Kenapa Umno kalah di Permatang Pasir?
Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan mengenal pasti 5 punca kekalahan.
1) Jumlah pengundi keluar mengundi kurang.
2) Faktor pengundi hantu.
3) Pengundi Cina (MCA) beralih menyokong DAP.
4) Permatang Pasir kubu kuat Anwar Ibrahim.
5) Pas manipulasi isu calon Umno.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm
Pada kesimpulan Ahmad Maslan, kekalahan di Permatang Pasir adalah berpunca dari pengundi. Tidak sepatah pun Ahmad Maslan menyalahkan diri sendiri termasuk kesilapan Umno memilih calon.
Mei lalu, Ahmad Maslan mengkritik bekas Ketua Penerangan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib apabila beliau mengeluarkan kenyataan bahawa 60,000 anggota jentera penerangan Umno tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
http://kedahku.blogspot.com/2009/05/ahmad-maslan-penyapu-baru-umno.html
Kini kita sudah berada di bulan September. Sudah 4 bulan selepas kenyataan ini dibuat dan Umno kini ketinggalan jauh , 7-0, dalam pilihanraya kecil yang telah diadakan. Belum satupun Umno menang di era Ahmad Maslan.
Umno tidak ada masalah menang besar di Bagan Pinang memandangkan begitu tinggi jumlah undi Pos. Selepas Bagan Pinang, Ahmad Maslan mungkin bolehlah "bercakap tinggi" sedikit lagi.
Sunday, September 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Syabas !! Ketua Penerangan UMNO yang paling dan terlalu BODOH Ahmad Maslan. Kau tengok muka dia pun kau dah menyampah.
Tolonglah bagitau kita sesuatu yang kita tak tau dan jangan bagitau kita benda yang kita dah tau. Teramatlah bodoh Ketua Penerangan UMNO. Ini adalah satu penyebab kejatuhan Najib. Memilih orang2 kanan yang samada terlalu bodoh atau pun orang2 yang komersial.
Semua orang tau yang UMNO sekarang ni didalam keadaan yang menakutkan. Masih lagi dalam stage denial. 1Malaysia ...betul ke ???
dia ni kaduk naik junjung. berlagak aje lebih si ahmad ni. action tak ada
Assalamualaikum,
Saya juga terperanjat dan tersengih kosong apabila membaca kononnya analisis oleh KP UMNO, mad maslan dalam news paper hari ni. Jika beginilah rupa caranya UMNO membuat analisis dan membentangkannya untuk rakyat, alamatnya PRU 13 lagi sekali lingkup lea.
Kesian UMNO, KP yang dilantik langsung tiada kekuatan samada fikrah, strategi ataupun pengaruh. Cumanya tertanya juga saya kenapa PM lantik dia....bagi saya biarkan jea dia dlm felda. Ini tidak tiba-tiba diberikan paltform di peringkat nasional, alamatnya lingkuplah UMNO.
p/s: Mad Maslan dah tak menoreh ke di kebun getah di Manik Urai, dengaq cerita dah tumbuh lalang dah kebun tu hehehhehe. Lawak betuila kata org manik urai.
5 sebab kekalahan BN di Permatang Pasir
1. Ahmad Maslan
2. Ali Rustam
3. Khairy Budak Hitam
4. Calon BN
5. Ketua UMNO Bahgian Permatang Pauh.
Tak tau macammana Najib jumpa orang macam Ahmad Maslan yang tak guna ni. Kalau simpan lama orang ni..PRU13 hancur
Post a Comment