Showing posts with label siti hasmah. Show all posts
Showing posts with label siti hasmah. Show all posts

Wednesday, February 3, 2016

KASIH IBU KEPADA MUKHRIZ



MUKHRIZ Mahathir disambut oleh ibu tersayang selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Friday, January 23, 2015

ROSMAH MANSOR NAIKKAN IMEJ NEGARA DI DAVOS


Ini yang amat membanggakan negara apabila Wanita Pertama kita, Rosmah Mansor, berada di luar negara. 

Stail dan "vogue". Pakaian seperti inilah (menurut seorang rakan, kot "mink") yang paling sesuai untuk ke Davos, Switzerland, sebuah negara Alps. Sudah pasti akan ada pemimpin negara lain irihati dengan penampilan Wanita Pertama Malaysia di Davos.

Sudah tentu Ketua Bahagian Umno Cheras Syed Ali Al-Habshee akan turut merasa bangga dengan penampilan Wanita Pertama di Switzerland.

Kata seorang rakan, untuk tampak stail tidak perlu belanja banyak. Katanya lagi, paling mahal pun kot "mink", mungkin nilai sebuah rumah di Kelantan.

Tetapi wang tiada nilainya berbanding nilai maruah dan imej negara.


Dulu-dulu, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Wanita Pertama Malaysia, sering memakai kot seperti di atas semasa berada di negara bersalji.

Tetapi itu dulu. Sekarang lain. 

Imej negara kena dipelihara. Kita sudah hampir mencapai status negara maju dan negara berpendapatan tinggi.

Oleh itu, pakaian isteri pemimpin pun mesti menggambarkan status tersebut.