Hishammuddin Hussein menitiskan airmata apabila diumumkan sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru pada Perhimpunan Agung Pemuda pada tahun 2000.
Emosi yang ditunjukkan Hishammuddin dilihat oleh para pengkritik politik ketika itu sebagai tanda kelemahan dan Pemuda Umno pada ketika itu akan dipimpin oleh seorang pemimpin yang mudah menitiskan airmata.
Pada ketika itu pengkritik politik menyingkap kembali sejarah Pemuda Umno dan membandingkan Hisham dengan pemimpin-pemimpin unggul pemuda terdahulu yang digeruni. Hisham dibandingkan dengan Kapten Hussein, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Saadon Jubir, Tan Sri Senu Abdul Rahman, Dato' Harus Idris, Tan Seri Syed Jaafar Albar dan Dato' Suhaimi Kamaruddin.
Sejarah berubah dan suasana politik berubah. Hari demi hari Pemuda Umno hilang taringnya. Semangat perjuangan terus luntur dan pada satu ketika, Pemuda Umno lebih dikenali dengan kereta Harrier pemimpin-pemimpin mereka daripada agenda perjuangannya.
Hisham cuba membawa imej berani Pemuda dengan menghunuskan keris. Ramai mengesyaki ianya hanya imej palsu dan terbukti apabila beliau menarik balik tindakan beliau itu apabila akur kepada desakan untuk tidak mengulangi peristiwa menghunus keris itu.
Kini Hisham orang nombor tiga dalam Umno. Sekiranya sesuatu berlaku pada Najib Razak dan Muhyiddin Yassin, Hisham lah antara bakal Perdana Menteri yang akan mengemudikan negara.
Malangnya dalam minggu-minggu kebelakangan ini, semakin terserlah akan kelemahan Hisham. Dulu beliau dikritik sebagai Menteri Pelajaran.
Kini beliau dikritik kerana gagal menyelesaikan masalah Umno Terengganu. Dan Selasa lalu Hisham membuat keputusan untuk bertemu dengan penunjuk perasaan kepala lembu dari Seksyen 23.
Lebih menakjubkan apabila Hisham, sebagai Menteri Dalam Negeri, mempertahankan tindakan penunjuk-penunjuk perasaan ini dan menampilkan mereka ini sebagai mangsa.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/36672-hisham-defends-cow-head-protestors
Hisham dikritik hebat dan didesak oleh Pakatan Rakyat untuk meletakkan jawatan.
http://themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/36707-pakatan-wants-hishammuddin-sacked
Seperti mana yang diramalkan oleh para pengkritik politik pada tahun 2000 mengenai kualiti dan perwatakan beliau, Hisham mengeluarkan kenyataan akhbar dan mengubah pendirian beliau terhadap para penunjuk perasaan ini.
http://www2.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/36789?task=view
Hisham kini terus didesak untuk meletakkan jawatan. Kali ini oleh para NGO menerusi sepucuk surat terbuka. http://www.mysinchew.com/node/28966
Persoalannya, mampukah Hisham bertahan dan mampukah Najib menghadapi pelbagai isu yang timbul disebabkan oleh para Menteri beliau?
November nanti, ada yang meramalkan Najib akan membuat rombakan pada kabinet beliau. Jawatan Menteri Dalam Negeri adalah satu jawatan penting dalam Kabinet.
Sudah pasti pada masa ini Najib sudah mendapat gambaran jelas siapa yang efektif dan siapa yang tidak dalam kabinet beliau dan siapa yang banyak menimbulkan isu yang mungkin menggagalkan beliau mengembalikan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional.
Selepas 100 hari, Najib kini lebih dilihat sibuk menangani isu daripada mempromosikan agenda beliau. Isu penapisan internet, isu sebat, isu konsert, isu kepala lembu, isu Ong Tee Keat menerima RM10 juta, isu Michael Learns to Rock, isu kalah di Permatang Pasir, isu Samy Vellu, isu Murugiah, jelas membayangi agenda-agenda Najib buat masa ini.
Apa yang pasti Najib akan melihat kembali apa sumbangan sepupunya Hisham dalam menjayakan agenda beliau bila tiba November nanti.
Saturday, September 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Hishamudin patut meletak jawatan
terbukti dia seorang pemimpin yang pengecut dan tidak berkaliber dengan pelbagai isu gagal ditangani dengan bijak.Contohnya PPSMI ,isu keris dan
UMNO Terengganu ia gagal menangani
dengan bijak.
Post a Comment