Showing posts with label Latheefa Koya. Show all posts
Showing posts with label Latheefa Koya. Show all posts

Friday, July 5, 2019

RIZA AZIZ: AKHIRNYA ANAK TIRI KESAYANGAN NAJIB KE MAHKAMAH

Riza Aziz frolics with Leonardo DiCaprio and Margot Robbie on the red carpet.

AKHIRNYA anak Rosmah Mansor dan anak tiri Najib Razak didakwa di mahkamah atas pertuduhan pengubahan wang haram.

Lebih setahun kita menunggu untuk melihat tindakan undang-undang di ambil terhadap pengkhianat bangsa dan negara ini.

Tahniah kepada Latheefa Koya.

Kita harap ramai lagi pemimpin-pemimpin yang mengkhianati rakyat diadili di mahkamah.

Kes Mara, Felcra semasa dibawah Tajuddin Rahman, beras ST15, benih dan baja padi, YAPEIM, lembu condo dan macam-macam lagi jangan dilupai.

Inilah masanya Latheefa berjasa pada rakyat dan negara. Jawatan tersebut adalah peluang untuk beliau membersihkan negara.

Tidak mengejutkan kalau esok lusa Annuar Musa dan Ismail Sabri pula diheret ke mahkamah. Begitu juga bekas-bekas Menteri seperti Jamil Khir, Mahdzir Khalid, Nazri Aziz dan lain-lain.

Hari ini kita terbaca kes anak tiri Najib melibatkan lebih RM1,000,000,000 (RM1 bilion).

Pada usia 49 tahun, anak Rosmah ini sudah pun bermain-main dengan duit bilion-bilion dan berjudi di Vegas.

Kita kenal Vegas melalui peninju Muhammad Ali yang selalu bertarung di gelanggang di Vegas dan filem Casino dimana pelakun utamanya Robert De Niro.

Tetapi lain dengan anak Rosmah ini. Beliau benar-benar berhibur di tanah Vegas. 

https://www.abc.net.au/news/2019-07-05/wolf-of-wall-street-producer-arrested-in-malaysia/11281192



Riza Aziz dituduh seleweng RM1.026b duit 1MDB

Anak tiri bekas Perdana Menteri, Riza Aziz tiba di Makahmah Seksyen Kuala Lumpur atas pertuduhan penggubahan wang haram. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Pengasas syarikat pembikinan filem Hollywood, Riza Shariz Abdul Aziz, 49, mengaku tidak bersalah ke atas lima pertuduhan membabitkan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM1.026 bilion, di Mahkamah Sesyen Jenayah 8, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pagi ini.

Beliau, yang juga anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minta dibicarakan ke atas kelima-lima pertuduhan, yang dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Selepas mendengar hujah daripada barisan Pendakwaraya yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, dan ketua peguambela Datuk Hariharan Tara Singh, Rozina membenarkan Riza diikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua penjamin, dan passport diserahkan kepada mahkamah.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Riza didakwa melibatkan diri dalam aktiviti penggubahan wang haram, iaitu menerima wang sejumlah AS$D1.14 juta (RM4.72 juta) dan AS$9 juta (RM37.2 juta) dari Good Star Limited melalui akaun Red Granite Pictures.

Bagi pertuduhan ketiga, keempat dan kelima, beliau didakwa menerima wang sejumlah AS$133 juta (RM550 juta), AS$60 juta (RM248 juta) dan AS$45 juta (RM182 juta) dari Aabar Investment PJS Ltd melalui akaun Red Granite Capital Ltd.

Setiap pertuduhan dibaca di bawah akta Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta yang sama.

Sekiranya disabit bersalah, setiap pertuduhan boleh dikenakan denda RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Rozina menetapkan 9 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.


Sunday, June 9, 2019

KOMEDI PARTI ANWAR IBRAHIM - PKR

Image result for anwar latheefa koya

PKR sudah jadi Parti Komedi Rakyat (PKR).

Perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak mendapat tentangan dari Umno, DAP, Bersatu atau pun Amanah.

Puak-puak dalam Umno memang tak akan menentang kerana ramai pemimpin Umno masih tidur tak lena walaupun sudah lebih setahun dijatuhkan rakyat semasa PRU-14.

Perlantikan Latheefa, katanya seorang yang TEGAS, sudah pasti menambah penyakit tak dapat tidur di kalangan pemimpin Umno termasuk Najib Razak, Zahid Hamid, Ismail Sabri, Annuar Musa, Tajuddin Rahman, Jamil Khir, Mohamed Hasan, Mahdzir Khalid, dan beberapa lagi pemimpin termasuk dari parti-parti komponen BN.

Oleh itu lebih baik diam. Manalah tahu Latheefa lupa akan kes-kes lama pemimpin Umno.

Komedi! Ya, komedi.

Apa tidaknya, Latheefa bukan dari DAP, bukan dari parti Tun Dr Mahathir Mohamad, Bersatu atau pun Amanah.

Tetapi dari parti Anwar Ibrahim - PKR. Parti sendiri menentang perlantikan pemimpin sendiri?

Setakat ini Anwar masih belum menandatangani petisyen yang dibawa oleh salah seorang Ahli Parlimen (penyokong beliau) untuk mendesak Latheefa meletakkan jawatan. Takat bising-bising di tepi jalan (on the sideline) ada lah.

Dari ramai-ramai ahli Parlimen PKR, tak kan DUA orang sahaja yang menyokong Anwar?

Ada yang menggunakan alasan perlantikan Latheefa tidak mengikut proses jawatankuasa Parlimen.

Tak payahlah nak cakap hal proses.

Kalau nak cakap hal proses, pengampunan Anwar Ibrahim pun tak ikut proses.

Patutnya perlu melalui Lembaga Pengampunan sebelum di AMPUN.

Jadi tak payah lah sebut mengenai proses.

Jika benar kata pemimpin-pemimpin PKR Latheefa seorang yang tegas, maka keputusan Tun Dr Mahathir adalah tepat.

Kita berharap Latheefa TEGAS dalam membanteras RASUAH.

Jika perlantikan Latheefa adalah sesuatu yang baik untuk negara, maka betullah tindakan Tun Dr Mahathir.

Kita tunggu dan lihat apa yang mahu dilakukan oleh Latheefa.

Selamat Hariraya. Maaf Zahir Batin.