Showing posts with label najib perdana menteri. Show all posts
Showing posts with label najib perdana menteri. Show all posts

Wednesday, June 15, 2016

ALANGKAH BAIKNYA JIKA KITA TAHU KANDUNGAN BEG YANG DIBAWA ROSMAH TEMPOH HARI



VIDEO isteri Najib Razak, Rosmah Mansor, menaiki jet eksklusif, bersama beberapa beg, sudah menjadi tontonan jutaan rakyat.

Sehingga hari ini, belum diketahui apa isi beg-beg tersebut.

Kurang bernasib baik untuk kita kerana pekerja yang mengangkatnya tidak menoreh beg tersebut.

Jika ditoreh mungkin isu ini sudah selesai. Jika isinya terburai jatuh dan berterbangan semasa menaiki tangga kapalterbang, ianya tidak lagi menjadi tandatanya apa isi beg tersebut.

Tidak kira di mana, baik di surau, masjid, Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ramai asyik meneka-neka apa kandungan beg tersebut.

Tidak baik menfitnah di bulan Ramadan ini. Tetapi ramai meneka ianya wang, tetapi Jelapang anggap ianya fitnah.

Mungkin satu beg mengandungi anak telekung. Satu beg telekung dan satu lagi penuh dengan sejadah.

Maklumlah wanita pertama. Pakaian sembahyang pun perlu pakai sekali sahaja - kena tukar-tukar.

Alangkah baiknya jika kita tahu akan kandungan beg tersebut. Jika benar ianya kain baju, maka senang jentera pilihanraya bekerja.


Berikut kenyataan yang di buat oleh Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli baru-baru ini.


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan video bagaimana isteri perdana menteri Datin Serti Rosmah Mansor sedang menaiki jet mewah pribadi dan membawa naik banyak beg-beg besar ke dalam pesawat.

Rafizi membuat pendedahan ini selepas pegawai Rosmah mengesahkan secara terbuka bahawa beliau telah menggunakan jet peribadi ACJ319 A6-CJE yang dibayar oleh rakyat untuk menerima satu anguerah di Turki.

Para petugas membawa naik beg-beg besar ke dalam jet mewah yang dinaiiki Rosmah.Beliau juga tidak menafikan bahawa anak beliau, Nooryana Najwa Najib juga telah menaiki jet tersebut dan ditanggung oleh rakyat.

"Hari ini saya paparkan rakaman video Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat tersebut sebagai bukti lanjut," kata Setiausaha Agung PKR itu dalam satu kenyataannya sambil mendedahkan video tersebut.

Rafizi melontar soalan-soalan yang wajar dijawab oleh Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku perdana menteri ekoran video ini.

1. Berapa orang pegawai yang mengiringi Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat tersebut?

2. Kenapa beg-beg besar tidak disimpan di bahagian simpanan beg (“luggage”) sedangkan ini adalah jet peribadi dan ada ruang yang besar dan selesa untuk menyimpan beg-beg besar tanpa mengganggu keselesaan di dalam pesawat? Apa guna menyewa jet peribadi mewah tetapi ruang mewah dipenuhi dengan beg-beg besar?

3. Berapa beg-beg besar yang dibawa menaiki pesawat dan disimpan di ruang mewah?

4. Siapa pemilik beg-beg besar ini?

5. Apa kandungan beg-beg besar ini?

6. Adakah beg-beg besar ini membawa wang tunai? Jika ya, adakah pengisytiharan membawa keluar wang tunai telah dibuat dengan pihak berkuasa yang sewajarnya?

"Ini adalah soalan-soalan yang akan bermain di fikiran rakyat apabila mereka meneliti rakaman video ini," kata Rafizi yang juga naib presiden PKR itu dalam kenyataannya.

Rafizi dalam sidang media mengenai jet Rosmah di Kuala Kangsar hari ini. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Bagi beliau, Rosmah tidak boleh memberi alasan beliau tidak perlu memberi jawapan kerana apabila perjalanan dan sebahagian dari kegiatan beliau ditanggung oleh rakyat, maka rakyat berhak untuk mengetahui setiap perkara yang dibuat secara telus dan benar.

