Rabu lepas Najib Razak mengumumkan bantuan khas berjumlah RM500 untuk kakitangan sokongan perkhidmatan awam yang mungkin dilihat sebagai "bonus" hari raya.
Bagaimanapun, bonus ini akan dibayar dalam bentuk ansuran. Ansuran pertama sebelum Aidilfitri dan ansuran kedua Disember nanti. http://kedahku.blogspot.com/2009/09/tiada-bonus-untuk-kakitangan-kerajaan.html
Dua mesej penting dari keputusan kerajaan ini. Pertama, keputusan untuk membayar ansuran kedua Disember ini membayangkan bahawa kakitangan awam tidak akan menerima sebulan bonus sepertimana yang lazimnya ketika pembentangan belanjawan tahunan.
Kedua, kerajaan tidak berwang. Di akar umbi, bantuan khas RM500 ini menjadi bahan ketawa. Kata mereka, apalah nilai RM250 ketika rakyat merana dengan kenaikan harga petrol dan barang yang terus naik sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Masalah pada kerajaan hari ini ialah, rakyat tidak lagi menghargai pemberian seumpama ini atau dengan kata lain, "beri, kita ambil, tak beri, kita buat keputusan di peti undi".
Bantuan khas yang hanya dihadkan kepada kumpulan sokongan dan bukannya kepada seluruh warga perkhidmatan awam jelas menunjukkan kerajaan ketandusan sumber kewangan.
Benarkah kerajaan menghadapi masalah kewangan?
Tidak mungkin. Setiap hari media massa memaparkan betapa ekslusif dan mewahnya sesetengah Menteri Kabinet mengadakan majlis-majlis berbuka puasa.
Kebanyakannya diadakan di hotel-hotel 5 bintang. Antara yang menjadi buah mulut ramai ialah majlis berbuka yang diadakan oleh Shahrizat Jalil di KL Hilton.
Katanya lebih 1500 orang berpusu-pusu menghadiri majlis berbuka Shahrizat sehingga ada yang tidak dapat tempat duduk dan makan. Ramai yang pulang dengan riang dihadiahkan sebuah beg dan sehelai kain yang cantik berserta kuih raya.
Seorang penulis Agenda Daily menulis: "Bagi sesiapa yang pernah menghadiri majlis berbuka puasa bersama kementerian Shahrizat tiga kali berturut-turut pasti dapat menyaksikan pertambahan ramai yang hadir. Dari wartawan politik, ekonomi, umum, jenayah, elektronik termasuk wartawan hiburan tidak melepaskan peluang menghadiri majlis berbuka kementerian ini. Pernah berlaku pada tahun lepas, seorang wartawan hiburan kerosakan keretanya pada tarikh program berbuka puasa bersama kementerian ini. Wartawan berkenaan sanggup menaiki bas untuk bersama-sama menjayakan majlis berbuka puasa ini. Begitulah istimewanya majlis berbuka puasa bersama Shahrizat."
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_309c328a-3132372e-10a4a320-68ec37a5
Mengadakan majlis berbuka sebegitu besar bukan murah belanjanya terutamanya apabila diadakan di hotel 5 bintang seperti KL Hilton.
KL Hilton dikatakan mengenakan bayaran RM98 sekepala untuk berbuka di hari biasa dan RM88 untuk hari minggu.
Bayangkan berapa perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Shahrizat untuk 1,500 orang? Dan berapa pula yang dibelanjakan oleh Shahrizat untuk "buah tangan" kepada mereka yang menghadiri majlis berbuka beliau?
Persoalannya, dari mana Shahrizat memperolehi wang untuk mengadakan majlis berbuka begitu besar? Mungkin wang perbelanjaan ini datangnya dari kocek Shahrizat sendiri dan tidak mustahil juga datang dari kantung Kementerian beliau kerana menurut sesetengah pihak, kad jemputan dari Shahrizat dikeluarkan oleh Kementerian beliau.
Soalan ini saya tujukan kepada Najib Razak. Mungkin Najib tahu dari mana Shahrizat mendapat wang begitu banyak untuk mengadakan majlis berbuka yang begitu besar.
Tingkah laku kerajaan memberi hanya RM250 kepada kakitangan sokongan memberi gambaran seolah-olah kerajaan tak berduit tetapi Menteri-Menteri Kabinet Najib joli sakan mengadakan majlis berbuka besar-besaran tanpa mempedulikan masalah rakyat.
Dan kita tidak terperanjat sekiranya Najib merestui semua ini.
Saturday, September 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Apa nak heran , duit grant projek buat kertas pakai daun pisang masih berlambak lagi , sebab projek tak jalan2.Baik jugak tak jalan , kalau tak pupus pokok pisang kat Malaysia.
Habis daun kena sesah buat kertas,gila betul projek ni , yang luluskan lagi gila.
Kita tunggu saja kes PKFZ. Kalau sekor pun tak kena apa apa, sah lah BN ni parti RASUAH menghabis duit rakyat.Mampuslah kita semua.Di Taiwan bekas President pun boleh masuk penjara tapi disini semua kebal kebal dan sekor pun tak pernah rasuah mana ada masuk kedalam atau dibicara.
salam ziarah,
terima kasih sgt2 ats artikel ini..saya kira inilah yg perlud didedahkan supaya kerajaan kita lekas sedar..saya secara peribadi memang tdk suka dgn gaya begini..berboros hanya untuk berbuka puasa..dah xde pahala lg dah..saya pernah dua kali terlibat dgn majlis berbuka puasa dgn PM dan TPM..pertama yg dianjurkan oleh PM di Putrajaya..alhamdulillah saya lihat ada kesederhanaan dlm program yg dijalankan.mencapai matlamat pada saya kerana begitu sederhana..anak2 yatim diberikan tempat istimewa dan layanan yg sgt mesra..dan kedua, pd minggu lepas di PWTC bersama dgn TPM, Tok Pa,Mentri KPT dan Timbalannya..di sini, agendanya bg saya lebih diutamakan iatu untuk berbuka puasa..acara selingan pula begitu sederhana..lebeh penting, saya lihat sendiri juadah dan hidangan yg disediakan begitu sederhana tetapi sedap..tak perlu ke hotel besar pun, makan tetap kenyang..alhamdulillah..
Post a Comment