Thursday, February 4, 2016

RAFIDAH AZIZ: KEMELUT KEDAH CERMIN BUDAYA TAMAK KUASA DALAM UMNO

Image result for rafidah aziz

“Kemelut di Kedah mencerminkan budaya politik kita. Budaya politik untuk KEPENTINGAN DIRI. MENJATUHKAN orang lain untuk merebut kedudukan. Inilah yang dikatakan TAMAK.

Tamak terhadap KUASA untuk kekuasaan. Pemimpin Umno seharusnya bersatu dan bukannya mengamalkan budaya politik memecah belah. Biar menang sorak...kampung tergadai. Biar parti HANCUR, asal hasrat peribadi tercapai.

Ke mana nak dibawa jawatan, pangkat dan kuasa? Apa ertinya jawatan kalau tidak untuk bekerja dan menunaikan tanggungjawab? Kenapa tidak bekerjasama dalam pasukan dan melengkapi antara satu sama lain untuk mengumpul kekuatan bagi mencapai kejayaan dalam memberi perkhidmatan?

Kerajaan seharusnya lebih serius dalam menyelesaikan kemelut yang melanda negara dan bukannya berterusan mewujudkan lebih banyak penipuan dalam politik.

TOLONGLAH SERIUS. Negara ini tidak mahu lagi PENIPUAN POLITIK. Cukuplah dengan pelbagai isu sebelum ini. Baiki segala kerosakan yang telah berlaku.” - Bekas Ketua Wanita Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa RAFIDAH AZIZ.


SELAMAT BERTUGAS BASHAH. HANYA ALLAH SWT DAPAT MELINDUNGI KAMU



TAHNIAH kepada Adun Bakar Bata Ahmad Bashah Md Hanipah di atas perlantikan sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-12 hari ini, tanggal 4 Feb 2016.

Bashah orang lama dalam politik. USIA beliau 66 tahun sudah cukup untuk menggambarkan berapa lama beliau berpolitik. Ramai dari generasi beliau sudah lama "pencen" berpolitik. Sukar di era hari ini untuk seorang yang seusia Bashah dapat menjadi MB.

Tetapi rezeki Bashah masih ada. Selepas 2 kali di"permainkan", Bashah akhirnya dinobatkan sebagai Menteri Besar.

Malangnya tidak semua menyambut perlantikan beliau secara positif.

Kelulusan Bashah menarik perhatian publik. Ada mengatakan beliau hanya lulus SRP dan ada mengatakan beliau SPM. Nakalnya seorang pemimpin pembangkang, beliau meminta Bashah menunjukkan SIJIL SPM beliau.

Usia beliau menjadi topik hangat di kalangan Umno. Adakah pada usia 66 tahun Bashah mampu mengemudi Umno Kedah dan memahami aspirasi pengundi muda?

Belum dilantik secara  rasmi sebagai MB, Bashah sudah dinilai sebagai pemimpin LAPUK yang TIDAK MEMENUHI CITARASA generasi muda oleh sesetengah ahli Umno.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/02/04/ahli-umno-ragui-kemampuan-bashah/

Mampukah Bashah?

Bashah akan keseorangan menjalankan tanggungjawab menjaga Umno dan negeri selepas ini.

Sejarah politik Kedah mudah. Gagal melaksanakan tanggungjawab, Bashah akan dijatuhkan oleh orang partinya sendiri. Sama seperti yang dilalui oleh Mukhriz Mahathir.

Di Kedah, tak ramai yang berkelulusan tinggi TETAPI cita-cita mereka tinggi. Semua merasakan mereka layak menjadi MB walaupun dengan SRP..

Mahdzir Khalid mencipta sejarah sebagai Menteri Besar Kedah paling singkat usianya - 802 hari dan Kedah jatuh ke tangan Pas.

Bashah lebih memahami politik Kedah dan beliau melihat bagaimana MB sebelum ini dijatuhkan.

1. Allahyarham Syed Nahar Syed Sheh Shahabuddin menjadi MB selama 2,391 hari dan dijatuhkan oleh orang parti sendiri melalui video majlis makan malam Koboi -Montoya.

2. Tan Sri Osman Aroff merupakan MB paling lama Kedah, memegang jawatan selama 4,157 hari dan merupakan pemimpin yang memodenkan Kedah dan akhirnya dijatuhkan oleh pemimpin sendiri.

Bashah pada masa itu adalah Bendahari Umno Kedah dan beliau melihat sendiri bagaimana beberapa pemimpin Umno menikam Osman dari belakang. Akhbar-akhbar berbahasa Cina digunakan, bomoh digunakan, pembantu rumah digunakan, surat layang digunakan malah spy juga digunakan untuk menjatuhkan Osman.

