiri mesyuarat Exco semalam?

Jika tak bersetuju dengan perkara yang dibawa oleh Mukhriz ke mesyuarat tersebut, TENTANG beliau.

Apa yang Mukhriz bentangkan di mesyuarat Exco yang mereka rasakan tidak sesuai, BANTAH DAN TOLAK.

Bantai Mukhriz di dalam mesyuarat. 

Sebagai Ahli Exco, kita kenalah tahu kedudukan kita.

Ramai Ahli Exco Kedah yang bergelar Dato' hasil dari anugerah Darjah Kebesaran oleh Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah.

Ramai rakyat biasa yang berkeinginan untuk bergelar Dato', tetapi tidak mempunyai keistimewaan seperti Ahli-Ahli Exco Kedah yang memboikot mesyuarat semalam.

Sebab itulah sejak akhir-akhir ini, wujud Sultan-Sultan yang tidak berdaulat menganugerah Dato' kepada sesiapa yang berkeinginan untuk meletakkan gelaran Dato' di hadapan nama mereka.

Kita bila menjadi Ahli Exco biarlah beradap. Jangan sesekali tindakan kita memberi kehinaan kepada institusi Kesultanan Kedah.

Letaklah institusi ISTANA di tempat yang betul.

Kepada Ahli-Ahli Exco yang memBOIKOT mesyuarat Exco semalam, jangan MARAH jika Yang Berhormat sekalian TIDAK DILANTIK SEMULA sebagai Ahli Exco.

Malahan pihak ISTANA perlu memastikan mereka tidak dilantik semula di atas sikap mereka semalam.

Anda semua tidak layak menjadi Ahli Exco mewakili rakyat kerana kelakuan anda semalam.

TINGKAH laku mereka semalam adalah satu penghinaan.

Berpada-padalah apabila berpolitik.

Ada benda yang boleh dipolitikkan dan ada benda yang kita perlu beradap.

WAJIB ke atas setiap rakyat Kedah meletakkan penghormatan paling tinggi kepada Kebawah DYMM Tuanku Sultan dan institusi Kesultanan Kedah.

Jangan kita ulangi perbuatan Ahli-Ahli Exco ini. 

Sama-samalah kita PELIHARA institusi Kesultanan Kedah.



AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN.

9 comments:

Anonymous said...

Ekleh.. nak heret KDYMM Tuanku pulak untuk selamatkan anak mamak kepala botak ni.
YG pakat hentam dan nak jatuhkan Najib itu tak pulak jaga hati KDYMM Tuanku

Elok cepat2 salin lah MB senget anak mamak Madey ni.. menyemak negeri Kedah. Nak jadi MB elit part time lepas tu ikut telunjuk bapanya kaki temberang tu.. pirahh!

Ampun Tuanku Beribu2 Ampun Mohon patik sebagai rakyat biasa supaya Tuanku memperkenankan segera MB baru untuk dilantik menggantikan Dato Mukhriz. Semoga keadaan politik Negeri Kedah stabil dan pentadbiran berjalan dengan sempurna.

Sekian.

Anonymous said...

" Kaduk naik junjung "-maka tidak lagi mengunakan fikiran untuk bertindak,lebeh utama nafsu yang bertindak.Dont worry be happy bila tiba masanya fikirlah boleh/patutkah mereka-mereka ini dipilih kembali?.

Anonymous said...

Kalau begitu dulu Madey juga membelakangkan DYMM Sultan kerana meminta MB Osman Arof letak jawatan kerana mAdey nak lantik Sanusi JUnid.
Bukankah juga MB ma sa tu Osman Arof juga diperkenan Sultan untuk dilantik sebagai MB Kedah.
Sebenarnya apa yang berlaku ini adalah cermin kepada perbuatan MAdhey dulu.....

Anonymous said...

Apa yang berlaku adalah cermin kepada perbuatan Tun Mahathir dulu menggantikan MB Osman Arof dengan Sanusi JUnid.
Bukankah MB Osman Arof juga mendapat perkenan Sultan untuk dilantik sebagai MB, bukan Mukhriz sahaja.....

Rahim Satria said...

Ekelehhhh....
Komen panjang...kutuk panjangggg.
Tapi pakai anon.
Telur takdak ka....
Sudah buang kah telur....
Kalau ada bagi anjing makan la lagi baik.

Anonymous said...

Mabok ni...kasian

Anonymous said...

Saya bagi pihak rakyat kedah yg ada diploma, degree, masters,pHD merayu kpd penerima derma unta najib razak supaya lantik bashah jadi MB. Kamu mahu negeri kedah ini dipimpin oleh MB lulusan SRP. Tolong penerma derma. Lantik bashah

lieya amie said...

Kekalkan Mukhriz sebagai menteri besar.. Yang lain itu apa pon tak boleh.. x de pembangunanlah lepas ni kalau Mukhriz diganti.. rakyat x akan mengundi BN di Kedah.

Anonymous said...

Woi setidak tidaknya pak dia bawak naik jgk negara.. hg apa ada.. harap teloq ja.. tu pun silap2 x naik.. Hahahaa