Showing posts with label shabeery chik. Show all posts
Showing posts with label shabeery chik. Show all posts

Wednesday, March 15, 2017

SHABERY CHIK SALAHKAN CUACA HARGA IKAN KEMBONG TINGGI

Image result for ikan kembung naik harga
Image result for ikan kembung naik harga

BERBULAN kita tunggu jawapan dari Menteri kenapa ikan temenung atau kembong naik harga sehingga mencecah RM20 sekilo.

Semalam kita dapat jawapannya: KERANA CUACA, kata Menteri Pertanian Shabery Chik.

Bukan main hebat jadi Menteri, ada drebar, ada bodyguard, dapat cuti luarnegara.

Tapi isu harga ikan kembong pun tak boleh diselesaikan.

Beribu kakitangan ada di Kementerian Pertanian - akhirnya, jawapan Menteri, KERANA CUACA.

Sejak dari kecil kita makan ikan temenung, ribut ke, taufan ke, temenung tetap ada.

Tup-tup tahun 2017, harga mahal, Menteri cakap sebab CUACA.

Tiada apa yang pelik di zaman Najib ini.

Malas berfikir pun layak jadi Menteri.

Begitu juga Hamzah Zainuddin, Menteri Kepenggunaan.

Harga gula naik 11 sen masih dikatakan murah. Maklumlah, Hamzah kan Menteri, berduit, kaya raya.

Apa ada pada 11 sen.


Monday, June 27, 2016

ROMBAKAN KABINET HARI INI?

Image result for hamzah zainuddin

Ramai yang memperkatakan mengenai rombakan Kabinet kononnya akan diumumkan hari ini.

Jika mengikut kenyataan Najib Razak pada Mei lepas, beliau mengunakan perkataan "pengstrukturan semula" Kabinet.

Image result for najib+twitter+rombakan+kabinet

Banyak kekosongan yang perlu diisikan kali ini. Jelapang ingin memberikan sedikit pandangan mengenai Menteri-Menteri yang ada sekarang ini.

1. Hamzah Zainuddin 
Beliau menggantikan Hassan Malek sebagai Menteri Kepenggunaan. Kadang-kadang terasa elok diberikan semula jawatan tersebut kepada Hassan Malek.

Dari banyak perkara yang Hassan Malek cakapkan dan dijadikan bahan jenaka, ada juga kesungguhan beliau bekerja.

Hamzah, entah apa yang dibuatnyua. Seringkali pengumuman dibuatnya di Pejabat Menteri dengan bertali leher bukan di pasar-pasar ikan.

Hanya satu kenyataan Hamzah yang kita ingat. Ikan di pasar Indonesia lebih mahal dari di Malaysia. Rasanya ada baiknya Hamzah menjaga harga ikan di pasar di Malaysia dari menyemak harga ikan di pasar Indonesia.

Image result for shabery cheek

2. Shabeery Chik

Nampak seolah-olah Ismail Sabri lebih baik sebagai Menteri Pertanian. Baik sedikit dari Hamzah, tak jelas arah tuju Kementerian Pertanian.

Entah apa yang dilakukan oleh Shabery di sana.



3. Mahdzir Khalid

Pada peringkat awal, sebagai bekas guru, Mahdzir kelihatan sesuai sebagai Menteri Pendidikan. Menyelesaikan isu guru dipisahkan dari suami.

Tetapi ini salah Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berjanji berkali-kali hendak menyelesaikan isu ini, tetapi tidak selesai.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan pun tidak buat kerja. Masalah ini, masalah pentadbiran. Kerja Ketua Pengarah Pendidikan bukan kerja Menteri.

Bagaimanapun tahniah kepada Mahdzir yang telah menyelesaikan masalah ini.

Malangnya setakat ini, kita tak nampak arah mana Mahdzir ingin membawa sistem pendidikan ini.

Kementerian Pendidikan amat PENTING. Pendidikan yang akan membentuk generasi akan datang.

Setakat ini, nampaknya Mahdzir tiada visi untuk pendidikan negara.

Seperkara lagi, ramai di akar umbi berkata Mahdzir lebih tumpukan kepada berpolitik untuk bertanding Naib Presiden Umno selepas PRU-14 dari kerja Pendidikan.

Itu Jelapang tidak tahu. Itu cakap-cakap di akar umbi.

Image result for idris jusoh

4. Idris Jusoh.

Baru minggu lepas Jelapang perasan Idris Jusoh adalah seorang Menteri apabila terpandang satu gambar beliau di Facebook.

