Showing posts with label mahdzir khalid. Show all posts
Showing posts with label mahdzir khalid. Show all posts

Wednesday, April 15, 2020

SIAPA TEKAN MUHYIDDIN LANTIKAN AHLI PARLIMEN UMNO JADI PENGERUSI GLC?

Image

APABILA melihat poster ucapan TAHNIAH kepada Mahdzir Khalid di atas "perlantikan" sebagai Pengerusi Telekom Malaysia, terkenang kepada perbicaraan kes SOLAR di mahkamah apabila Mahdzir di soal oleh Peguam Rosmah Mansor, Jagjit Singh.

Ia seperti berikut:

Jagjit: Pada awalnya anda meminta sebanyak 20 peratus menjadikan jumlah yang diminta RM250 juta, namun dikurangkan kepada RM60 juta?

Mahdzir: Tidak setuju

Mendengar jawapan ‘tidak bersetuju’ terhadap semua soalan yang dikemukakannya, Jagjit bertindak meninggikan suara dan mencadangkan bahawa Mahdzir adalah seorang menteri yang menyeleweng.

Mahdzir bagaimanapun dilihat tenang dan sekali lagi menjawab tidak bersetuju dengan cadangan Jagjit.

Tahniah kepada Muhyiddin Yassin, katanya anak orang agama, memilih ahli parlimen seperti ini untuk dijadikan panduan oleh kakitangan TM.

 Image may contain: 6 people, text that says ""Semua MP Kerajaan akan dilantik ketuai GLC" Takiyuddin Hassan- BAKAL DILANTIK: SKANDAL 1MDB RM6.6 BILION BILION SKANDAL FELCRA RM2.8 JUTA SKANDAL AKAL BUDI RM72 JUTA SKANDAL TABUNG HAJI RM144.6 JUTA SR SKANDAL RMM RM3 JUTA"

Kita sudah melihat sebelum ini kegiatan songsang yang dilakukan oleh puak-puak ahli parlimen terdahulu ketika dilantik sebagai Pengerusi GLC TETAPI nampaknya lebih penting buat Muhyiddin ialah mengekalkan kuasa.

Jika benar Mahdzir dilantiik sebagai pengerusi TM, tak salah kalau Muhyiddin nak lantik Azeez Rahim semula ke Tabung Haji - kuasa di tangan Muhyiddin.

Kadang-kadang kita terfikir juga. Siapa yang berkuasa sekarang ini?

Muhyiddin atau Umno? Kerana nampak seolah-olah Umno memaksa Muhyiddin melantik Ahli Parlimennya menjadi Pengerusi GLC.


Friday, July 5, 2019

RIZA AZIZ: AKHIRNYA ANAK TIRI KESAYANGAN NAJIB KE MAHKAMAH

Riza Aziz frolics with Leonardo DiCaprio and Margot Robbie on the red carpet.

AKHIRNYA anak Rosmah Mansor dan anak tiri Najib Razak didakwa di mahkamah atas pertuduhan pengubahan wang haram.

Lebih setahun kita menunggu untuk melihat tindakan undang-undang di ambil terhadap pengkhianat bangsa dan negara ini.

Tahniah kepada Latheefa Koya.

Kita harap ramai lagi pemimpin-pemimpin yang mengkhianati rakyat diadili di mahkamah.

Kes Mara, Felcra semasa dibawah Tajuddin Rahman, beras ST15, benih dan baja padi, YAPEIM, lembu condo dan macam-macam lagi jangan dilupai.

Inilah masanya Latheefa berjasa pada rakyat dan negara. Jawatan tersebut adalah peluang untuk beliau membersihkan negara.

Tidak mengejutkan kalau esok lusa Annuar Musa dan Ismail Sabri pula diheret ke mahkamah. Begitu juga bekas-bekas Menteri seperti Jamil Khir, Mahdzir Khalid, Nazri Aziz dan lain-lain.

Hari ini kita terbaca kes anak tiri Najib melibatkan lebih RM1,000,000,000 (RM1 bilion).