Salah seorang dari Ketua-Ketua Bahagian sekarang tahu segala-galanya mengenai usaha menjatuhkan Osman pada masa itu. Jika Bashah lupa, tanyalah pada Ketua Bahagian tersebut yang juga sekarang ini memegang jawatan penting.

3. Sanusi Junid memegang jawatan MB selama 1,999 hari. Keangkuhan menjadi punca kejatuhan beliau. Tidak memeranjatkan hampir kesemua pemimpin Umno menikam belakang beliau bertubi-tubi.

4. Selepas PRU 1999, Syed Razak Syed Zain Barakbah dilantik sebagai MB dan kekal selama 2,203 hari. Baik orangnya. Mudah berbicara. Rendah diri. Tetapi Syed Razak melalui perkara sama yang dilalui Bashah sekarang ini. Diperlekehkan.

Apabila Syed Razak diserang angin ahmar (stroke), ia umpama berita gembira bagi sesetengah pemimpin Umno. Peluang menjadi MB semakin cerah.

Syed Razak terpaksa bertongkat ke pejabat dan majlis awam. Apa yang dilakukan oleh pemimpim ini? Mengambil gambar Syed Razak bertongkat dan dihantarnya gambar-gambar ini kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dan Pak Lah diberitahu, Syed Razak sudah TIDAK MAMPU menjalankan tugas sebagai MB. Di canang ke seluruh pelusuk Kedah KEBURUKAN Syed Razak.

Bashah tahu semua ini. Bashah ahli EXCO pada masa itu. Malah Pak Lah mahu memilih Bashah sebagai MB, tetapi ada yang melobi lebih kuat dari beliau. Maka melepas Bashah. Jika Bashah terlupa, tanyalah kepada pemimpin yang ada sekarang. Beliau lebih mengetahui. Atau ziarahi Syed Razak dan beliau akan menceritakan segalanya.

5. Mahdzir Khalid dilantik sebagai MB selepas Syed Razak dan hanya merasai kerusi empuk selama 802 hari. Sukar untuk kita mengingati apa yang dilakukan Mahdzir di Kedah dan akibatnya Kedah jatuh ke tangan Pas.

6. Allahyarham Azizan Razak. Pertama kali Pas memerintah Kedah dan biasalah dengan parti orang Melayu. Pemimpin Pas sendiri menHADIAHkan semula Kedah kepada BN. Itupun BN terpaksa bertungkus lumus untuk merampas Kedah. Umno mengumumkan dari awal Mukhriz akan menjadi MB. Tun Dr Mahathir Mohamad turun padang untuk berkempen untuk anaknya.

Ustaz Azizan tewas, dan menjadi MB selama hanya 1,884 hari. Sekali lagi Bashah dijanjikan jawatan MB tetapi atas desakan Dr Mahathir, Bashah melepas kali kedua.

7. Mukhriz Mahathir. Selama berakhirlah pentadbiran Mukhriz selepas 1,003 hari. Dijatuhkan oleh pemimpin Umno sendiri.  

Alasan digunakan ialah Mukhriz jarang berada di Kedah. 4 hari di Kedah, 3 hari di Kuala Lumpur. Padahal ramai di kalangan pemimpin-pemimpin Umno yang membuat tuduhan ini seminggu 2 kali saja di Kedah. Ramai antara mereka MENETAP di Kuala Lumpur dan hanya balik ke Kedah hujung minggu.

Ada yang mempunyai isteri kedua di KL. Tetapi kerana tidak suka kepada Mukhriz dan bapanya, itulah alasan yang digunakan. Akhirnya Mukhriz kecundang.

8. Bashah. Semuga Bashah dilindungi Allah SWT. Mulai hari ini, Bashah, kamu buatlah kerja seorang-seorang. Tersilap langkah, nasib yang sama akan menimpa hang. Macam MB sebelum ini. Ramai di Kedah merasakan mereka juga layak menjadi MB.

Sehari dua ini, akan ramailah yang mengikut belakang Bashah termasuk yang sebelum ini memaki hamun, mencerca Bashah.

Harapan mereka projek-projek Kerajaan Negeri dibahagi-bahagikan, jawatan-jawatan lembaga pengarah di dalam GLC Kedah perlu dibahagi-bahagikan, puasa sudah hampir, raya pun dah dekat, duit raya perlu ada.

Sekiranya permintaan ini tidak dipenuhi, Bashah tahulah penangannya. Semua Menteri Besar sudah melalunya.

Yang terakhir ialah MUKHRIZ MAHATHIR.

SELAMAT BERTUGAS DATO' BASHAH. HANYA ALLAH SWT YANG DAPAT MELINDUNGI KAMU.

