Friday, September 18, 2009

DR MAHATHIR: LUPAKAN ISA SAMAD


KALI ini giliran Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Najib Razak dan Umno bahawa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Isa Samad yang didapati bersalah oleh Umno atas tuduhan rasuah politik tidak harus dicalonkan sebagai calon Umno untuk kerusi pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Kata Dr Mahathir: "Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini. Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno."
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=441278

Kita tunggu keputusan Najib dan Umno. Umno dijangka mengumumkan calonnya 29 September ini.

Adakah Najib lebih mementingkan untuk hanya menang di Bagan Pinang atau beliau lebih pentingkan imej beliau dan parti?
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/38043-dont-name-isa-samad-as-candidate-says-dr-mahathir
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/38071-poll-shows-bagan-pinang-voters-want-isa-as-umno-candidate

1 comment:

Quantum Metal Consultant said...

Siapa Presiden UMNO? Mahathir atau Najib - mungkin itu saolan nakal.

Ingat lagi, paklah pernah kata ' siapa Mahathir?'

Penentuan lebih kepada keikhlasan Isa Samad untuk mengistiharkan dengan ikhlas dirinya memberi laluan kepada calon lain dan diterima secara terbuka oleh UMNO Bahagian.

Jika tidak, segala kemungkinan akan berlaku termasuklah kekalahan.