Sunday, November 23, 2008

RAFIDAH vs SHAHRIZAT: PERANG KATA-KATA

TUTUR kata seorang ahli politik adakalanya penuh kiasan dan adakalanya penuh kilasan.

Tutur kata ini menjadi catatan sejarah seperti mana ketika Anwar Ibrahim membuat keputusan mencabar Allahyarham Tun Ghafar Baba dulu.

Begitu juga dengan tutur kata Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang pemerintahan Pak Lah sehinggakan ada yang menganggap tutur kata Tun menjadi duri dalam daging buat Pak Lah.

Mac nanti akan ada satu lagi lakaran sejarah. Rafidah Aziz akan ditentang buat kali kedua. Beliau pernah tewas kepada Siti Zaharah Sulaiman dulu.

Hari ini, Rafidah dan Shahrizat memberi pandangan masing-masing kepada Mingguan Malaysia kenapa mereka mengambil keputusan bertanding.

Antara tuturkata mereka:

RAFIDAH AZIZ: Ada kawan-kawan kata kenapa nak buat peralihan, teruskan saja. Saya kata saya insaf, saya ni 65 tahun, Shahrizat pun kata dia dah umur 55, dalam exco pun dia kata, sudah jadi naib ketua selama lapan tahun, bila begitu saya pun terasa juga. Saya dengar juga ada segelintir Wanita kata buat apa nak sokong kak Rafidah, dia bukan menteri lagi. Baru-baru ini seorang ketua Wanita bahagian menganggap saya Quran buruk, bila dah macam itu saya pun insaflah, demi parti saya akan buat kerja enam bulan dan setelah semuanya disusun dengan elok maka saya akan serahkan jawatan

SHAHRIZAT JALIL: Saya telah berazam walau apa pun yang terpaksa saya harungi, Rafidah adalah orang yang saya hormat. Beliau pangkat kakak dan ketua saya. Sebab itu jangan kita memfitnah, kita mesti menghormati.

Untuk artikel penuh interbiu Mingguan Malaysia dengan Rafidah dan Shahrizat, layari: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

4 comments:

Anonymous said...

Orang politik kebanyakannya hipokrit. Contoh anwar ibrahim. Rafidah dan Shahrizat pun sama2 hipokrit

mamasita said...

Hai Jelapang.If only you kenal Kak Ijat..shes not a hypocrite at all..she always tries hard to be nice to everybody and she did not betray Rafidah at all.But when circumstances change,kenalah dia buat apa yang patut even though kena condemn hard by Tan Sri Rafidah.The will of the Wanita wing comes first..many of them nak a change in the helm and Kat Ijat lah jadi their 'ayam sabung'.She is willing to sacrifice her political career.Kesian dia.Sokonglah Sharizat!Thanks.

Mohammad Roslan said...

Salam,

Pompuan dalam UMNO inilah kembalikan semangat ahli parti dan pengundi di serata pelusuk kampung negara ini.Wanita UMNOlah pendukung kuat UMNO di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang berani memasuki kawasan kubu kuat Pembangkang dan merayu undi...tatkala semua pemuda-pemuda Umno yang mcm kelibat panglima di atas pentas dengan menghunus keris dan cium... kecut telur.

Mamak cuma terkilan kerana gula semut binasa...kerana pangkat UMNO wanita ini jangalah binasa.Pak Lah atau MT UMNO perlu ambil berat tentang perkara ini dan damaikan semua pihak wanita.Pak Lah jangan pula lari dari hakikat sebenar yang UMNO akan merasai risiko yang besar kalau perkara ini berlanjutan.Tlg Pak Lah jangan tidur lagi....buka mata dan ambil tindakan segera.jangan berdendam.kerana ia kan makan diri dan Parti nanti!.Wassalam.

Anonymous said...

Baik Rafidah atau Shahrizat tak sesuai jadi calon Ketua Wanita Umno. UMNO perlu mempunyai Ketu Wanita yang kuat yang boleh mempastikan kemenangan parti dan juga di segani oleh ahli umno atau pembangkang. Macamana Rafidah nak pertahankan jawatan ketua wanita sedangkan dibawah pimpinan RAFIDAH UMNO kalah 5 negeri termasuk negeri dia sendiri iaitu PERAK. Yang SHAHRIZAT pulak kalah di Lembah Pantai oleh budak mengigus anak Anuar Ibrahim termasuk negeri dia Wilayah Persekutuan. Ini tidak termasuk bila dia bawa wanita umno ke Permatang Pauh berkempen dan berjihad menentang PKR (Anuar Ibrahim) dan juga tak berjaya.Jadi dua dua calon wanita ini baik Rafidah atau Shahrizat memang tak sesuai dari itu kena bagi calun wanita yang lain baru dan berwibawa yang tak ada track rekod yang kalah. Baru ada uumph untuk umno menang di PRU13 nanti.