Wednesday, February 3, 2016

KASIH IBU KEPADA MUKHRIZ



MUKHRIZ Mahathir disambut oleh ibu tersayang selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

MUKHRIZ LETAK JAWATAN



AKHIRNYA apa yang diidamkan Najib Razak dan beberapa Ketua Bahagian Umno Kedah terutamanya yang tinggal di Kuala Lumpur TERCAPAI.

Mukhriz Mahathir akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah pukul 10 pagi Rabu.

Maka tercatatlah satu lagi titik sejarah di bawah pentadbiran Najib Razak.

Peristiwa ini, tanggal 3 Feb 2016, Mukhriz diPECAT sebagai Menteri Besar oleh Najib.

Sudah pasti peristiwa ini akan menjadi kenangan abadi buat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terkenang akan kita akan peristiwa 2003 di mana Tun Abdullah Ahmad Badawi mahu melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Atas desakan Tun Mahathir kerana ingin membalas budi Tun Razak, Pak Lah terpaksa melupakan Muhyiddin dan memberi tempat paling berharga kepada Najib.

Mungkin bagi Najib, itu hanyalah sejarah.

Tetapi hari ini akan diingati oleh Dr Mahathir sebagai titik sejarah di mana anaknya dipecat oleh orang yang disayanginya satu ketika dulu.

Itulah lumrah politik.

Tuesday, February 2, 2016

ULTRAS KEDAH LAUNG "KAMI NAK NAJIB UNDUR"



NAMPAKnya krisis Menteri Besar Kedah sudah merebak ke sukan dan malam tadi apabila ribuan penyokong Hijau Kuning melaungkan "KAMI NAK NAJIB UNDUR", (lihat video di atas), sebelum bermulanya perlawanan bolasepak persahabatan di antara Kedah dan Sungai Ara FC. 

Kejadian di Stadium Darulaman malam tadi adalah satu tragedi, tidak pernah berlaku di mana-mana stadium di Malaysia.

Kita berharap Menteri Sukan Khairy Jamaluddin dapat menasihati penyokong-penyokong bolasepak agar tidak mencampur adukkan sukan dengan politik.

Kita risau penyakit meminta Najib Razak berundur ini akan merebak ke stadium-stadium seluruh negara terutama stadium yang penuh sesak dengan penonton seperti Johor, Kelantan dan Selangor.

Khairy kena cepat buat kenyataan mempertahankan bos beliau.

Tetapi di Kedah agak sukar. Orang Kedah dah sampai ke tahap meluat dan sebab itulah ada nyanyian ditujukan kepada bos beliau.

Tetapi masih belum terlambat untuk Khairy menyelamatkan keadaan sebelum ia merebak ke stadium lain dengan mengharamkan laungan seumpama itu.

Sunday, January 31, 2016

MUKHRIZ: AHLI EXCO BOIKOT MESYUARAT EXCO & 12 KETUA BAHAGIAN SERTA 2 TIMBALAN KETUA BAHAGIAN PERLU MOHON AMPUN KEPADA KDYMM TUANKU SULTAN

Tunku Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan



KENYATAAN AKHBAR

Di saat rakyat Negeri Kedah Darul Aman sedang bergembira meraikan Ulangtahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah yang ke-88, sekumpulan pemimpin UMNO negeri ini telah bertindak mendesak saya berundur dari jawatan Menteri Besar.

Tindakan 12 Ketua Bahagian dan dua Timbalan Ketua Bahagian mengheret sama ketua-ketua sayap dan pemimpin muda dalam UMNO mengadakan sidang media di Alor Setar pada 20 Januari 2016 lalu adalah tidak bertanggungjawab.

Malah sebilangan yang hadir pada sidang media tersebut telah maklum kepada saya bahawa mereka tidak mengetahui terlebih dahulu tujuan dan intipati kenyataan yang dibuat. Saya percaya desakan mereka tidak mewakili suara majoriti ahli UMNO dan yang lebih penting lagi, kehendak rakyat Negeri Kedah.

Perbuatan kumpulan ini telah mencemar pelbagai acara sambutan Ulangtahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.

Selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Menteri Besar, saya telah menerima khabar sesungguhnya Duli Tuanku Sultan dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tersinggung dengan perbuatan kumpulan tersebut.

Yang lebih dikesali apabila tindakan itu disertai beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang sudah berikrar taat setia kepada Raja Pemerintah ketika mengangkat sumpah jawatan masing-masing.