Image result for salleh said keruak

5. Saleh Said Keruak.

Saleh nampak silap tafsir bidang kerja sebagai Menteri Komunikasi. Nampaknya Saleh menganggap mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad sudah cukup untuk memenuhi KPI beliau sebagai Menteri Komunikasi.

Agaknya, Saleh lupa apa tanggungjawab Menteri Komunikasi. Jika lupa, Saleh boleh rujukan kepada sejarah latarbelakang Menteri-Menteri Penerangan yang lalu seperti Mohamed Rahmat atau Kadir Sheikh Fadzir.

Entah apa yang dibuat oleh Saleh di Kementerian tersebut. Lihatlah betapa bermaharaja lelanya Astro.

Dulu tak ada iklan, sekarang dah bersempah dan mahal pula harga langganannya. Ada pula channel yang ditutup sesuka  hati dan ada channel yang dikenakan bayaran tambahan.



6. Mustapha Mohamed

Rasa jemu tengok Mustapha Mohamed di kaca TV. Dah lama sangat jadi Menteri dan bercakap benda yang sama sahaja. Menteri-Menteri yang jauh lebih muda dari beliau pun sudah meninggalkan Kabinet dan merasai apa erti kehidupan.

 Image result for tengku adnan menteri wilayah

7. Teuku Adnan Mansor

Kesian Teuku Adnan apabila video insiden seluar terlondeh di Sungai Besar di viralkan.

Ada komen-komen jenaka dibuat. "Sampai dah terlondeh seluar pun masih nak jadi Menteri."

Katanya beliau pun tidak sihat. Tidak mengapalah. Ahli politik di Malaysia sekarang, selagi ada nyawa, jawatan mesti dipertahankan. Kalau perlu buat mesyuarat atas katil hospital pun tidak mengapa. 

Friday, June 12, 2015

FADILLAH, JAMIL KHIR, HASSAN MALEK, SHAHIDAN, NAZRI AZIZ, SHABEERY CHIK DIGUGURKAN DARI KABINET?

Image result for fadillah+bustary

SEBUAH akhbar berbahasa Inggeris hari ini mencetuskan spekulasi hangat mengenai ROMBAKAN KABINET oleh Najib Razak yang dikatakan akan berlaku selepas Hari Raya Aidilfitri Julai ini.

Katanya Najib BERAZAM mahu MEMBERSIHKAN Kabinet beliau dari pelbagai isu sebagai PERSIAPAN menghadapi PRU-14.

Katanya juga Menteri-Menteri yang dibelenggu isu dan BERPRESTASI LEMAH akan digugurkan.

Ini antara nama-nama yang dispekulasikan di warung-warung kopi akan DIGUGURKAN oleh Najib.

1. FADILLAH YUSUF - dikatakan terlibat dengan isu KRONISME apabila Kementerian Kerja Raya memberi projek bernilai RM10 BILION kepada ABANG beliau Bustary. Najib dikatakan kononnya BIMBANG isu ini akan merebak dan sukar dipertahankan.
Borneo Highway's big winner Bustari Yusuf - businessman brother of Minister of Public Works Fadillah and good friend of new CM Adenan Satem
http://www.sarawakreport.org/2015/04/the-pwd-ministers-brothers-pan-borneo-highway-connection-expose/

2. JAMIL KHIR - PRESTASI KURANG MEMUASKAN sehinggakan Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim MBA lebih MENONJOL seolah-olah beliau adalah Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Islam.

3. NAZRI AZIZ - jarang berada di dalam negeri.

4. HASSAN MALEK - memalukan Kabinet dan Najib dengan kenyataan lucunya.

5. SHAHIDAN KASSIM - sudah tidak relevan sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Parlimen dan untuk memudahkan Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia mentransformasikan Parlimen. Kehadiran Shahidan dikatakan menimbulkan polemik yang TIDAK SIHAT di Parlimen.

6. SHABEERY CHIK - PRESTASI amat mengecewakan sebagai Menteri Penerangan. Sesetengah pihak merasakan Shabeery perlu BERTANGGUNGJAWAB di atas kelemahan sistem komunikasi kerajaan dengan rakyat. Kritikan bekas Menteri Penerangan Rais Yatim bahawa peranan pegawai penerangan sekarang terhad kepada membaca akhbar dikatakan ada kebenarannya dan ini mengecewakan Najib.