Pada usia 49 tahun, anak Rosmah ini sudah pun bermain-main dengan duit bilion-bilion dan berjudi di Vegas.

Kita kenal Vegas melalui peninju Muhammad Ali yang selalu bertarung di gelanggang di Vegas dan filem Casino dimana pelakun utamanya Robert De Niro.

Tetapi lain dengan anak Rosmah ini. Beliau benar-benar berhibur di tanah Vegas. 

https://www.abc.net.au/news/2019-07-05/wolf-of-wall-street-producer-arrested-in-malaysia/11281192



Riza Aziz dituduh seleweng RM1.026b duit 1MDB

Anak tiri bekas Perdana Menteri, Riza Aziz tiba di Makahmah Seksyen Kuala Lumpur atas pertuduhan penggubahan wang haram. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Pengasas syarikat pembikinan filem Hollywood, Riza Shariz Abdul Aziz, 49, mengaku tidak bersalah ke atas lima pertuduhan membabitkan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM1.026 bilion, di Mahkamah Sesyen Jenayah 8, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pagi ini.

Beliau, yang juga anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minta dibicarakan ke atas kelima-lima pertuduhan, yang dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Selepas mendengar hujah daripada barisan Pendakwaraya yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, dan ketua peguambela Datuk Hariharan Tara Singh, Rozina membenarkan Riza diikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua penjamin, dan passport diserahkan kepada mahkamah.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Riza didakwa melibatkan diri dalam aktiviti penggubahan wang haram, iaitu menerima wang sejumlah AS$D1.14 juta (RM4.72 juta) dan AS$9 juta (RM37.2 juta) dari Good Star Limited melalui akaun Red Granite Pictures.

Bagi pertuduhan ketiga, keempat dan kelima, beliau didakwa menerima wang sejumlah AS$133 juta (RM550 juta), AS$60 juta (RM248 juta) dan AS$45 juta (RM182 juta) dari Aabar Investment PJS Ltd melalui akaun Red Granite Capital Ltd.

Setiap pertuduhan dibaca di bawah akta Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta yang sama.

Sekiranya disabit bersalah, setiap pertuduhan boleh dikenakan denda RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Rozina menetapkan 9 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.


Sunday, June 10, 2018

NAJIB KAYAKAN TUANPUNYA SYARIKAT KERETA SEWA BINTULU

Image result for najib rosmah

HARI ini terdedah satu lagi skandal melibatkan projek solar untuk sekolah-sekolah di Sarawak melibatkan kos berjumlah RM1.25 BILION (RM1,250 JUTA).

Berikut intipati skandal tersebut.

1. Projek ini dianugerahkan oleh Najib Razak kepada syarikat SEWA KERETA dari Bintulu, Sarawak.

2. Nilai projek RM1.25 bilion.

3. Arahan dibuat melalui surat dari Najib untuk melangkau peraturan ketat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

4. Najib mengarahkan bayaran dibuat kepada syarikat sewa kereta ini walaupun ia gagal mematuhi beberapa syarat kontrak yang ditetapkan.

5. Pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan yang tidak berpuashati dengan projek ini diTUKARkan.

6. 18 bulan selepas kontrak ini dipersetujui, tiada satu unit solar pun dipasang di sekolah.

7. Pemilik syarikat sewa kereta ini menjadi jutawan sekelip mata dengan pertolongan Najib.

Letter from Education Minister last July to Najib requesting rules be by-passed on the billion ringgit contract

Letter to Najib from Jepak Nov 11th 2016

Arahan-arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Najib.

Laporan penuh di link ini:  http://www.sarawakreport.org/2018/06/najib-signed-off-hundreds-of-millions-on-scam-solar-project-for-sarawak-schools/


https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/53819


http://www.sinarharian.com.my/nasional/didakwa-lulus-projek-solar-rm1-25b-tanpa-tender-terbuka-1.844643


Monday, March 27, 2017

CIKGU PULA KENA "SOUND"

Edisi Selangor & Kuala Lumpur

INI era "KENA SOUND".