Turut mendukacitakan, rentetan dari sidang media tersebut, enam daripada sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak menghadiri Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah pada hari Rabu, 27 Januari 2016 yang lalu. Ini jelas sekali menyalahi peraturan pelantikan mereka sebagai Penjawat Awam dan ingkar dengan sumpah jawatan yang diangkat di hadapan Raja Pemerintah, seperti yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

Sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, keengganan menghadiri Mesyuarat EXCO menjejaskan proses pentadbiran dan perancangan yang telah diatur oleh Kerajaan Negeri dalam melaksanakan program dan aktiviti pembangunan untuk rakyat di negeri ini. Saya dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan turut murka dengan keingkaran Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkenaan.

Selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, saya dengan rasa rendah diri memohon ampun kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah di atas perbuatan segelintir ahli UMNO yang telah mencemari kemuliaan Duli Tuanku Sultan dan kemeriahan majlis sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.

Saya mendesak agar kesemua 14 Ketua UMNO Bahagian yang terlibat secara langsung mahupun tidak dengan sidang media pada 20 Januari 2016 lalu, dan enam orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang tidak hadir Mesyuarat EXCO pada 27 Januari 2016 segera memohon maaf secara rasmi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Sehingga kemelut ini selesai, semestinya setiap Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Udangan Negeri melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Raja Pemerintah dan rakyat baginda, seperti yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.


DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah


Dikeluarkan di Alor Setar, Kedah bertarikh 31 Januari 2016

Friday, January 29, 2016

SPEKULASI: KU RAHMAN MB KEDAH?




[TERKINI]: Jemaah Pemangku Sultan Kedah terima cadangan nama MB baru Kedah - Najib

TENGKU ADNAN MINTA MUKHRIZ KELUAR DARI MESYUARAT MKT



KUALA LUMPUR: Spekulasi penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah semakin bertiup kencang apabila beliau diarahkan meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sedang berlangsung.

Mukhriz tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira pukul 3.05 petang untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Namun beliau diarahkan untuk meninggalkan mesyuarat yang sedang berlangsung tidak lama kemudian.

"Mereka yang hadir tetapi tidak dijemput harus meninggalkan mesyuarat" antara arah yang dikeluarkan semasa mesyuarat tersebut.


Menurut beliau, arahan tersebut dikeluarkan Setiausaha Agung Parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Thursday, January 28, 2016

AMPUN TUANKU: JANGAN DILANTIK SEMULA AHLI EXCO KEDAH YANG BOIKOT MESYUARAT EXCO SEMALAM



DI MANA TAAT SETIA Ahli Exco Kedah Rabu lalu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan?

Semalam HANYA TIGA Ahli Exco Kedah menghadiri mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh Mukhriz Mahathir. Yang lain memBOIKOT mesyuarat tersebut.

Inilah akibatnya apabila sesetengah Ahli Exco Kedah LUPA AKAN ASAL USUL MEREKA.

Siapa yang melantik mereka sebagai Ahli Exco? Bukan kah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan?

Depan siapa mereka melafazkan sumpah ikrar mereka? Bukankah dihadapan Kebawah DYMM Tuanku Sultan?

Di mana mereka melafazkan sumpah ikrar mereka sebagai Ahli Exco Kedah? Bukankah di Istana Anak Bukit, tempat bersemayamnya Kebawah DYMM Tuanku Sultan?

Apakah sumpah mereka? Bukankah mereka bersumpah TAAT SETIA kepada Kebawah DYMM Tuanku Sultan dan negeri?

Kita ingin bertanya kepada ahli Exco yang memboikot mesyuarat Exco semalam, di mana rasa hormat dan KESETIAAN mereka kepada Kebawah DYMM Sultan Kedah dan institusi diRaja Kedah?

Suka atau tidak, ahli-ahli Exco ini kepada Mukhriz, beliau masih lagi Menteri Besar Kedah yang direstu oleh Kebawah DYMM Tuanku Sultan.

Suka atau tidak, mesyuarat Exco Kedah yang dipengerusikan Mukhriz semalam adalah adalah proses pentadbiran rakyat.

Tetapi kerana kepentingan peribadi dan dipengaruhi oleh pandangan orang yang berkepentingan, Ahli-Ahli Exco ini semalam sanggup tidak menghormati Kebawah DYMMM Tuanku Sultan dengan memboikot mesyuarat Exco.

Ahli Exco bertanggungjawab kepada rakyat. Menjadi KEWAJIPAN mereka untuk hadir mesyuarat Exco dan membuat keputusan demi kepentingan rakyat.

Apa salahnya menghadiri mesyuarat Exco semalam?

Jika tak bersetuju dengan perkara yang dibawa oleh Mukhriz ke mesyuarat tersebut, TENTANG beliau.

Apa yang Mukhriz bentangkan di mesyuarat Exco yang mereka rasakan tidak sesuai, BANTAH DAN TOLAK.

