Thursday, September 10, 2009

ISA SAMAD, MOHD NAJIB ATAU FAIZAL BAKAL CALON BAGAN PINANG

Desas-desus mengatakan Umno Bahagian Teluk Kemang hanya menamakan Ketua Bahagian Teluk Kemang dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan sebagai calon Umno untuk pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang sebenarnya tidak benar.

Bahagian Teluk Kemang petang tadi dikatakan memaklumkan kepada Perhubungan Umno Negeri Sembilan bahawa tiga individu telah dipersetujui oleh Bahagian Teluk Kemang untuk diangkat nama mereka kepada pucuk pimpinan Umno pusat untuk dipertimbangkan sebagai calon. Mereka ialah:
ISA SAMAD dan anak beliau, MOHAMAD NAJIB (gambar: kiri sekali)
dan, KETUA PEMUDA TELUK KEMANG MOHD FAIZAL RAMLI

3 comments:

Anonymous said...

aku sokong isa samad... hidup isa, hidup isa, hidup isa.

Anonymous said...

Tiga-tiga tak boleh pakai! cari orang lain lah, tak kan Negeri Sembilan kurang pemimpin yang berkaliber, bersih dan amanah...

Anonymous said...

Wahai Orang UMNO,

Tak faham2 lagi ke pasal memilih calon. Ini pilih calon dari kalangan anak beranak. UMNO ni memang mak ayah dia punya ke. Faizal tu ada banyak hal tapi kau orang pilih jugak seolah-olah UMNO ni tandus pemimpin.
Rakyat cuma nak calon yang bersih dan boleh buat kerja. Tak mungkin tak ada langsung di Teluk Kemang tu.
Nampak gayanya, menang lagilah Pakatan Rakyat.

Arcadia