Bagaimana pun ini hanya pandangan kedai-kedai kopi. HANYA NAJIB YANG TENTUKAN NASIB MEREKA.


http://www.beritadaily.com/news/2015-06-12/14720/cabinet-reshuffle-after-hari-raya

Monday, May 4, 2015

BENARKAH 2/3 PENGGUNA PREPAID RAKYAT ASING, DS SHABEERY?

Image result for shabery cheek

"Kerajaan bakal kehilangan hasil sebanyak RM800 juta setahun jika cukai barang dan perkhidmatan (GST) kad prabayar dihapuskan. Sebanyak DUA PERTIGA daripada PENGGUNA TALIAN PRABAYAR adalah warga asing kebanyakannya dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh. Jika kamu tanya, saya tidak mahu duit kita dibayar untuk subsidi kepada kad prabayar mereka." - Menteri Komunikasi dan Multimedia Shabeery Chik.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-rugi-rm800-juta-jika-hapus-gst-prabayar-1.86965

SOALAN: BENARKAH 2/3 pengguna prepaid adalah warga asing?

Ramai rakan-rakan kita serta anak-anak kita menggunakan prepaid. Oleh itu Jelapang membuat sedikit semakan dan mendapati bahawa 80.5 peratus atau 36.6 juta talian telefon bimbit adalah talian prabayar.

Dan hanya 19.5 peratus atau 8.7 juta adalah POSTPAID. Fakta ini terkandung di dalam Laporan Tahun 2014 SKMM, agensi di bawah portfolio Shabeery Chik.


Katakanlah setiap orang mempunyai 3 talian prabayar, ia bermaksud terdapat 12.3 juta pengguna telefon bimbit prabayar di Malaysia.

Jika 2/3 dari mereka adalah pekerja asing, maka terdapat 8.2 juta pekerja asing di Malaysia sekarang ini.

BENARKAH fakta yang diberikan Shabeery?

Jika benar, tidak mengapa. Kenakanlah GST ke atas pekerja asing.

Bukan apa, jika fakta Shabeery salah, dan yang marah sekarang 2/3 adalah rakyat sendiri, Jelapang bimbang, memandangkan kerajaan sekarang amat berminat untuk mentadbir negara sebagai satu perniagaan dan lebih mementingkan duit dari undi, maka dalam PRU-14 nanti, janganlah pula marah jika rakyat mengundi mengikut selera masing-masing.

Thursday, April 30, 2015

KABINET NAJIB HANCUR. AHMAD MASLAN, SHABEERY CHIK & HASSAN MALEK SIMBOL KABINET HALF PAST SIX

Image result for ahmad maslan+harijadi+aansblog

HAPPY birthday Dato' Ahmad Maslan.

Sebuah blog hari ini turut mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Ahmad Maslan dengan tajuknya "Selamat Hari Lahir untuk Mat Maslan. Semoga terus sihat untuk MENCERIAKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN LAWAK GST".
http://aans1.blogspot.com/2015/04/selamat-hari-lahir-untuk-mat-maslan.html

Pelbagai kritikan dilontarkan kepada Ahmad Maslan. Hendak menyalahkan pengkritik pun susah. Apabila diteliti kenyataan Ahmad Maslan, memang ada kebenaran kenyataan beliau kurang cerdik.

Maka pelbagai cara kritikan dibuat termasuk poster ini. Bagaimanapun Ahmad Maslan tampil di kaca TV semalam membuat kenyataan dan beliau memaafkan kesemua pengkritik beliau. Sudah terlalu banyak diperkatakan mengenai Ahmad Maslan. Oleh itu tak perlulah Jelapang mengulas lagi.

Jelapang teringat akan kritikan bekas Menteri Penerangan Rais Yatim terhadap Kementerian yang beliau terajui dulu.

Kata Rais: "Lebih 2,000 pegawai Jabatan Penerangan tidak lagi diberi tugas penerangan bersemuka seperti dahulu. Kini mereka duduk di pejabat dan baca akhbar atau kadang-kadang memasang pembesar suara untuk orang kenamaan."
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-menteri-penerangan-tuding-jari-pada-kementerian-komunikasi-gagal-jawa

Rais bekas Menteri Penerangan dan sudah pasti beliau lebih arif mengenai apa yang sedang berlaku di Kementerian itu sekarang.

Pelbagai isu timbul dan kini Umno dilihat di dalam keadaan yang cukup kusut. Tetapi di mana Menteri-Menteri Kabinet Najib?

Di mana Menteri Penerangan Shabeery Chik?