Bantai Mukhriz di dalam mesyuarat. 

Sebagai Ahli Exco, kita kenalah tahu kedudukan kita.

Ramai Ahli Exco Kedah yang bergelar Dato' hasil dari anugerah Darjah Kebesaran oleh Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah.

Ramai rakyat biasa yang berkeinginan untuk bergelar Dato', tetapi tidak mempunyai keistimewaan seperti Ahli-Ahli Exco Kedah yang memboikot mesyuarat semalam.

Sebab itulah sejak akhir-akhir ini, wujud Sultan-Sultan yang tidak berdaulat menganugerah Dato' kepada sesiapa yang berkeinginan untuk meletakkan gelaran Dato' di hadapan nama mereka.

Kita bila menjadi Ahli Exco biarlah beradap. Jangan sesekali tindakan kita memberi kehinaan kepada institusi Kesultanan Kedah.

Letaklah institusi ISTANA di tempat yang betul.

Kepada Ahli-Ahli Exco yang memBOIKOT mesyuarat Exco semalam, jangan MARAH jika Yang Berhormat sekalian TIDAK DILANTIK SEMULA sebagai Ahli Exco.

Malahan pihak ISTANA perlu memastikan mereka tidak dilantik semula di atas sikap mereka semalam.

Anda semua tidak layak menjadi Ahli Exco mewakili rakyat kerana kelakuan anda semalam.

TINGKAH laku mereka semalam adalah satu penghinaan.

Berpada-padalah apabila berpolitik.

Ada benda yang boleh dipolitikkan dan ada benda yang kita perlu beradap.

WAJIB ke atas setiap rakyat Kedah meletakkan penghormatan paling tinggi kepada Kebawah DYMM Tuanku Sultan dan institusi Kesultanan Kedah.

Jangan kita ulangi perbuatan Ahli-Ahli Exco ini. 

Sama-samalah kita PELIHARA institusi Kesultanan Kedah.



AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN.

Wednesday, January 27, 2016

MUKHRIZ DIPECAT HARI INI, BASHAH MB KEDAH YANG BARU?


ABU HASSAN SHARIF DIPAKSA TOLAK MUKHRIZ

Adun Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sariff menahan sebak semasa menyampaikan ucapan pada perhimpunan penyokong Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Kampung Sanglang, Ayer Hitam, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 27 Januari, 2016.



Datuk Abu Hassan Sarif mendedahkan dipaksa menyokong kumpulan penentang yang mengatur rancangan menyingkirkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh itu berkata, beliau diburu dan dipaksa semata-mata mahu mendapatkan sokongan menolak Mukhriz dan menjatuhkan menteri besar penggal pertama itu.

"Saya amat mengenali menteri besar kita, saya lakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan Datuk Mukhriz walaupun saya tak sehebat pegawai sekeliling. Kita ada tugas dan tanggungjawab saya sebagai Adun untuk pertahankan Datuk Mukhriz.

"Saya lari, saya hilang, hampir-hampir jatuh di laut, diburu semata-mata nak dapatkan sesuatu daripada saya," kata Abu Hassan sambil menangis di hadapan orang ramai semasa program bagi menyatakan sokongan kepada Mukhriz di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam malam tadi.

Abu Hassan tidak menjelaskan mengapa beliau diburu, namun sumber mendedahkan kira-kira 19 Adun sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menolak kepimpinan Mukhriz.

Adun 5 penggal itu berkata, beliau sangat sedih mengenangkan apabila seorang pemimpin yang disanjung rakyat akan digulingkan dengan begitu hina sekali.

"Saya menangis, saya tak pernah menangis depan anak dan isteri. Kita ada lelaki ada ego tapi di sini saya menangis depan anak saya, depan rakan saya menangis.

"Bagaimana orang yang ikhlas, jujur dan amanah, tidak mempunyai moral dan akhlak tidak baik, bertanggungjawab, tak amal rasuah, pemimpin yang boleh majukan masyarakat, rakyat dan negeri Kedah ini, tiba-tiba beliau akan digulingkan dalam keadaan yang amat menyedihkan, saya tidak reda," katanya.

Abu Hassan juga mendedahkan semalam Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak memanggil semua Adun Kedah bertemunya di Putrajaya.

Dalam pertemuan itu Abu Hassan berkata, beliau membuat rayuan kepada Najib supaya Mukhriz dikekalkan sehingga habis penggal.

"Beri masa, saya kata kepada PM, beri masa kepada Mukhriz, kalau nak buang dan ganti pun tunggu habis penggal.

"Biar beliau jalankan tugas dan kita nak pastikan Datuk Mukhriz memang pemimpin yang disukai rakyat dan bukan cakap kosong," katanya.

