Sunday, September 27, 2009

DR MAHATHIR: BIAR SAYA BERTANDING DI BAGAN PINANG

"Kalau Umno tidak cukup calon, pilih saja saya (untuk bertanding di Bagan Pinang)." - Tun Dr Mahathir Mohamad.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/38673-dr-m-volunteers-to-run-in-bagan-pinang

Begitulah kerasnya pendirian Dr Mahathir terhadap desakan orang-orang Isa Samad di Teluk Kemang yang mahukan pucuk pimpinan Umno meletakkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu sebagai calon di Bagan Pinang.

Dr Mahathir mengkritik orang-orang Isa ini sebagai berfikiran singkat.

Kata Tun: "Mereka amat berpandangan singkat, mereka hanya melihat kepentingan beliau (Isa) dan kepentingan bahagian itu tetapi bagaimana pula dengan kepentingan parti. Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih dengan itu seluruh parti akan dikutuk."

"Kita bukan semata-mata hendak menang. Kalau menang pun malu kerana orang ini tidak bersih, pemimpin kita orang yang tidak bersih."

"Kalau saya jadi Isa saya sendiri akan minta supaya jangan calonkan saya sebaliknya saya akan berusaha untuk bagi mana-mana calon yang dipilih dan berkempen untuk dia. Dengan itu nama Isa akan jadi cukup harum."
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=442515

Jelas kini Tun Dr Mahathir cuba untuk memudahkan kerja Najib Razak. Inilah kali ketiga Dr Mahathir menyatakan "protes" beliau kepada desakan Umno Teluk Kemang yang diketuai Isa untuk mencalonkan beliau.

Inilah masalah politik Umno. Tidak pernah kita dengar pemimpin Pas berebut menjadi calon. Malangnya perkara ini lumrah dalam Umno.

Apa lagi yang Isa mahukan setelah 22 tahun menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Kalau menang dan kembali menjadi Menteri Besar, apalah pembaharuan atau idea baru yang boleh Isa bawa kepada Negeri Sembilan.

Apakah orang muda tidak layak menjadi pemimpin? Apakah orang muda yang bersih latarbelakangnya dan tidak pernah dilabel perasuah tidak layak menjadi calon?

Orang politik memang tebal mukanya. Mungkin bagi Isa, selepas 22 tahun menjadi Menteri Besar, kali ini dapat turun pangkat jadi Adun pun tidak mengapa.

Kalau ini berlaku, memang benarlah kata orang - pemimpin Umno memang kaki kemaruk.

4 comments:

Anonymous said...

memang kemaruk.

Anonymous said...

inilah klemahan umno jawatan kuasa disiplin dah jatuh hukum pun masih lagi tak sedar, oii orang bagan pinang jangan la.. jadi bodoh , beb
rahim_xo

Bicara Luncai said...

Saya setuju UMNO perlu dengar nasihat Tun Dr. Mahathir kerana beliau seorang tokoh pemimpin yang cukup hebat dan banyak berjasa kepada negara.

Bicara Luncai said...

Saya setuju UMNO perlu dengar nasihat Tun Dr. Mahathir kerana beliau seorang tokoh pemimpin yang cukup hebat dan banyak berjasa kepada negara.