Tan Sri Muhyiddin Yassin "kena sound".

Shafie Apdal "kena sound".

Mukhriz Mahathir "kena sound".

4 hari lepas anggota polis bawahan "kena sound" dengan bos mereka, Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed.

Semalam giliran CIKGU "kena sound" dengan bos mereka, Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/guru-aktif-kutuk-kerajaan-dinasihatkan-berhenti-kerja-1.649526


Friday, October 28, 2016

CUKUP-CUKUPLAH KERAJAAN "BERNIAGA" DENGAN RAKYAT

Image result for najib+makan+mewah
CUKUP-cukuplah Kerajaan BERNIAGA dengan rakyat. 

Cukup-cukuplah kerajaan, mentang-mentang orang Melayu tak kisah, memerah rakyat TANPA belas kasihan.

Surat di bawah ini ditunjukkan oleh seorang sahabat yang amat bersimpati dengan pelajar miskin.

Menurut surat yang diedarkan awal tahun ini, pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan untuk pelajar MISKIN dikurangkan sebanyak 20 hari, dari 190 hari kepada 170 hari untuk 2016.

TERGAMAK kerajaan pimpinan Najib mengurangkan makanan untuk pelajar miskin.

Apa yang mereka makan? Lihat dua menu di bawah. 
 Berapa kos makanan ini? RM1.50. Ya, SERINGGIT LIMA PULOH SEN SAHAJA!

Jelapang difahamkan, di Sabah Sarawak, kosnya mungkin lebih sedikit - RM2 sehari.

BERGILIR-GILIR Menteri Kabinet Najib membuat kenyataan ekonomi negara kukuh.

Malangnya untuk memberi makan RM1.50 sehari kepada pelajar miskin pun Kerajaan boleh kurangkan.
Sejak akhir-akhirnya, Jelapang nampak kerajaan "BERNIAGA" dengan rakyat.

Tolak sana, ambil sini. Bagi BR1M, tapi naikkan harga minyak masak, potong jumlah makanan kepada pelajar miskin, hentikan pengambilan untuk dua sesi pelajar untuk Institut Latihan Perindustrian.

Jelapang boleh senaraikan apa yang diNIAGAKAN oleh Kerajaan dengan rakyat.

Tetapi mengurangkan makanan kepada pelajar miskin adalah satu "PERNIAGAAN" melampau oleh Najib dan Kerajaan.

Siapa penerima makanan di sekolah ini?

Mereka ialah:

Murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.
Kadar dan Peruntukan

Kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah RM 1.80 sehari bagi murid di Semenanjung dan RM 2.05 sehari bagi Sabah, Wilayah Persekutuan dan Sarawak mulai 1 Mac 2007. Kadar ini dikira berdasarkan kos bahan mentah di pasaran dan tidak mengambil kira keperluan perkhidmatan, bahan api dan minuman. Program ini dilaksanakan sepanjang 190 hari persekolahan dalam setahun.

Penerimanya adalah pelajar yang ibubapanya berpendapatan RM400 sebulan.

Kalau inilah yang dilakukan oleh Kerajaan, tak perlulah Najib bercakap mengenai visi 2050.

Dan hentikanlah "BERNIAGA" dengan rakyat. 

Rakyat tidak mampu makan besar seperti mana puluhan hidangan di hadapan pemimpin seperti Najib dan Rosmah Mansor.

Untuk pengetahuan Najib, seluruh negara bercakap mengenai seorang bapa di Pulau Pinang memBUNUH DIRI kerana tekanan hidup ketika pemimpin atasan bersuka ria dan MAKAN BESAR.

Itulah nasib rakyat sekarang ini.
 