Abu Hassan turut menasihati rakan-rakannya supaya memikirkan mengenai masa depan Umno dan bukan semata-mata mengejar habuan dan jawatan.

"Jangan kita lari nak habuan dan pangkat, tapi hari ini orang lari takut hilang pangkat dan juga sekarang ini orang lari nak kejar pangkat, nak jadi exco, nak jadi menteri, nak jadi menteri besar," katanya. – 27 Januari, 2016.

 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adun-kedah-dedah-diburu-hampir-jatuh-laut-dipaksa-sokong-pecat-mukhriz#sthash.6sKulzQP.dpuf

Sunday, January 24, 2016

SLOGAN BARU BERIKUTAN TRAGEDI MUKHRIZ - BOS DIDAHULUKAN, KESETIAAN DIUTAMAKAN

A photo on Langkawi MP Datuk Nawawi Ahmad's Facebook page shows Kedah Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir (centre, red shirt) meeting with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (centre, blue) at the Langkawi airport tarmac shortly after the latter's arrival in the island resort this evening. – Facebook pic, January 23, 2016.

MASIH kah kita ingat slogan 2009 yang diperkenalkan oleh Najib Razak - Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan (people first, performance now)?

2016, sudah ramai pemimpin Umno dan kakitangan kerajaan yang tidak sebulu dengan Najib dipecat.

1. Muhyiddin Yassin hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

2. Shafie Apdal hilang jawatan Menteri.

3. Timbalan SB Hamid Bador dipindahkan ke JPM dari Jabatan Polis

4. Peguam Negara Ghani Patail

5. Hamidah Osman - sampai ke tahap perabot rumah dilelong.

6. Kini giliran Mukhriz Mahathir yang akan dipecat minggu hadapan.

Kepada Ketua-Ketua Bahagian, Menteri dan Timbalan Menteri, dan mereka yang berjawatan, belajarlah dari TRAGEDI yang menimpa mereka yang di atas ini.

Berpeganglah kepada slogan baru jika mahu selamat dan tidak dipecat oleh Najib.

Amalkan slogan: "BOS DIUTAMAKAN, KESETIAAN DIUTAMAKAN (BOSS FIRST, LOYALTY NOW)


Saturday, January 23, 2016

MUKHRIZ AKAN DIPECAT KERANA MAHU MENGHUKUM DR MAHATHIR



ESOK lusa, Mukhriz Mahathir akan diPECAT sebagai Menteri Besar Kedah.

Siapalah Mukhriz. Diletakkan sebagai Menteri Besar pun oleh Perdana Menteri Najib Razak. Hendak menurunkan beliau pun Najib.

Menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan dan bakal Menteri Besar Kedah yang baru, Ahmad Bashah Md Hanipah, Mukhriz GAGAL satupadukan Umno, Mukhriz tiada perancangan strategik menghadapi PRU-14, Mukhriz gagal urus tadbir negeri Kedah.

http://taipingmali.blogspot.my/2016/01/kenyataan-akhbar-mendesak-perubahan.html

Jika kerana gagal satu padukan Umno, sudah lama Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan diPECAT.

Jika gagal urustadbir negeri, sudah lama Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob kena PECAT kes bauksit dan tebang balak haram.

Di era pentadbiran sekarang, prestasi bukan penting. Jika prestasi penting sudah lama Jamil Khir hilang jawatan kerana isu duit zakat dan isu Yapeim dan simulator golf.

Jika prestasi penting, sudah lama Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim kena pecat kerana cara mengurus Tabung Haji.

Jika kerana tiada perancangan strategik menghadapi PRU-14, sudahkah ibupejabat Umno mempunyai plan strategik untuk PRU-14?

Sebenarnya, DOSA Mukhriz hanya kerana tak sama bulu.

Mukhriz bukan sempurna. Tetapi cara dan kaedah untuk menjatuhkan Mukhriz memalukan dan memualkan.

Di dalam Umno, kerana bapa, anak dihukum.

Ada personaliti di Malaysia yang lebih jijik personalitinya, tiada pula Ahmad Bashah dan geng-gengnya meminta diturunkan.

Kalau bukan kerana Mukhriz dan Tun Dr Mahathir Mohamad, 2013 Kedah KEKAL di bawah Pas.

2014, TRAGEDI ini akan menentukan siapa rakyat Kedah mahu Kedah diperintah.

Tetapi siapa peduli kesannya?

