Menang di Batu Sapi. Menang di Galas.
Dua kemenangan ini sudah cukup untuk menyuntik semangat baru kepada Najib Razak untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang bakal diadakan samada tahun hadapan atau 2012.
Semangat ini diperkukuhkan lagi dengan keadaan porak-peranda di dalam PKR dan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap kemampuan Pakatan Rakyat dalam mentadbir negara.
Pentadbiran kelam kabut Khalid Ibrahim di Selangor dan kegagalan Azizan Razak dalam mentadbir Kedah semasa banjir melanda negeri itu menjadi buah mulut seluruh negara. Ia hanya menggambarkan akan risiko yang bakal diambil sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putrajaya.
Apakah kemenangan di Batu Sapi dan Galas serta kelemahan Khalid Ibrahim dan Azizan Razak mencukupi untuk Najib memenangi PRU-12?
Sudah pastinya tidak. Semasa perasmian Konvensyen Barisan Nasional semalam, Najib mengingati para penyokong dan pemimpin BN akan 4 penyakit - khayalan, kelupaan, kejumudan dan keangkuhan. http://www.malaysiakini.com/news/150019
Apakah peringatan ini mencukupi?
Najib tahu ianya juga tidak mencukupi. Itulah sebabnya hari ini karier Khir Toyo menemui nokhtahnya.
Akhirnya bekas Menteri Besar Selangor itu dihadapkan ke muka pengadilan atas tuduhan rasuah berkaitan mahligai beliau di Seksyen 7, Shah Alam.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm
Najib sedar rakyat dahagakan kerajaan yang bersih dan telus. Inilah idaman rakyat generasi ini. Mereka muak dengan apa yang berlaku di zaman Abdullah Ahmad Badawi.
Jelas pada ambang 2011 nanti, Najib mahu dilihat sebagai Perdana Menteri yang serius dalam membawa perubahan. Najib mahu mengenengahkan kepada pengundi bahawa beliau sedang berusaha membersihkan Malaysia dari gejala rasuah dan ianya bermula dengan Khir Toyo.
Tahniah kepada Najib kerana mempunyai kesungguhan politik untuk mendakwa Khir Toyo di mahkamah.
Tapi ianya tidak cukup untuk menyakinkan rakyat. Semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri, Kasitah Gadam dan Eric Chia didakwa rasuah dan kesudahannya kedua-kedua terlepas dari hukuman.
Khir Toyo umpama panglima askar pencen. Tiada beza dengan Kasitah dan Eric Chia. Mungkin Khir Toyo merupakan permulaan kepada operasi pembersihan di dalam Kerajaan, Umno dan Barisan Nasional.
Kita tidak mahu Najib hanya berani mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin yang pencen.
Pembersihan ini tidak seharusnya mengenal bulu. Siapa yang bersalah, harus dihadapkan ke muka pengadilan termasuklah Menteri-Menteri Kabinet.
Perubahan seharusnya bermula di peringkat Kabinet. Ahli-ahli Kabinet perlulah terdiri dari mereka-mereka yang bersih imejnya. Mereka yang diselaputi tuduhan rasuah perlu dinyahkan dari Kabinet beliau.
Demi Umno dan Barisan Nasional, Najib perlu membersihkan Kabinet beliau. Rakyat kini menanti akan rombakan Kabinet kerana mereka mahukan bukti bahawa Najib benar-benar berani untuk membawa perubahan dengan membersihkan Kabinet beliau.
Sekiranya tiada perubahan, Najib akan dituduh lebih mementingkan kedudukan beliau dari kepentingan negara dan rakyat.
Terpulanglah kepada Perdana Menteri, yang mana satu pilihan beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Silakan lah buka gelanggang dan kita lihat rakyat akan pilih siapa.
Jangan tunggu lama lama beb!!!
Bagus lah BN kalau nak hapuskan kaki rasuah dlm parti..tapi malang sebab bukan BN yg menjuarai kempen menghapuskan rasuah..rakyat nampak PR yg lebih menjuarai kempen tersebut..ni kalau PR tak kecoh pasal rumah Khir toyo ni ada pemimpin BN lain yg nak kantolkan?ada?sila jawab ngn jujur..confirm semua takutkan haha..ok,klau dlm kabinet sape yg nak dibersihkan?menteri kewangan ke-2?bahkan najib sendiri ada terpalit dgn skandal rasuah pembelian kpl selam scorpene tu..KM Melaka?KP UMNO?PKFZ??
saudara,ada fakta saudara yg melucukan.sebenarnya kedah berjaya tanggani musibah banjir. walaupun ditahan oleh kerajaan persekutuan, ustaz azizan berjaya memberikan bantuan segera dgn menyusun jentera kerajaan negeri. harap saudara berhati-hati slps ini. bidang sosio-politik tidak seperti bidang hiburan yg gosip sana gosip sini. saudara perlu buat faham/kajian/bacaan/pemerhatian sebelum mengulas.
selamat menulis. salam maal hijrah
Post a Comment