Wednesday, December 22, 2010

JUAL PLUS PADA SYARIKAT YANG JANJI TIADA KENAIKAN TOL

Siapa yang akan memiliki Plus Expressways selepas ini?

Kalau ikut cadangan asal kerajaan, Plus akan dijual kepada EPF dan Khazanah dengan harga RM23 bilion.

Sebelum ini
Asas Serba, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Halim Saad, mengemukakan cadangan untuk membeli Plus dengan harga RM50 bilion berserta penurunan kadar tol sebanyak 10 peratus.
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/5/4/business/6184045&sec=business

Malangnya cadangan Asas Serba tidak dipedulikan oleh kerajaan.

Dua hari lepas timbul pula sebuah syarikat lagi, Jelas Ulung, yang diketuai oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat, Ibrahim Zain, menawarkan untuk membeli Plus dengan harga RM26 bilion, RM3 bilion lebih tinggi dari cadangan Khazanah dan EPF.
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/12/22/business/7667824&sec=business

Cadangan Jelas Ulung pastinya mengembirakan pemegang saham minoriti dalam Plus terutamanya yang mempunyai satu dua lot. Apa tidaknya, tawaran Ibrahim Zain 60 sen lebih tinggi dari tawaran Khazanah/EPF. atau RM600 untuk satu lot.

Oleh itu apa perlunya pemegang saham menjual saham Plus mereka kepada Khazanah/EPF?

Itu cerita model kewangan urusniaga penjualan Plus.

Bagi rakyat biasa, apa yang kita mahu ialah tiada kenaikan tol. Najib Razak sudah mengumumkan akan tiada kenaikan tol di Lebuhraya Plus selama 5 tahun. .

Ibrahim Zain pula menawarkan tiada kenaikan langsung sepanjang hayat konsesi tol Plus iaitu sehingga 2038. Sementara di bawah tawaran Khazanah/EPF, tiada jaminan tol tidak dinaikkan selepas 5 tahun ini.

Asas Serba bukan sahaja menjaminkan tiada tol sehingga 2038, malahan mampu menurunkan kadar tol sebanyak 10 peratus.

Maksudnya, ada kaedah untuk memastikan tiada kenaikan tol sehingga 2038 dan kerajaan seharusnya mempraktikkan kaedah ini.

Seperkara lagi, rakyat mahukan jaminan bahawa pada 2038 apabila konsesi tol ini tamat, plaza-plaza tol ini dirobohkan sepertimana yang kerajaan lakukan kepada plaza tol Jalan Kuching.

Janganlah pula tiba-tiba kita diberitahu konsesi untuk Lebuhraya Plus dipanjangkan 20 tahun lagi. Sekurangnya-kurangnya generasi muda hari ini mahu melihat Lebuhraya Plus menjadi lebuhraya percuma ketika nyawa masih dikandung badan.

Itulah harapan kita.

1 comment:

Anonymous said...

mamat yang buat tawaran tu pun ambik peluang dari harga 4.30 <> 4.40 kepada 4.60 agak-agaknya berapa dia untung masa dia kumpul 4.30 <> 4.40 jual harga semalam 4.7 - 4.5, ha ha ha kaya kaya pandai betul melayu buat duit.