Sunday, January 17, 2016

SABARUDDIN CHIK 2015 & SABARUDDIN CHIK 2016



2015:  "Saya yakin dia (Tun Dr Mahathir Mohamad) tak tahan sangat tengok keadaan ini...dia bukan sokong Bersih, dia menyokong supaya itu (Najib Razak letak jawatan). Dulu tak ada macam ini (Bersih 4.0), dulu tak ada (1Malaysia Development Berhad) 1MDB, sekarang ini, mereka tidak suka dengan keadaan sekarang, itu agaknya mengapa maka usaha secara lain telah dibuat, tiada (tindakan). Saya kira mereka kali ini nampak mereka menyatakan (bantahan) dengan terang meminta PM berundur." - Sabaruddin Chik 

http://www.sinarharian.com.my/politik/sabaruddin-chik-pertahan-tindakan-dr-m-1.425530


2016: "Saya akan melaksanakan tugas yang diberikan sebaik mungkin, dan menyokong kepemimpinan Najib sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. Saya akan jalankan tugas yang diberi dengan baik dan soal Najib hendak beri jawatan kepada sesiapa pun bukan isunya. Tiada sebab untuk saya menolak jawatan itu.” - Sabaruddin Chik selepas dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad.

Tuesday, January 12, 2016

PELAJAR KITA KELAPARAN?

Good deed: Kami Prihatin (We Care) project manager Wang Wee Foong (left) who is also the student council vice-president II helping to distribute meals to students from poor families at a hostel in Universiti Sains Malaysia, Penang. — ZAINUDIN AHAD/The Star

PELAJAR kita KELAPARAN!

Itulah kisah di menara-menara gading yang dipaparkan oleh akhbar-akhbar utama minggu ini.

Gambar di atas disiarkan oleh akhbar The Star milik MCA baru-baru ini. Pengurus projek Kami Prihatin Wang Wee Foong membahagi-bahagikan makanan kepada pelajar kita di USM. Terima kasih Wee Foong atas bantuan.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/01/09/help-for-hungry-undergrads-students-rally-together-to-feed-growing-number-of-needy-varsity-mates/

Dan hari ini Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM Prof Noor Aziah Mohd Awal MENGESAHKAN ada pelajar yang IKAT PERUT di universiti tersebut.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/01/12/pelajar-ukm-ikat-perut-sara-keluarga/

BAGI Jelapang, di dalam keadaan sekarang, pelajar lapar di Universiti awam adalah perkara biasa dalam proses negara ingin mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi.

Kalau dulu, dewan-dewan makan disediakan di universiti-universiti awam untuk menyediakan MAKANAN PERCUMA tanpa mengira pendapatan keluarga, hari ini ada pemimpin berpendapat kita perlu melatih rakyat supaya berdikari dan tidak menjadi masyarakat subsidi. Maka skim MAKANAN percuma di universiti dihapuskan. 

Sekarang pentadbiran universiti lebih berminat memanggil tender untuk gerai-gerai makan. Sekurang-kurangnya dengan cara ini, dapatlah universiti menambah kantung mereka.

Ada pelajar sudah lama berlapar kerana ibubapa mereka hidup kesempitan.

Tetapi seorang pemimpin muda semalam berkata: "Saya tidak yakin pelajar hidup kelaparan. Laporan ini perlu disiasat."

Ada pemimpin menyarankan pelajar universiti membuat kerja lebih masa untuk menambah pendapatan.

Kita hanya dapat bersimpati dengan pelajar-pelajar ini.

Wednesday, January 6, 2016

KUANTAN BAKAL TANDINGI JAIPUR PINK CITY



JAIPUR, INDIA



KUANTAN, PAHANG, MALAYSIA

ALANGKAH baiknya Menteri Pelancongan Nazri Aziz dan Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob mempromosikan Kuantan sebagai "Pink City of Malaysia" setanding dengan Jaipur - "The Pink City of India".

Warna (colour) Kuantan sekarang dan bandar Jaipur hampir serupa.

Tambahan lagi hari ini Adnan berkata rakyat Pahang mahukan perlombongan bauksit diteruskan atau dengan kata lain rakyat Pahang mahukan Kuantan berwarna Pink seperti sekarang.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/rakyat-pahang-mahu-teruskan-perlombongan-bauksit-1.469540

Lagipun Nazri pernah berkata, kejatuhan ringgit sekarang akan menarik lebih ramai pelancong melawat Malaysia dan Kuantan boleh dijadikan sebagai salah satu destinasinya.

Tahniah kepada Adnan Yaakob dan rakyat Pahang kerana menerima Kuantan di dalam keadaan sekarang.

Jelapang sudah dapat merasakan bahawa keadaan Kuantan sekarang dapat diterima oleh rakyat Pahang memandangkan sebelum ini tiada pemimpin yang merungut mengenai perkara ini termasuk Perdana Menteri yang berasal dari negeri Pahang.

Ada yang mengatakan negara sekarang seolah-olah tiada undang-undang, tiada tunjuk arah.