Wednesday, August 24, 2016

AGENDA MENTERI PENDIDIKAN: PERANGI JAMBAN KOTOR

Mahdzir-Khalid_tandas-sekolah_600

“Segmen kebersihan ini akan menjadi agenda nasional juga… tetapi bukan dengan (melaksanakan) hukuman dan sebagainya. Kita hendak dengan (secara) sukarela (semua pihak) menjaga kebersihan (tandas)." - Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid.  http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/23/kebersihan-tandas-sekolah-jadi-agenda-nasional/

Jelapang pernah diutarakan satu soalan. "Menteri Pendidikan yang ada ini setakat jaga jamban, pagar sekolah, suhu bilik darjah, jerubu dan isteri siapa jauh dari suami saja ke? Bukan kah tanggungjawab Menteri Pendidikan menaikkan taraf kualiti pendidikan negara? Bukan kah kerja-kerja jaga jamban bersih ini kerja pengarah pendidikan dan pengetua sekolah?"

Ketika Mahdzir semalam bercakap mengenai agenda beliau membersihkan jamban, di Australia, Kementerian Pendidikannya bercakap mengenai pencapaian akademik pelajar tahun 9.

Di Britain, Kementerian Pendidikannya sedang melihat bagaimana untuk mengatasi jurang kualiti pendidikan antara golongan kaya dan golongan kurang berkemampuan kerana kajian menunjukkan kemampuan pelajar keluarga luar kemampuan hanya 1/8 dari kebolehan pelajar kaya.

Tetapi kalau di Malaysia, Mahdzir memilih hendak mengambil tahu jamban sekolah bersih atau tidak, itu pilihan dia.

Di Malaysia, perangai Menteri, apabila seseorang mengambil alih, dasar lalu di bakul sampahkan.

Semasa Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pendidikan ada juga terdengar mengenai dasar ICT dan sebagainya.

Setakat ini kita hanya dengar cerita jamban, pagar sekolah, suhu bilik darjah dan jerubu.

Terkenang Jelapang kepada kehebatan Menteri-Menteri Pendidikan yang lalu.


1. Tun Razak
2. Khir Johari
3. Rahman Talib
4. Hussein Onn
5. Mahathir Mohamad
6. Musa Hitam
7. Sulaiman Daud
8. Anwar Ibrahim
9. Musa Mohamad

Rasanya Mahdzir serba maklum akan legasi mereka.

Monday, June 27, 2016

ROMBAKAN KABINET HARI INI?

Image result for hamzah zainuddin

Ramai yang memperkatakan mengenai rombakan Kabinet kononnya akan diumumkan hari ini.

Jika mengikut kenyataan Najib Razak pada Mei lepas, beliau mengunakan perkataan "pengstrukturan semula" Kabinet.

Image result for najib+twitter+rombakan+kabinet

Banyak kekosongan yang perlu diisikan kali ini. Jelapang ingin memberikan sedikit pandangan mengenai Menteri-Menteri yang ada sekarang ini.

1. Hamzah Zainuddin 
Beliau menggantikan Hassan Malek sebagai Menteri Kepenggunaan. Kadang-kadang terasa elok diberikan semula jawatan tersebut kepada Hassan Malek.

Dari banyak perkara yang Hassan Malek cakapkan dan dijadikan bahan jenaka, ada juga kesungguhan beliau bekerja.

Hamzah, entah apa yang dibuatnyua. Seringkali pengumuman dibuatnya di Pejabat Menteri dengan bertali leher bukan di pasar-pasar ikan.

Hanya satu kenyataan Hamzah yang kita ingat. Ikan di pasar Indonesia lebih mahal dari di Malaysia. Rasanya ada baiknya Hamzah menjaga harga ikan di pasar di Malaysia dari menyemak harga ikan di pasar Indonesia.

Image result for shabery cheek

2. Shabeery Chik

Nampak seolah-olah Ismail Sabri lebih baik sebagai Menteri Pertanian. Baik sedikit dari Hamzah, tak jelas arah tuju Kementerian Pertanian.

Entah apa yang dilakukan oleh Shabery di sana.



3. Mahdzir Khalid

Pada peringkat awal, sebagai bekas guru, Mahdzir kelihatan sesuai sebagai Menteri Pendidikan. Menyelesaikan isu guru dipisahkan dari suami.