"Saya telah menanyakan beberapa professional yang telah berkhidmat lama di dalam industri penerbangan. Mereka sependapat bahawa adalah janggal untuk menyewa sebuah jet peribadi tetapi tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan dengan membawa naik beg-beg besar ke dalam ruang mewah pesawat sehingga boleh mengganggu keselesaan penumpang yang membayar sewa yang mahal," katanya.

Oleh itu, katanya, adalah adil untuk beliau bertanyakan soalan ini:

"Apakah kandungan di dalam beg-beg besar itu yang sangat berharga hingga ia perlu dibawa ke dalam ruang mewah pesawat?"

Saturday, June 20, 2015

NAZRI AKAN BERDIAM DIRI, TAK AKAN PERTAHAN NAJIB. JANGAN TUDUH MUHYIDDIN & SHAFIE TENTANG NAJIB

Image result for nazri+aziz+playboy

NAZRI AZIZ bijak dalam mencari publisiti. Itu kita kena akui. Selepas kenyataan beliau hendak "belasah" Tengku Mahkota Johor, kali ini Nazri membuat kenyataan seolah-olah beliau TIDAK AKAN MEMPERTAHANKAN NAJIB RAZAK dari serangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dulu apabila saya MEMPERTAHANKAN Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi), saya dikutuk dan dimarahi oleh Umno katanya saya kurang ajar. Saya tak hormat.

"Memandangkan suasana sekarang berubah (dari zaman Pak Lah) di mana seluruh Umno melawan Dr Mahathir, saya akan hanya MELIHAT dari tepi gelanggang. Kerana itu kebebasan beliau (Tun Dr Mahathir) bersuara. Bila Tun mengkritik (Najib), saya akan DIAM kerana itu kebebasan beliau bersuara."


Jelapang: Maknanya Nazri tidak akan mempertahankan Najib dan ia juga bermaksud Tun Dr Mahathir berhak mengkritik Najib dalam isu-isu pentadbiran negara.


Nazri juga mendesak supaya dihentikan TUDUHAN bahawa Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal menentang Najib berikutan isu 1MDB.

Kata Nazri: "Itu pandangan Muhyiddin. Media mahukan ahli politik menunjukkan keikhlasan, bila kita melakukannya, media kata kita anti-Najib.

"Muhyiddin bimbang, saya juga bimbang dan Shafie juga bimbang. Tiga individu yang mempunyai tiga stail berlainan."


Jelapang: Kesimpulannya Muhyiddin, Shafie dan Nazri satu GENG.




http://www.malaysiakini.com/news/302425




Sunday, February 15, 2009

NAJIB vs ANWAR DALAM "PERANG DUA BUKIT"!


Husin Lempoyang menyifatkan pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebagai "Perang Dua Bukit".
Bekas orang media, A.Kadir Jasin pula berkata kematian Ahli Parlimen Pas Bukit Gantang Roslan Shaharum dan perletakan jawatan V.Arumugam di Bukit Selambau disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai "sudah jatuh ditimpa tangga dan ada pula yang mengatakan pucuk dicita ulam mendatang."
Keputusan Suruhanjaya Pilihanraya untuk mengadakan pilihanraya kecil ini pada 7 April dipertikaikan oleh Lim Kit Siang yang menyifatkan SPR sebagai "badan yang cukup taat kepada Umno".
Ramai dapat mengagak kenapa SPR perlu menunggu lebih dari sebulan untuk mengadakan pilihanraya kecil ini, satu keputusan yang jarang lakukan.
Apa pun pilihanraya kecil ini akan hanya diadakan pada 7 April dan penamaan calun pada 29 Mac. Apa signifikannya 7 April?
* Seperti yang dinyatakan Lim Kit Siang, SPR memenuhi kehendak Umno agar tumpuan dapat diberikan kepada pemilihan pucuk pimpinan Umno di mana 2,483 perwakilan dan 49 ahli Majlis Tertinggi bakal memilih Timbalan Perdana Menteri yang baru dan bakal-bakal pemimpin negara.
Maka apabila pilihanraya kecil diadakan pada 7 April nanti, Pak Lah bukan lagi Perdana Menteri dan Najib Razak bukan lagi Timbalan Perdana Menteri. Presiden Umno, Pengerusi BN dan Perdana Menteri akan disandang oleh Najib. Mengikut amalan Umno, kempen pilihanraya diterajui oleh Timbalan Presiden. Oleh itu, Muhyiddin, Ali Rustam atau Mat Taib bakal menjadi jeneral pilihanraya di kedua-dua pilihanraya kecil ini.