Tetapi Jelapang tidak setuju - seperti kata Adnan, rakyat mahukan keadaan Kuantan sekarang berterusan.

Tahniah rakyat Pahang.

Monday, December 28, 2015

CADANGAN TERBAIK: RAKYAT PERLU BUAT 3 KERJA UNTUK HIDUP



Image result for ahmad maslan 3.87

KEPADA rakyat Malaysia yang melarat, patuhilah nasihat pemimpin kita, Dato' Ahmad Maslan.

Contohi lah beliau dengan membuat 3 kerja untuk mengatasi masalah kenaikan kos hidup sekarang ini.

Kepada NGO yang amat berminat untuk bertemu dengan Najib Razak untuk membincangkan isu kenaikan kos, lupakan lah. Buang masa.

Lebih baik kita mula melakukan dua tiga kerja seperti saranan Ahmad Maslan.

Contohi pemimpin-pemimpin negara. Ramai yang mempunyai 5 jawatan, bahkan mungkin ada sampai 10.

Perdana Menteri sendiri banyak jawatan. Jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Penasihat 1MDB dan sebagainya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/2kerja-ahmad-maslan-mengaku-ada-tiga-kerja-netizen-sekolahkan-makna-kerja-dan-jawatan-87001



Tuesday, December 22, 2015

SIAPA BAKAL TPM APABILA ZAHID MENJADI PM?

Embedded image permalink

SELEPAS mengharungi KEKECEWAAN melihat Ahmad Zahid Hamidi menaiki TAKHTA Timbalan Perdana Menteri, akhir-akhir ini Hishammuddin Hussein seolah-olah TIDAK berenggang dengan Zahid.

Apakah Hishammuddin bakal TPM apabila Zahid menjadi PM nanti?

Atau Zahid ada idea lain?

Atau ianya hanya satu cubaan Hishammuddin untuk mengambil hati Zahid?

Politik dalaman Umno tidak pernah SEPI?

Saturday, December 19, 2015

BILA HARGA MINYAK DUNIA PADA TAHAP US$35, HARGA PETROL ERA TUN HANYA RM1.33 TETAPI ZAMAN NAJIB RM2.45. KENAPA?


SEJARAH HARGA MINYAK DUNIA





SEJARAH HARGA PETROL DI MALAYSIA (Klik pada imej untuk besarkan)
http://blog.galvintan.com/malaysian-fuel-price-history/


PETIKAN UCAPAN NAJIB RAZAK DI PERHIMPUNAN AGONG

"Soal syarikat ERL yang disebut-sebut. Sebab (rakyat) marah naik. RM35 naik kepada RM55. Tinggi tapi tuan-tuan tak tahu, perjanjian ini ditandatangani pada tahun1997 lagi. Bukan setahun dua ini. Konsesi jangka panjang.

"Dalam perjanjian itu di mana syarikat YTL menguasai, perjanjian yang saya sifatkan berat sebelah. Harga bergantung kepada 'projected traffic bukan actual traffic'. Dalam perjanjian, lima tahun naik, lima tahun naik.

"Kenaikan kadar ERL itu sudah 'ditahan' sejak saya mengambil alih pemerintahan negara dan masalah itu hanya LEGASI (Tun Mahathir) YANG DITERIMA dari pemerintah (Tun Mahathir) sebelum ini.

"Apabila saya jadi perdana menteri, saya kata jangan naik. 14 tahun tak naik. Tapi pampasannya berapa? RM 2.9 bilion.

"Sebab itulah, kita terpaksa naik (kepada) RM55 kalau tidak, parah kita. Kita runding semula. Kena sambung pula lagi 30 tahun. Sebab perjanjian dah tandatangan.

"Sebab itulah saya nak terangkan kepada perwakilan, saya terima 'problem' legasi atas siapa...?. "



PERSOALANNYA: (Kaji dan teliti carta sejarah harga minyak dunia dan sejarah harga petrol di Malaysia)

KETIKA ERA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD


HARGA MINYAK DUNIA PADA ERA Dr Mahathir:

DISEMBER 1986, 1988, 1990, 1992, 1996, 1999, 2001 dan Nov 2002 ketika HARGA minyak dunia berada di antara US$32.43-US$35.87 dan HARGA PETROL RON97 hanya di antara RM1.10-RM1.33



KENAPA DI ZAMAN NAJIB, THE GENTLEMAN,

pada ketika Harga minyak dunia SEKARANG pada tahap US$34.55 (hampir sama dengan zaman Dr Mahathir), TETAPI HARGA PETROL RON97 SEKARANG RM2.45?


KENAPA?

Adakah ini juga disebabkan oleh Dr Mahathir?