Tetapi ini salah Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berjanji berkali-kali hendak menyelesaikan isu ini, tetapi tidak selesai.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan pun tidak buat kerja. Masalah ini, masalah pentadbiran. Kerja Ketua Pengarah Pendidikan bukan kerja Menteri.

Bagaimanapun tahniah kepada Mahdzir yang telah menyelesaikan masalah ini.

Malangnya setakat ini, kita tak nampak arah mana Mahdzir ingin membawa sistem pendidikan ini.

Kementerian Pendidikan amat PENTING. Pendidikan yang akan membentuk generasi akan datang.

Setakat ini, nampaknya Mahdzir tiada visi untuk pendidikan negara.

Seperkara lagi, ramai di akar umbi berkata Mahdzir lebih tumpukan kepada berpolitik untuk bertanding Naib Presiden Umno selepas PRU-14 dari kerja Pendidikan.

Itu Jelapang tidak tahu. Itu cakap-cakap di akar umbi.

Image result for idris jusoh

4. Idris Jusoh.

Baru minggu lepas Jelapang perasan Idris Jusoh adalah seorang Menteri apabila terpandang satu gambar beliau di Facebook.

Image result for salleh said keruak

5. Saleh Said Keruak.

Saleh nampak silap tafsir bidang kerja sebagai Menteri Komunikasi. Nampaknya Saleh menganggap mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad sudah cukup untuk memenuhi KPI beliau sebagai Menteri Komunikasi.

Agaknya, Saleh lupa apa tanggungjawab Menteri Komunikasi. Jika lupa, Saleh boleh rujukan kepada sejarah latarbelakang Menteri-Menteri Penerangan yang lalu seperti Mohamed Rahmat atau Kadir Sheikh Fadzir.

Entah apa yang dibuat oleh Saleh di Kementerian tersebut. Lihatlah betapa bermaharaja lelanya Astro.

Dulu tak ada iklan, sekarang dah bersempah dan mahal pula harga langganannya. Ada pula channel yang ditutup sesuka  hati dan ada channel yang dikenakan bayaran tambahan.



6. Mustapha Mohamed

Rasa jemu tengok Mustapha Mohamed di kaca TV. Dah lama sangat jadi Menteri dan bercakap benda yang sama sahaja. Menteri-Menteri yang jauh lebih muda dari beliau pun sudah meninggalkan Kabinet dan merasai apa erti kehidupan.

 Image result for tengku adnan menteri wilayah

7. Teuku Adnan Mansor

Kesian Teuku Adnan apabila video insiden seluar terlondeh di Sungai Besar di viralkan.

Ada komen-komen jenaka dibuat. "Sampai dah terlondeh seluar pun masih nak jadi Menteri."

Katanya beliau pun tidak sihat. Tidak mengapalah. Ahli politik di Malaysia sekarang, selagi ada nyawa, jawatan mesti dipertahankan. Kalau perlu buat mesyuarat atas katil hospital pun tidak mengapa. 

Friday, August 21, 2015

AHLI PARLIMEN TEMUI TUN MAHATHIR NYATAKAN ADA BUKTI SALAHLAKU NAJIB, KINI BERTARAF MENTERI?

TULISAN terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad: "Malah mereka telah datang kepada saya untuk mengadu tentang pentadbiran Najib sebelum ini, apabila DIBERI JAWATAN dalam kerajaan beliau, kini telah BERUBAH pendirian mereka. Salah SEORANG daripada mereka yang mendakwa MEMPUNYAI BUKTI DOKUMENTARI (BERTULIS) SALAH LAKU Najib, kini dengan senang hati menyokong beliau (Najib) setelah diJADIKAN MENTERI."

http://chedet.cc/?p=1835

Jelapang: Siapakah Menteri Baru ini yang bertemu Tun Dr Mahathir dan menyatakan mempunyai bukti salah laku Najib? Semuga Tun Mahathir sudi menDEDAHKAN nama Menteri tersebut.