** Pilihanraya ini akan dijadikan gelanggang oleh Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan maruah Pakatan Rakyat yang kini diserang habis-habisan Umno dengan melabelkannya "Pakatan derhaka Sultan".
Anwar bukan calang-calang orangnya. Pendendam orangnya. Yang pasti, Anwar akan menggunakan peluang ini untuk menyerang Najib dan kali ini Najib akan diserang ketika beliau penyandang jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Mengenali Anwar, serangan-serangan ini akan berbentuk peribadi seperti mana yang dilakukannya terhadap Najib sebelum ini.
Bagaimanapun, Najib mempunyai kekuatannya sendiri. Pada 10 Mac, Najib akan membentangkan pakej rangsangan ekonomi kedua dan sudah pasti beberapa "gula-gula" akan diberikan kepada rakyat yang pasti akan mempengaruhi serba sedikit pandangan pengundi dan sudah tentu boleh dijadikan sedikit "modal" oleh Umno semasa kempen nanti.
Najib tidak mungkin akan mengumumkan senarai Kabinet yang baru sebelum 7 April. Mengenali perangai pemimpin-pemimpin Umno, maka ramailah yang akan cuba "menunjuk-nunjuk" kepada Najib bahawa dia bekerja kuat semasa pilihanraya kecil ini dengan harapan disenaraikan di dalam Kabinet baru. Maka Pakatan Rakyat akan berhadapan satu jentera BN yang cukup sasa untuk mempertahankan kedua-dua kerusi ini.
*** Pilihanraya kecil ini penentu masa depan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Jika kalah Pakatan Rakyat, maka jelaslah yang seperti digembar-gemburkan BN bahawa rakyat tidak dapat menerima tindak-tanduk pembangkang yang digambarkan sebagai penderhaka Sultan.
Tetapi jika BN tewas, maka jelaslah bahawa BN, jika tidak berhati-hati, berada diambang kemusnahan. Maka akan ada anggapan bahawa tindakan Umno merampas Perak dari Pakatan Rakyat tidak dapat diterima oleh rakyat seperti mana kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center dan perubahan pucuk pimpinan Umno yang tidak memberi sebarang kesan positif di hati pengundi.
Kalau ketika Pak Lah mengambil alih sebagai Perdana Menteri, beliau cukup popular sehingga menang besar dalam sejarah politik negara. Malahan suasana yang sama ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mula-mula menjadi Perdana Menteri. Sekiranya, BN tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, maka jelaslah trend politik ini tidak akan berulang untuk kali ini.

**** Kalau dilihat kepada keghairahan Umno hari ini, tidak salah kalau kita simpulkan bahawa Umno terlupa kepada undi kaum Cina dan India juga penting untuk memenangi kerusi Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Kes Kugan dan cara kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dijatuhkan sudah pasti dijadikan agenda utama oleh Anwar untuk memancing undi kaum Cina dan India yang mempunyai kuasa politik yang cukup signifikan di kedua-dua kawasan.
Itulah sebabnya, pemimpin MIC, MCA dan Gerakan membisu seribu bahasa kerana mereka tahu ada tindak-tanduk Umno dan kerajaan yang tidak dapat diterima oleh pengundi Cina dan India.
Apapun, keputusan pilihanraya kedua-dua kerusi ini bakal menentukan halatuju kedua-dua perikatan.
Adakah Anwar akan bertambah kuat, atau Najib terpaksa mengharungi cabaran getir dalam sejarah Umno.