Kementerian Penerangan adalah salah satu Kementerian yang penting dalam Kabinet tetapi malangnya tiada siapa tahu apa yang dilakukan oleh Kementerian ini dan Menterinya.

Rasanya di dalam sejarah Kementerian Penerangan, Shabeery Chik merupakan Menteri Penerangan PALING LEMAH dalam sejarah Kementerian Penerangan.

Pentingnya Kementerian Penerangan sehinggakan Tunku Abdul Rahman sendiri pernah menjadi Menterinya.

Hebatnya Menteri Penerangan dahulu sehinggakan orang lama-lama di dalam Umno tidak dapat melupakan betapa hebatnya Mohamed Rahmat, Kadir Sheikh Fadzir, Khalil Yaakob sebagai Menteri Penerangan.

Malahan bekas Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud, Ghazali Shafie, Adib Adam lebih berkemampuan jika dibandingkan dengan Shabeery Chik.

Kalau dulu Rais disingkirkan dari Kabinet kerana umurnya, malangnya orang lebih muda dari Rais prestasi lebih rendah dari Rais.

Mungkin ada yang akan berkata sekarang, lebih baik Rais dari Shabeery.

Tuesday, December 16, 2008

SHABEERY CHIK DIHENTAM!

APA agaknya reaksi Shabeery Chik pabila terbaca sepucuk surat yang disiarkan oleh New Straits Times semalam.

Sebaris ayat di dalam surat tersebut sudah cukup untuk mengurangkan "markah" Menteri Penerangan itu ketika Umno kini "panas" dek pemilihan Mac nanti.

Surat tersebut ditulis oleh seorang pembaca menggunakan nama Hashim Kamil Harun M.Hashim dari Shah Alam.

Hashim mengkritik VVIP yang berpusu-pusu ke Bukit Antarabangsa selepas diberitahu mengenai tragedi tanah runtuh tersebut. Antaranya Shabeery.

Di dalam surat beliau, Hashim menulis: "We had many VVIP visitors. I would say, out of the many people who came, only a handful were actually helpful.Elizabeth Wong, a Selangor state executive councillor, came with a working group and arranged for the provision of generators, fuel, candles, garbage bags and others. She came on foot with a few people and made no empty promises. The inspector-general of police came and gave his personal commitment and blessing that I continue to handle all air evacuation with the support of the police air wing. I was told the minister of information only visited the Umno relief centre at a condo nearby. "

Terjemahan: "Ramai VVIP datang melawat. Saya boleh katakan, daripada ramai-ramai yang datang, hanya segelintir yang datang untuk benar-benar membantu. Elizabeth Wong, ahli Exco Selangor, tiba bersama sekumpulan pekerja dan menguruskan penyediaan penjanakuasa, minyak, lilin, plastik sampah dan sebagainya. Elizabeth datang berjalan kaki bersama beberapa orang and beliau tidak membuat sebarang janji kosong. Ketua Polis Negara turut hadir dan memberi komitmen dan memberi kebenaran untuk saya terus menguruskan pemindahan udara menggunakan unit udara polis. Saya diberitahu bahawa Menteri Penerangan hanya datang melawat Pusat Khidmat Bencana Umno berhampiran sebuah kondo." Surat pembaca:
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/Letters/2428597/Article/index_html

Ramai pernah menulis bagaimana ahli-ahli politik mengambil kesempatan dari tragedi untuk kepentingan diri dan politik.

Sehari selepas tragedi tersebut, RTM membuat lintas langsung dan orang yang ditemubual dengan agak lama ialah bos mereka, Shabeery.

Kita faham Shabeery bertanggungjawab ke atas operasi RTM. Tetapi bila Menteri Penerangan menggunakan stesen TVnya sendiri dengan mendapat ruang melebihi Menteri yang berkaitan dengan tragedi tersebut, sudah tentu akan ada suara sumbang mempertikaikan tujuan Shabeery mengambil kesempatan dengan mengadakan lintas langsung untuk menyiarkan komen beliau.

Samada tuduhan Hashim benar atau tidak, hanya Shabeery yang boleh perjelaskan. Kalau benar dakwaan Hashim, tidak salah sekiranya ada pihak seperti Hashim mempertikaikan tujuan lawatan Shabeery ke Bukit Antarabangsa.

Akan ada orang menuduh Shabeery mengambil kesempatan semata-mata untuk tujuan publisiti dan politik beliau ketika kehangatan pemilihan Umno. Itulah sebabnya seseorang perlu ikhlas dalam apa jua tindakannya.