Monday, September 7, 2009

NAJIB: JANGAN PILIH ISA SAMAD!

"BN berpeluang cerah untuk memenangi pilihan raya kecil (Bagan Pinang) itu berdasarkan sokongan akar umbi Umno terhadap Mohd Isa walaupun pernah digantung daripada parti kerana dikatakan terbabit politik wang." - Berita Harian 7/9/2009.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20090907001144/Article/index_html

Ketua Umno Bahagian Seremban Ishak Ismail juga mahukan Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dipilih sebagai calon.

Mengikut Malaysian Insider, lima kepala perang di Negeri Sembilan mahukan Isa dipilih bertanding di Bagan Pinang.
http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=37103-ns-umno-warlords-back-return-of-ex-mb-isa

Inilah Umno. Belum lagi pucuk pimpinan dan Najib Razak membuat keputusan, sudah kedengaran suara-suara sumbang mendesak pucuk pimpinan memilih calon mengikut kehendak dan selera masing-masing.

Kepentingan parti nombor dua, kepentingan diri diutamakan. Kalau benarlah laporan Malaysia Insider itu, maka jelas desakan ini tidak lebih daripada hanya merupakan tindakan ingin "mengajar" Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Kata Ishak: "Saya merasakan bahawa MB sekarang tidak cukup kuat. Pengalaman Isa akan membantu beliau (memenangi pilihanraya kecil ini)."

Maksud Ishak, Mohamad Hassan adalah seorang Ketua Perhubungan yang lemah dan tidak mendapat sokongan di Negeri Sembilan.

Malah Ishak mengakui beliau tidak "sebulu" dengan Mohamad Hassan.

Jadi jelaslah apa yang terbuku di hati Ishak Ismail dan sekarang adalah masanya untuk membalas dendam dan mengajar Mohamad Hassan.

Sekiranya Isa menang, maka mudahlah bagi Ishak dan kepala-kepala perang ini untuk meletakkan Mohamad Hassan dalam kegusaran dengan mengenengahkan nama Isa sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Berdasarkan latar belakang Isa, Ketua Bahagian Teluk Kemang itu tidak layak dibenarkan bertanding dalam mana-mana pilihanraya.

Isa semasa menjadi Naib Presiden Umno telah digantung jawatan dan keahliannya selama dua penggal atau enam tahun kerana didapati bersalah terlibat dalam rasuah politik wang oleh Lembaga Disiplin parti.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0625&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Persoalannya, apakah Umno mahu berubah atau tidak? Kalau Isa dipilih sebagai calon, maka mesejnya Umno dan Najib tidak mahu berubah.

Di sebalik tabir, Umno menyalahkan diri sendiri apabila memilih calon yang tercalar latarbelakangnya semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir sehinggakan tempoh kempen dihabiskan hanya untuk mempertahankan peribadi calon yang diserang bertubi-tubi oleh pihak lawan.

Apakah Najib dan Umno mahu terus mengulangi kesilapan yang sama dengan memilih Isa yang Umno sendiri dapati terlibat dengan rasuah politik?

Memang benar ketokohan Isa sudah cukup untuk memastikan Umno menang selesa dalam mempertahankan kerusi Bagan Pinang.

Tetapi adakah Umno mahu parti berubah atau berada di takuk lama? Umno harus mengajar pemimpin dan ahli-ahlinya bahawa tiada tempat untuk mereka yang menjatuhkan maruah dan imej parti dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan bermoral.

Cukuplah dengan apa yang berlaku di masa lampau. Umno kini tidak perlukan mereka yang cacat moralnya. Apakah kita mahu orang Melayu dipimpin oleh seorang pemimpin yang penuh dengan cacat celanya? Apakah orang Melayu sanggup dipimpin oleh seorang pemimpin yang tidak bermoral seperti mana sebuah parti komponen Barisan Nasional yang pernah dipimpin oleh seorang pemimpin yang melakukan adegan ranjang yang menghairahkan dalam sebuah bilik hotel?

Kalau Umno mahu terus disokong, jadilah parti bermoral atau lupakan saja dari terus mengharap simpati rakyat dengan hanya laungan-laungan slogannya.

7 comments:

Anonymous said...

Setuju. Jangan sekali-kali pilih Isa atau anaknya. Bila lagi UMNO nak belajar dari kesilapan lepas?

Detguaq said...

Salam Jelapang,

Hang dan aku mempunyai persamaan dalam isu N31. Harap dapat bertemu dalam Syawal nanti.

Mr.KETAM said...

Sokongan ahli UMNO??

Sekarng ni org lebih mementingkan sokongan RAKYAT!!

Kalau dah pernah terpalit tahi atau lumpur tu walaupun terpalit dgn tahi org lain tetapi tetap melekat bau..jadi tak payah lah nak berangan jadi calon biar lah org lain yg betul2 ada nawaitu nak membela rakyat bukan "memBELA taukeh"

ustazSAID said...

Salam, dlm isu calon Bagan Pinang, kita senada. Isa Samad mgkin boleh menang tp soalnya, keseluruhan Umno akan kalah. Masih mahu mngekalkan calon yg dikenali dgn politik wang & 'padang mahsyar'!

apanama said...

I think Isa Samad lagi ok dari Khairy Jamaluddin.

Anonymous said...

Kalau ini lah calunnya.......

bat69

ahlang said...

go TS Isa go...
go KJ go....

TS Isa boleh... KJ boleh

den sokong

salam setiakawan
-ahlang-